Tuesday 13 April 2021

Juadah Ramadan, Saya dan Ayoh


 Menjelang Ramadan tahun ini, sebagaimana surirumah lain, saya tidak ketinggalan merancang aktiviti & rutin harian saya & keluarga yang sedikit sebanyak akan berubah . Begitu juga perancangan menu sahur & berbuka walaupun secara umumnya suami & anak2 amat mudah bab makan ini. Ikut saya buat apa saja, licinnnn (walaupun tak sedap kikikiki!)

Untuk sahur, anak2 sahaja yang makan nasi & lauk dan susu+oat (yg dikatakan mereka buat perut jadi kemas sampai ke petang). Lauk sahur mestilah yg 'simple' tapi menyelerakan spt.

  1. daging kicap/goreng
  2. ikan goreng/masin
  3. telur kicap/telur goreng dan letak sos tomato & kicap
  4. Ayam goreng kunyit/kicap

Suami lagi la mudah sangat nk jaga dia. Takde beza pun sahur dia kerana mmg rutin puasa dia Isnin&Khamis. Hanya sediakan susu redustrol, BG22 dicampur madu and he is good. Vit C pula suami akan bancuhkan sendiri & buatkan utk saya juga, thoughtful kan dia?

Untuk berbuka pula, saya perlu 'synchronize' dengan ibu mertua kerana kontrak berbuka & tarawih sebulan di rumahnya (bertuah, bukan? hihihihi) 

  

Saya buat senarai; ayam organik, ikan tenggiri potong besar 3 jari dan belah dua, ikan kembong saiz besar, siakap potong rama2, telur 3 tray, salad, timun, tomato, karot, oat, susu dan sebagainya.

Tetiba teringat suasana Ramadan di rumah Mokayoh. Mok sediakan nasi & lauk ringkas tapi sedap utk sahur agar kita berselera licinkan pinggan dlm keadaan kelopak mata yg terkatup, huhuhu! Menu berbuka pula 'chap tunjuk' hahahah! Dan bukan nasi ok. Balik dari sekolah, saya pasti singgah di Padang Bas KB. Ayoh akan drop saya tepi jalan dan tunggu dlm kereta. Lari ccuda saya cepat2 cari makanan berbuka. Antara yg wajib saya cari adakah Nasi komok dan martabak khatijah yg lejen sedap mengalahkan mana2 martabak Raja skrg.

Manakala MokAyoh akan restock siap2 set cendol yg terdiri dari cendol hijau, buah sagu mcm2 warna, buoh kabong, sirap gula dan Mok buat sira pise. Pisang mmg berlambak kat kebun Ayoh bawah lembah tu. Ini lah menu berbuka MokAyoh semenjak ingatan saya. Tak pernah berubah.

Tahun ini, nampaknya tiada lagi set cendol. Aduhhh, teringatnyo kat Ayoh, huhuhu! Hau la bila nk sampai tahap jadi macho bila teringat ni. Asyik2 banjir, asyik2 banjir 😭

Berehatlah Ayoh ye. InshaAllah, moga Allah SWT temukan kita di syurga nanti utk sama2 menikmati set cendol Ayoh lagi. Sama2 lah kita doakan Ayoh dan ibubapa sahabat serta muslimin muslimat yang telah kembali terlebih dahulu. 
 
Kita semua pasti akan menyusul mereka kelak nanti ...

#memoriesofayoh19452020
#wanirinduayoh