Tuesday 14 March 2023

22 Tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Memori Bersama Almarhum Professor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan

14 Mac 2001 merupakan tarikh saya mula melaporkan diri sebagai staf akademik (Pensyarah) di Kampus yang terletak di tengah-tengah rimbunan kehijauan, di tebing Sungai Pusu, di Lembah Kebiruan itu.

Kad staf pertama - single lagi masa ini ok
Kad Staf pertama - single lagi ok!

Sempena hari bersejarah peribadi ini, saya menguatkan emosi untuk menukilkan kenangan bersama Almarhum Ayahanda Prof Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan. Ya, Almarhum merupakan figura seorang bapa buat kami semua. Kepulangannya ke sisi Rabbul-Izzati sungguh dirasai. Setiap kali kali saya cuba menukilkan sesuatu tentang Almarhum, kolam air mata pasti pecah sehingga kabur pandangan.

Saya ingin berkongsi di sini memori berharga sebagai sebahagian besar ahli keluarga UIAM amnya, dan staf akademik secara khususnya.

Semua staf akademik melalui pengalaman serupa ~ setelah melepasi proses saringan di peringkat Kulliyyah, semua calon akan menghadapi sesi formal interview bersama Rektor pula sebagai proses terakhir. Saya ingat lagi saat itu; debarannya, seram-seram sejuk, kenaling sangat! Sampai tertukar-tukar poin yang dihafaz tentang Misi dan Visi UIAM, IIICE atau"Triple ICE"), Islamic Worldview, Islamization of Knowledge dan macam-macam lagi!

Tiba giliran saya dipanggil ke Bilik Mesyuarat Rektor. Sambil memegang erat kedua tangan yang sejuk membeku itu, saya cuba mengukir senyuman buat panel penemuramah yang terdiri daripada Rektor, Timbalan Rektor Akademik, Ketua Jabatan Sumber Manusia (MSD), Ketua Jabatan Kewangan (Finance Division) dan Dekan Fakulti (Prof Dato' Dr Azmi Omar). Almarhum senyum melihat wajah pucat saya, "Toksoh Kenaling deh, relek2 jah!" Terbeliak mata saya tapi pernyataan pembukaan dari Almarhum yang ringkas dan lucu bunyinya ternyata membuatkan saya beransur-ansur tenang.

Almarhum Prof Kamal meneliti maklumat peribadi saya dan dokumen-dokumen berkaitan.

"You stated here that your Arabic reading, writing and communication are good." Saya angguk-angguk saja sambil tersengih-sengih (dalam hati, mati laaaaa aku!)

Kemudian, Almarhum bangun dari kerusinya lantas ke almari buku tidak jauh di situ. Dipilihnya satu kitab Arabbbbbbb!! Dibukanya helaian tertentu dan kemudiannya disorong kitab tersebut kepada saya untuk dibaca bersama penjelasan. Aduhhhhh! Bab baca ok lagi, tiba bab nak menjelaskan, tergagap-gagap lah!

Itu sahaja sesi interview saya :) 

Dan, setiap kali bertemu, Almarhum pasti 'kkecek kelate' dengan saya! Nampak sangat kat dahi ni cop Oghe Kelate pure, speaking pun bau budu, hehehehehe!

Kad Staf pertama Dr Asyraf
Sebagai ketua pentadbiran UIAM, Almarhum Prof sentiasa menggalakkan kami untuk meningkatkan kualiti diri serta banyak mempermudahkan kami. 6 bulan kemudiannya, saya dan suami dihantar menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

Untuk pengetahuan, suami telah menyertai Kulliyyah sebagai Tutor 1 tahun awal. Maka, it was timely for him to move forward. Beliau telah memohon ke Program Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Loughborough, UK sebelum saya menyertai Kulliyyah lagi (sebelum berkahwin lagi!). Memandangkan saya akan mengikut suami, Tuan Dekan (Prof Dato Dr Azmi) menyarankan - alang-alang berada di UK, agar saya terus membuat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Alhamdulillah, urusan permohonan cuti tanpa gaji, 'study leave dari UIAM dan biasiswa JPA-Skim Latihan Bumiputera (SLAB) telah dipermudahkan oleh pihak Kulliyyah dan MSD dalam masa lebih kurang 2 bulan. Ringkasnya 3 urusan saya dipermudahkan, alhamdulillah:

  1. Cuti tanpa gaji 6 bulan saya kerana mengikut suami: Oktober 2001-Mac 2002
  2. Cuti Belajar (PhD): 1 April 2002-31 March 2005
  3. Biasiswa SLAB: Untuk tempoh cuti belajar di atas

Manakala, suami sememangnya di bawah skim yang sama untuk kursus Sarjananya yang bermula 1 Oktober 2001 hingga 30 September 2002.

Pada mulanya, saya telah mendapat tawaran dari Universiti Manchester untuk kemasukan bulan April 2002. Saya ingat antara geng sama adalah Prof. Murni (KICT). Akan tetapi, pada Januari 2002, saya telah mengalami pendarahan yang mengancam kandungan kedua saya. Kandungan pertama keguguran (17 September 2001) seminggu sebelum berlepas ke UK. Maka, saya telah memohon untuk menangguhkan cuti belajar ke kemasukan seterusnya, iaitu Oktober 2002. Saya menyambung cuti tanpa gaji selama 6 bulan lagi.

Beberapa ketika kemudiannya, pihak JPA telah menyenaraihitamkan beberapa Universiti UK termasuklah Universiti Manchester. Ini adalah atas faktor menjaga keselamatan warganegara Malaysia dengan mengelakkan mereka ke kawasan yang padat dengan kaum Islam, di mana pihak kerajaan UK amat berhati-hati, campur pula dengan ketegangan kaum & agama hasil daripada "Islamphobia" selepas Peristiwa rempuhan WTC pada 9-11 (11 September 2001). Oleh itu, saya terpaksalah mencari alternatif universiti untuk memulai Ph.D pada 1 Oktober 2002. Pengalaman ini, saya ada nukilkan di link-link di nota di bawah.

Selepas tamat semester ke-2 pengajian, suami menumpukan sepenuh perhatian menyiapkan 'dissertation' Sarjananya. Saya ingat masa itu sekitar bulan Julai-Ogos 2002. Ketika ini, pihak Kerajaan Malaysia telah mengetatkan syarat-syarat pelajar & keluarga ke luar negara. Yang mana dilaporkan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang disyaki mengancam keselamatan negara, akan dihantar pulang ke tanahair. Kami turut tersenarai.

Pihak UIAM dan JPA telah mengarahkan kami agar segera pulang. Ini akan mengakibatkan kami tidak dapat menghabiskan program Sarjana dan PhD. Suami menghubungi pihak UIAM dan JPA, merayu agar kami dikecualikan dengan memberi bukti-bukti menunjukkan yang kami menumpukan sepenuh perhatian pada kerja-kerja kajian malah suami menjadi pelajar terbaik mendapat distinction dalam peperiksaannya. Jadi langsung tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti yang menggugat keselamatn negara.

Pihak UIAM yang memahami telah cuba sedaya-upaya berurusan dengan pihak JPA. Almarhum Prof Kamal lah yang memainkan peranan penting di saat genting ini. Malangnya, menemui jalan buntu. Kami menerima panggilan dari Almarhum.

"Asyraf, we have done all what we could, but even JPA can't do anything."

"You see, your name is in Bukit Aman's list. As long as your name is listed, nobody can interfere. All must return to Malaysia!"

"The only person who could possibly help you is the PM!"

"Why don't you seek your father's help to reach the PM? This is beyond our power. Only PM can deal with Bukit Aman!"

Mendengar perbualan di atas, saya menjeling tajam suami. Saya tahu, selagi boleh dia tidak akan melibatkan Papa apalagi menggunakan kedudukan Papa sebagai Setiausaha Politik PM ketika itu.

Tahun-tahun sebelumnya, di era Reformasi, suami punya sedikit 'khilaf' dengan Papa dan Mi dek keterlibatan langsungnya dalam gerakan persatuan pelajar yang lantang mengkritik pihak Kerajaan ketika itu. Kemuncaknya, PM membatalkan kehadirannya ke Majlis Perkahwinan kami kerana sedikit 'berkecil hati' disebabkan suami berkongsi pentas yang sama dengan pihak Pembangkang, mengkritik penyalahgunaan 'ISA' seminggu sebelum walimah. 'Daring' bukan?

Setelah mempertimbangkan semasak-masaknya, suami akhirnya menghantar surat rayuan kepada PM yakni Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui Papa. Ketika menyerahkan surat rayuan tersebut;

"Dato' Seri masih berkecil hati dengan Asyraf?"

"Sedangkan mereka yang terang-terangan menentang saya, saya tak pernah halang bab belajar; apalagi anak you!"

"Takpa, nanti saya arahkan Dato' Bad buat surat ke Bukit Aman. Asyraf teruskan belajar, tak perlu balik!"

Tak lama beberapa hari kemudiannya, Almarhum Prof Kamal menalifon membawa khabar gembira serta mengingatkan suami agar fokus menyiapkan disertasi sebelum tamat tempoh pengajian Sarjana. Cuma, biasiswa kami yang telah diberhentikan akan mengambil masa untuk diaktifkan semula. Saya masih ingat ketika ini, kami terpaksa mengeluarkan gaji kami di Malaysia yang nilainya amat kecil bila ditukar ke matawang Pound. Sedih sangat. Masa ini nilai pertukaran RM kepada pound adalah 7.5 

Di saat inilah, ramai sahabat-sahabat MISG-ABIM dari segenap pelusuk UK datang menziarahi, memberi kata-kata semangat dan juga sumbangan kewangan. 

"Jangan bersedih, jangan fikir bukan-bukan"

"Fokus kepada menyiapkan dissertasi secepat mungkin"

"Enjoy saat-saat menerima cahayamata yang akan lahir tidak lama lagi"

_________________________________________________

Saya lupa menceritakan satu lagi peranan besar pihak UIAM terutama Almarhum Prof Kamal Hassan terhadap urusan pembelajaran kami di peringkat PhD.

Ketika di penghujung Semester ke-2 pengajian Sarjana suami, yakni sebelum peristiwa dipanggil pulang serta-merta di atas, suami telah dipermudahkan dalam permohonannya untuk terus menyambung ke peringkat PhD sejurus tamat pengajian Sarjana tanpa perlu pulang ke tanahair. Antara pertimbangan pihak UIAM adalah kerana saya yang akan memulai PhD tidak lama lagi. Jadi amat tidak logik untuk suami dipanggil pulang meninggalkan saya dan bakal cahayamata yang akan lahir tidak lama lagi.

Kebetulan, beberapa 'Top Gun' UIAM sedang mengadakan lawatan ke staf-staf akademik yang bercuti belajar di UK. Saya ingat lagi, sesi interview khas yang diketuai Prof Dr Abdul Rahim (Ketua Jabatan Perakaunan, KENMS) diadakan dalam suasana yang amat santai di kediaman Prof Dr Noraini di Guilford, Surrey.

Ammar 14 hari ketika berpindah ke 21 Hudson St
Selepas suami menyerahkan dissertasi Sarjana, kami menumpukan perhatian mengemas rumah untuk berpindah ke rumah sewa baru yang lebih selesa dan murah di samping persiapan menerima kelahiran anak pertama yang lahir pada tanggal 21 Ogos 2002 pada jam 6.06pagi di General Hospital, Leicester. 

Pada hari ke-40, saya & suami sama-sama mendaftar sebagai calon PhD di Jabatan, Fakulti dan Universiti yang sama, tapi berlainan Penyelia.

Bermula lah rutin kami sebagai pelajar dan ibubapa yang bertatih. Kehadiran penyeri keluarga kecil ini sebenarnya menjadikan kehidupan suram dan sepi sebagai calon PhD mampu dilalui dengan penuh tega. Apalagi dengan keadaan kewangan yang cukup-cukup sahaja. Benarlah, anak merupakan qurratu 'ain ~ penyejuk mata & penenang jiwa. Hanya pada bulan Disember 2002, biasiswa kami diaktifkan kembali menjadikan kehidupan beransur-ansur stabil.

Bersama Almarhum selepas selesai prog IEP 2003

Atas rasa kebertanggungjawapan dan kembali berbudi kepada UIAM dan Negara, kami mengambil inspirasi dari figura-figura yang memberi impak langsung mahupun tidak langsung kepada pembentukan pemikiran, 'worldview' dan semangat juang kami yang konsisten yang menjadi prinsip hidup kami hingga ke hari ini yakni~ "hidup kami milik ummah"; Antaranya, tidak lain dan tidak bukan adalah Almarhum Prof Kamal Hassan.

Insaf dengan taklifan di bahu, kami berdua mensasarkan untuk menghabiskan tempoh cuti belajar dalam masa yang ditetapkan di dalam Dokumen Perjanjian SLAB, iaitu selama 3 tahun yang tamat pada 31 September 2005. Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan kami berjaya mendapat 'GOT' ~ graduate on time tanpa perlu memohon lanjutan cuti belajar. 

Almarhum & rombongan bertandang ke rumah kami

Penghujung Mei 2005, suami menyerahkan tesisnya hasil kerja keras selama 2 tahun setengah. Sesi 'viva' pada 8 Ogos 2005 di mana dianugerahkan lulus tanpa sebarang pembetulan (pass without correction). Pada hari yang sama- iaitu hari 'viva' suami, saya juga menyerahkan tesis yang lengkap. Bila tarikh viva, saya tak hirau sangat; yang penting SIAP! Selepas tu, boleh mengemas kotak-kotak dengan giatnya di samping menunggu kelahiran cahayamata ke-2 pada 29 Ogos 2005. Ya, kami akhirnya kembali ke tanahair pada 25 September 2005 dengan membawa pulang 2 PhD dan 2 orang cahayamata; Ammar & Affaf. Adapun sesi viva saya telah diadakan pada hari ke-13 selepas kelahiran Affaf.


Pada 1 Oktober 2005, kami berdua melapor diri di UIAM selepas 4 tahun berkelana Ilmu di bumi Inggeris. Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Best betul makan bersila sambil cicah budu :)
Saya masih ingat, ada ketikanya apabila terserempak dengan Almarhum di kampus selepas suami meletak jawatan pada tahun 2008, Almarhum pasti bertanyakan keadaan suami.

"It is one of our greatest losses" 

"I actually wish to project him to be my successor"

"I guess he is far needed by the Nation!"

"Please tell him that he will always have our support and  be in our prayers..."

Di hadapan rumah kami, 21 Hudson Street, Loughborough, Leics UK
Saya hanya mampu tersenyum. Pada tahun-tahun terawal selepas suami meninggalkan UIAM, perasaan saya selalu bercampur-aduk antara sedih dan sesal. Kerana bagi saya, dia merupakan sahabat rapat yang berfikiran, bekerja dan berkongsi bidang yang sama. Bercakap 'bahasa' yang sama. Allah SWT memberi peluang kami saling bergantungan kepada satu sama lain tanpa ada orang lain selama 4 tahun solid dan kemudiannya sama-sama melebarkan potensi dalam bidang akademik selama 2 tahun; sebelum mengambil pinjaman ini utk diletakkan ke posisi yang sentiasa harus memikirkan tentang mad'u yang pelbagai lagi kompleks. Saya reda sepenuhnya.

Terima kasih, Ayahanda Prof Dr Kamal Hassan...
Terima kasih atas kepercayaan,

Terima kasih atas harapan,

Terima kasih kerana meletakkan piawaian tinggi,

Terima kasih atas qudwah hasanah - sebagai Ilmuan, Cendikiawan dan juga Negarawan.

Kami akan meneruskan misi dakwah serta perjuangan memartabatkan Ilmu, demi Syiar dan Syariat Islam selagi dibukakan peluang dan dilorongkan jalan oleh Allah SWT, inshaAllah.

Selamat berehat di Taman syurga bersama para muttaqin dan solihin,

Semoga kita diizinkan bertemu lagi di antara Taman-Taman Syurga di sana nanti, Allahumma aminnnn...

Salam penuh takzim yang penuh kerinduan dari anakanda berdua.

_____________________________________________________

Nota:

https://irwaniscupoftea.blogspot.com/2018/03/kenangan-dari-spm-ke-pekerjaan-saya.html

https://irwaniscupoftea.blogspot.com/2012/08/selamat-ulangtahun-ke-7-anakanda-affaf.html

https://irwaniscupoftea.blogspot.com/2010/09/my-journey-to-motherhood-part-3.html

https://irwaniscupoftea.blogspot.com/2009/09/islamization-of-human-knowledge-by-prof.html

 



Thursday 16 February 2023

Harga Suatu Pengorbanan

 Awal minggu ini saya bertugas sebagai 'Chief Invigilator' di Dewan Bankuet, CAC. Seperti biasa saya angkut laptop untuk menyiapkan banyak tugasan yang tertangguh dan mencari satu sudut buat stesen kerja. Akan tetapi kali ini sibuk betul jadinya kerana perlu mengendalikan 2 kes. Kebetulan pula, sama-sama bertugas dengan sahabat-sahabat dari Jabatan lain seperti Prof Rafikul, Dr Wan Rohaida, Dr Husna & Prof Salamah. Kecuali Prof Salamah yang merupakan jiran sebelah bilik, yang lain seumpama lama betul tak ketemu. Kami ini walaupun satu fakulti, memang jarang sangat berjumpa sebab faktor lokasi bilik pejabat & kuliah yang berlainan tingkat; sementelah saya jenis sampai ofis, parking, terus masuk bilik & jarang sangat keluar kecuali untuk ke kuliah, atau ambil 'print-out' atau ke bilik air. Tapi boleh dikatakan selalu uzlah lah dari 9-5 sebab bawa bekal dan jaga wudu' sehingga Asar. Maka banyak lah modal perbualan kami ni. 

Program KENMS terakhir Dr Asyraf - IEEP 2007
Prof Rafikul lah yang membuatkan saya tersenyum-senyum. Macam mengejar saya ke sana sini untuk bertanya pelbagai isu tentang Takaful sehinggalah tentang En. Suami. Untuk rekod, Prof Rafikul dan Dr Asyraf sama-sama menyertai KENMS sebagai staff akademik pada tahun 2000. Cuma beliau senior sikit kerana sudah memegang Ph.D manakala Dr Asyraf sebagai tutor dan saya pula sebagai pensyarah biasa. Kami sama-sama di bawah Prof. Dr Ahamed Kameel di Jabatan Pentadbiran Perniagaan, manakala Dr Asyraf di Jabatan Perakauan di bawah Dr Nordin. 



Seawal ketika merekod kehadiran saya, kedengaran soalan Prof Rafikul, "Will Dr Asyraf contest for VP?" Saya terus jawab, "No!" yang disertai dgn gelakan Dr Wan Rohaida, "Cepat betul akak jawab, hahahaha!" Diikuti pertanyaan seterusnya, "Supreme Council?" ... "No! Don't think so!" diikuti hilaian mereka. Nampak Dr Rafikul kebingungan. Kami tangguhkan perbualan kerana sudah tiba masanya memanggil para pelajar memasuki dewan. Seperti biasa, Chief Invigilator akan mengingatkan 'things-to-do' dan 'Dos & Donts'


Di pengakhiran masa ketika kertas jawapan dikutip, Prof Rafikul terus bertubi-tubi bertanya seperti dah lama menahan untuk melontarkan isi hatinya.

"Can I know whether Dr Asyraf has been paid for his service in the party?"

"No. He has been serving the party fi sabilillah since 2018."

Dr Rafikul nampak terkejut, "How do you survive then?"

"Well, we are fine because we are financially independent; no loans, no debts. Our expenditures are only for foods, utilities & education, plus our moderate lifestyle- not extravagance but just enough"

Bila fikir kembali, memang susah orang nak percaya yang kami hanya 'single income-earner' selama 5 tahun ini. Saya pun kadang-kadang tu pelik juga sebab macam tak terasa kesempitan. Takde lah mewah, takde lah susah, tapi cukup untuk menggembirakan ibubapa & ahli keluarga, alhamdulillah.

Saya pernah kongsikan pengalaman sedari awal perkahwinan bagaimana saya belajar dari suami tentang pengurusan kewangan secara baik & bijaksana. Antaranya;

  • Simpanan 'reserve' yang kita buat2 tak nampak sebanyak 6 bulan gaji (jika kerja bergaji); jika berkerja sendiri perlu 12 bulan gaji
  • Jika beri hutang kepada orang lain, ianya dikira 'risk' yang mungkin kita tak dapat balik dah, jadi tak dikira harta kita lagi
  • Berbelanja berhemah ikut keperluan, bukan kehendak. Memang bawa senarai pegi shopping ok
  • Elakkan berhutang, kecuali bila perlu sahaja. Itupun dah kira bila akan dilangsaikan agar akaun kembali 'balanced'. Selagi belum bayar hutang sepenuhnya, memang perbelanjaan dikawal seketat-ketatnya.
  • Melabur di tempat yang berisiko rendah seperti 'Mutual funds', takaful, Tabung Haji dll.
  • Tidak membeli hartanah atau kenderaan untuk pelaburan; hanya yang dipakai/didiami sahaja
Pun begitu, suami amat bermurah hati dan tak berkira-kira sangat dalam bab berikut;
  1. Membeli buku
  2. Bersedekah
  3. Bayaran wajib seperti zakat dan cukai selalu dibundarkan dan bayar lebih. Katanya, "takpalah untuk Baitul-mal & Negara"
  4. Berbelanja makan keluarga, sanak saudara & kawan-kawan
  5. Makan di rumah
Seingat saya, hutang kami yang berjaya dilangsaikan sebelum PRU14 adalah 1 pinjaman kereta, 1 pinjaman rumah dan 1 pinjaman pendidikan (yang suami breach the contract sebab tender pada tahun 2008 selepas served hanya 2.5 tahun dari 9 tahun). Sebenarnya, dari tahun 2008, pembayaran dibuat secara ansuran dari akaun gaji saya. Saya kira ini adalah antara pengorbanan terawal kami - perlu membayar lebih kurang RM250,000 kerana meletak jawatan ketika masih terikat demi menyahut cabaran untk menyumbang kepada Negara. Suami selalu sebut, "takpalah, pintu rezeki lain pula pasti akan dibuka selagi kita ikhlas kerana-Nya", yang mana sudah menjadi mentera memujuk hati sehingga kini. 

Selepas kalah dalam PRU 12, suami menganggur selama 3 bulan sebelum dipelawa oleh sahabat baiknya, Prof Dr Akram untuk mengetuai Jabatan Kajian ISRA. Sebenarnya, dalam tempoh 3 bulan itu, UIA panggil semula, UKM, UUM & Qatar Foundation pun ada tawaran. Tapi suami berpegang kpd prinsip untuk tidak 'mengotorkan' alam akademik yang dia kasihi kerana keterlibatan langsungnya dalam politik kepartian. Manakala tawaran2 dari luar negara itu, memang dia tidak fikir panjang lantas terus menolak. Katanya, buat apa memberi sumbangan kepada Negara orang sedangkan negara sendiri banyak ruang untuk menyumbang.

Projek terakhir di ISRA - History of IF in Msia (2013)

Cukup 5 tahun Allah SWT beri peluang bersenang-lenang sebelum di'hantar' berkhidmat di dalam kerajaan pula. Ketika dalam industri kewangan ini juga lah tempoh di mana suami berpeluang menyimpan lebih banyak. Ketika di dalam kerajaan, jumlah perbelanjaan lebih kurang sama dgn simpanan; malah lebih banyak keluar ketika mula diberi 'kawasan angkat'.

Ada bertanya, bagaimana dengan gaji sebagai Penasihat Shariah? Ingat saya boleh suka hati belanja ke? Akaun UIA je yang suami tak monitor sangat. Akaun-akaun lain semua diperiksanya dari masa ke semasa. Dia selalu mengingatkan, kalau tak darurat sangat, elakkan lah sentuh simpanan dalam akaun-akaun lain. Penting sebagai 'reserve' jika berlaku apa-apa kat Abang nanti.

Jadi begitu lah pengurusan kewangan kami di samping banyakkan bersedekah, jauhi terlibat dengan perkara haram, sentiasa berbuat kebaikan secara sembunyi dan tidak menzalimi orang lain, sentiasa memaafi orang lain dan tidak manaruh dendam. Saya fikir ini antara faktor yang mencukupkan serta membahagiakan kami dalam kesederhanaan...

Sesudah memastikan semua pensyarah mendapat kertas peperiksaan masing-masing dan menandatangani dokumen-dokumen tertentu sebelum beredar dari Dewan, Prof Rafikul sempat menyampaikan salam buat suami dengan harapannya, 

"I really hope one day Dr Asyraf will rule the Government because there are lots he could do. I still remember Dr Azmi Omar (was the Dean KENMS when we joined the kulliyyah back then) mentioned that Asyraf will be a great figure in the future!"


Sambil tersengih-sengih, 

"Hmm, I don't know about that. You know, we used to think when Asyraf left IIUM to join the 2008 election that we wanted to change the World"

"But after lots we have gone through all these years, we now believe that winning any PRU or getting any post is not the only way; but the opportunity to involve in shaping the nation in whatever capacity is the most important. And this can only be realized if the party is strong and solid."

"Well, the Nation may not be completely prosperous, the party may not be completely clean, the problems may not be completely resolved during our life-time. Maybe the ideal world will only be achieved during our next generations. But at least, we are given the opportunity to be a part of those striving for the betterment today."

"May Allah SWT accepted our small efforts & endeavors as ibadah & jihad, aminnn"


Kemudian, kami melambaikan tangan berterima kasih kepada Unit Peperiksaan KENMS dan kembali ke pejabat.

Kebetulan saya menerima teks pesanan daripada seorang pegawai Shariah Bank yang 'approach' beberapa minggu sudah. Tahun sudah, semua pelawaan saya tolak dengan baik kerana ingin berehat. Tahun ini pula, saya rasa boleh lah cuba walaupun rasa macam boleh agak tak akan ke mana-mana pun kerana status saya sebagai 'Individu terdedah kepada Politik' (PEP). Sepertimana jangkaan, 

"Assalamualaikum Datin, sorry for the late update. Unfortunately, currently the bank is on hold from drawing new PEP member/associated with PEP to avoid any future disputes. Anyways, thank you so much for your interest and your time to consider. Should you have any other qualified individual to suggest for this role, do let me know. Again, thank you very much and have a nice day ahead Datin."

Setiap kali menerima berita begini, saya jadi tergelak sorang-sorang dengan perasaan bercampur-baur.

Tim Kajian 2007-2009

Rasa bangga juga dengan BNM dan juga diri sendiri kikikiki! Untuk pengetahuan, Dokumen Polisi BNM Tadbirurus Shariah 2019 adalah revisi terkini kepada Kerangka Tadbir Urus Shariah BNM 2012 yang merupakan antara implikasi dari kajian kumpulan kami (Dr Rusni, Dr Aznan, Dr Fuad Sawari, Dr Akhtarzaite dan Dr Uzaimah).

SGF2012 secara 'implied' melarang individu yang memegang jawatan dalam parti politik untuk dilantik sebagai Penasihat Shariah. Sebab itu lah, bila suami tiba-tiba dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti pada November 2013, dia diarahkan BNM utk melepaskan kesemua jawatannya di institusi kewangan Islam serta-merta.

SGP2019 pula secara jelas dan literal melarang perkara di atas, malah turut merangkumi semua yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli parti tadi yang dikenali sebagai 'Politically-exposed person' (PEP). Jadi, saya tidak terkecuali. Semasa perkhidmatan saya dipendekkan tahun lepas, saya pernah bertanya kpd pihak BNM adakah disebabkan status PEP ini, tapi mereka menafikan. Namun selepas beberapa kali menerima text seperti di atas, saya faham lah.

Tim Kajian 2010-2014

Tipu lah jika saya tak rasa sedih. Saya fikir, kenapa saya rasa sedih? Saya nak apa sebenarnya? Apa niat saya semasa berkhidmat sebagai Penasihat Shariah selama 15 tahun?

Ya, saya seorang yang sentiasa dahagakan ilmu dan cabaran baru. Saya ingin belajar secara terus dari industri agar saya dapat berkongsi ilmu dangan para pelajar. Dan juga rasa seronok bila jumpa geng sekali sekala. Itu lah dunia saya selama 15 tahun ini selain UIA dan keluarga. Tapi kan bila saya fikir semula, sebenarnya, ada banyak lagi peluang selain daripada kepenasihatan untuk saya terus belajar dan menyumbang kepada industri yang sudah sebati dengan jiwa ini.

Apa lagi bila menerima teks pesanan suami, "Its ok, Allah dah bagi kita rasa mcm2 dah. Mungkin ada lebih baik lagi Allah nak bui"

Bila dicongak-congak:

  • Lagi 10 tahun saya akan bersara wajib dari UIAM
  • Sudah berkhidmat dalam bidang akademik selama 22tahun; industri kewangan 15 tahun
  • Anak-anak dah besar. Tak lama lagi nak dapat menantu & cucu (jauh planning nih, kikikiki!)
Jadi timely dah untuk slow-down untuk diri sendiri sepenuhnya. Betullah Allah SWT dah beri macam-macam dah, Tak habis nak syukur dah, alhamdulillah. Cuma, saya harap saya sempat merealisasikan impian saya sebelum bersara wajib nanti, yakni:
  1. Menubuhkan Pusat Kajian & Latihan Takaful & Kewangan Sosial di KENMS
  2. Program anak angkat Jabatan Kewangan KENMS
  3. Siapkan 2 buku Teks (yang dah dragged 4 tahun)
Mohon doa semua ya. Lepas ni perlu fikir apa aktiviti bila dah pencen. Antara list dalam kepala adalah:
  • Bawa suami travel jauh-jauh
  • Manjakan diri pegi spa, kuruskan badan, manicure pedicure (namorimau tu), nak cantikkan diri untuk suami, kikiki!
  • Nak beranak no. 7, oppps!
  • Jadi Rektor atau Presiden UIA hahahahaha!
Okbai.