Wednesday, 12 October 2011

Usrah 28 May 2011 (Ojai's note)

Takut mati kerana tidak bersedia berjumpa dgn Allah
Takut sakit kerana ia dekat dengan mati
Takut org disayangi akan tinggalkan kita kerana hidup ini bergantung kpd manusia ~Prof Dr Muhaya
Assalamualaikum,
Notes Usrah 28/5/2011
  • Thanks again to all for your continuous commitment. Semoga ilmu yang kita kongsi dapat dimanfaatkan sedikit sebanyak.
  • Kalau dlm our previous sessions, kita dah cuba menyelami tujuan asal penciptaan manusia, peranan lelaki & perempuan, mengenal diri kita melalui mengenal Allah (Sifat20), apa matlamat hidup kita yg sebenar, cabaran kita melawan syaitan serta pelbagai teladan dlm melayari hidup, untuk sesi selanjutnya, kita cuba bincang pula beberapa tips atau panduan untuk memperbaiki diri. Antaranya:
  • Sentiasa ingat tujuan Allah menjadikan kita: “Tidak aku jadikan jin & manusia, melainkan untuk beribadat kepadaKu”.
  • Juga Rukun Islam- semuanya tentang apa yang kita buat (bukan apa yang kita dapat/terima). Jadi hidup ini, biarlah memberi. Selebihnya Allah akan menguruskan apa yang bakal kita akan dapat (tak perlulah meminta atau bertanya).
  • Untuk bahagia, jangan tuntut hak kita, kita kena memberi.
  • Bila kita mengharap, kita akan kecewa. So don’t expect, serah pada Allah. Jaga hubungan dengan Allah, bagi Allah redha.
  • Sentiasa muhasabah: tanya apa kekuatan & kelemahan diri.
Bila dah identify kelemahan- Maafkan diri – Maafkan orang.
Sedangkan Allah Maha Pengampun. Sedangkan Rasul ampunkan umat, siapalah kita…
-Nafsu adalah platform kepada Syaitan.
-Bila luas Nafsu, besarlah lagi peluang Iblis.
-Jadi sentiasa zikir/ingat Allah & beribadat untuk sempitkan platform Iblis itu.
  • (Al-A’araf:11-17) Ingat sejarah bagaimana Adam dicipta & digoda Iblis hingga dikeluarkan dari syurga, bagaimana angkuhnya Iblis dan janjinya untuk sesatkan manusia sedapat mungkin. Tetapi kerana sifat Ar-Rahman Allah, diberi tangguh hukuman Iblis sehingga Hari Kiamat.
  • Ingat sifat Ar- Rahim (Maha Penyayang) Allah- bila diberi ujian, ia peluang untuk kita dekat denganNya.
  • Kita sebagai manusia normal, Syaitan selalu bertenggek, digoda kita untuk tidak bersyukur (lagi susah nak bersyukur bila senang daripada nak bersabar bila susah).
  • Perempuan mesti bermuhasabah, refleksi kisah Hawa: jangan sampai kita ‘keluarkan’ suami kita dari syurga. Suluhlah diri, carilah ilmu. InsyaAllah Dia akan beri apa yang kita nak.
  • Bagi orang mukmin, segala kebahagiaan adalah ganjaran ketaatan. Segala kesusahan, sebagai kifarah.
  • Bimbinglah suami untuk dekat kepada Allah. Perempuan mesti kuat.
  • Tanggungjawab suami yg utama: Ibu, isteri & keluarga, Ummah. Kenapa lelaki seolah-olah ‘wajib’ berjemaah di masjid? Sebab di situ untuk atur strategi membantu Ummah & agama.
  • Kenapa Rasulullah ingin ramaikan umat? Untuk kembangkan syiar Islam
  • Ingat bahawa Cinta yg hadir dalam hati itu adalah satu nikmat yg besar- Jika kita temuinya, Bersyukurlah!
  • Berkahwin untuk sokong-menyokong & saling melengkapi, dapat pahala.
  • Kita semua hak Allah. Jodoh kita juga takdir Allah.
  • Cabaran utama adalah bila diberi ujian Allah. Ingat bahawa apa yg terjadi mungkin adalah peluang untuk Allah beri ‘skills’ untuk mengurus emosi kepada kita.
  • Lelaki akan kalah bila kita boleh kawal emosi kita.
  •  Ambil iktibar Surah Alfatihah sebagai ‘Ummul Quran’: 5 ayat yg pertama dimulai hanya dengan puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Mungkin boleh diaplikasikan dalam komunikasi: sebelum memberi nasihat atau mesej, pujilah dahulu siapa yang ingin kita bercakap itu.
  • Juga selalu jaga Tiang agama. Haiyya alas solah..haiyya alal falah.
  • Must check & understand setiap maksud bacaan dalam solat sebab itu komunikasi kita dengan Allah. eg:
-       Doa iftitah
-       Al-fatihah
-       4 Qul
-       Tahiyat awal/akhir
-       Doa Qunut etc

No comments:

Post a Comment