Thursday 20 October 2022

Bye, bye Yesterdays... Hello, Tomorrows!

 

11.00pm

Klik pah, klik pah.

Buka laptop, baca semula nota-nota ringkas yang sempat saya brainstorm selepas berbincang dengan Prof Gairuazmi. 

Kepala masih kosong. 

Mood ke laut. 

Anak-anak sudah selamattttt semuanya

Tap, tap, tap, saya terus menekan papan kekunci. Apa lagi point-point nak cakap esok ni? 

Saja lontar kepada kumpulan BFF. Tengok lah diorang tak nak pula melayan saya, huhuhuhu!

Masa belajar Universiti dulu, waktu nak fokus dan perah otak untuk exam keesokkan hari lah, akan datang syahdu tiba-tiba. Teringat kat dia. Aduhhhh! Kau ni dah kenapa?

Waktu-waktu begini, bila teringat je kepada dia, pasti akan rasa sayu, sedih, kasihan. 

"He is alone, he is alone in the world of uncertainties & impossibilities.." 

"If only I had a magic wand..."

"If only I could take him away to a far and faraway land.."

Aaaaaa.. dah mula mengarut la ni.

 

Kemudian, saya tersentak.  

This is it! 

You need to embrace yourself because you and family will be going through another phase of your life journey! 

Enough comfort, enough complacency for 4 years plus

Laaaa cepatnya masa! What happened to the time?

Saya ingat lagi, sebelum 9/10/2000, setiap detik, jam, hari, bulan malah tahun terasa amat perlahan berlalu. Letih mengira, letih menunggu hari-hari seterusnya.

Dulu-dulu kan, seawal usia bila saya mula sedar tentang kehidupan ini sebagai seorang Irwani, anak Cikgu Loh  & Cikgu Rokiah, saya selalu mengira setiap detik di muka pintu rumah - menunggu Ayoh pulang dari sekolah di sebelah petang hari untuk di bawa pusing-pusing Kg Paya Bemban & Berek 12 menaiki motor kapcai Ayoh. 

Lambatnya nak besar utk melihat dunia yang lebih luas dari kampung ini. Bisik hati.

Semasa sekolah tadika pun mengira-ngira masa bila nak balik rumah. Asing betul tadika ini. Nak ke toilet pun tak tahu. Nak tanya Teacher, malu. Aaaaaaa.. sampai terbabas ok. Sanggup tu menahan, hahahahaha! .

Lambatnya nak besar untuk ke sekolah yang lebih best. Bisik hati lagi.

Semasa sekolah rendah, memang best sangat. Dah la tak tahu belajar apa-apa pun. Exam pun tak sedar bila. Sekali dapat nombor terus. Boleh lah... asalkan kekal di kelas pertama dengan kawan-kawan yang ohsem & pandai! Sekali masuk darjah 4, dapat adik baru dan Mok sambung degree di UPM- hujung minggu je Mok balik. Saya ambil tugas urus adik-adik dan Ayoh. Masak, basuh kain lampin bagai.

Lambatnya adik-adik nak berdikari, lambatnya Mok nak habis belajar. Bisik hati budak berumur 10 tahun ini.

Semasa menginjak ke sekolah menengah, bermula di kelas peralihan hingga ke Tingkatan 3, memang terasa masa amat perlahan. Macam tak habis-habis sekolah. Mak berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dlm Bimbingan & Kaunseling. Tapi Ayoh pula yang ditukar bertugas ke Maktab Perguruan di Kuching. Menginjak ke Tingkatan 4 je, terasa masa sedikit laju bergerak. Mungkin saya makin 'occupied' dengan pembelajaran & tugas koko. Tambahan pula mengasuh 3 adik lelaki yang lasak. Pernah saya & Bamin mengayuh basikal membawa Aisy & Kimin round Bandar KB sampai kebas kaki kami yang kecil molek itu. Teringat pula masa nak cari kelengkapan sekolah & uniform Bamin serta menghantarnya mendaftar di MRSM PC, heret sekali 2 adik yg kecil ini. Rasanya, Bamin je yang dihantar oleh kakak yg baru dapat lesen kereta. Orang lain kebanyakkannya bersama ibubapa.

Lambatnya, Ayoh dan Mok nak balik. Nak SPM ni. Getus hati ini.

Masa keputusan SPM diumumkan, saya masih di Tanah suci bersama rombongan Hjh Faridah. Ayoh & Mok dah siap isi dan hantar borang UPU. Borang KPM ke Jordan langsung Ayoh tak ambil apalagi isi walaupun dia tahu impian saya sepanjang di sekoah menengah adalah meneruskan pelajaran ke bumi anbiya' itu. Klik pah klik pah, saya tengok salinan borang UPU yang tercatat, "Pilihan 1 - Undang-undang, UIA". Petak pilihan lain kosong ok.

So that was it! IIUMC Lembah Pantai, here I come! Lambat juga rasanya melalui 2 tahun solid di situ. Setiap hari, saya memandang jauh ke langit menyaksikan progres pembinaan Menara Rebung itu. Juga mengira tapak ke Pasar malam Kerinchi yang 'happening'. Setiap kali menunggu bas depan AMJAL  untuk ke Jalan TAR, selalu tak boleh 'brain' kenapa Balai Polis Jalan Lembah Pantai ini berwarna pink, tapi tak lama lah in that thinking state sebab terkejut-kejut naik bas mini pink yang konar lipat itu.

Lambatnya nak habis kat Matrik ni. Rasa tua dan lama sangat saya belajar. Saya dah menganjak umur 21 tahun dah. Bila nak masuk Maincamp ni.

Semasa di semester terakhir di Matrik, tiba-tiba terlibat dengan REZAUM yang tempoh masanya 'stretched' sampai kami menyertai Kampus Induk UIA di Seksyen 16 PJ itu. Selepas kelas MLS Prof TS Ahmad Ibrahim di Moot Court dan ILS Dr Ustaz Nasharuddin Mat Isa di SMAWP, kembali ke IIUMC Jalan Pantai Baru. Begitulah selama 2 bulan hingga berakhir Semester di Main Camp.

Lambatnya nak cuti Semester dan REZAUM. Sekali di Tanah Suci, ada orang chop! hahahahahah!

Semester baru September 1996, kami pelajar Undang-undang menjadi kumpulan pertama yang berhijrah ke Kampus Induk baru di tengah-tengah kehijauan dengan aliran Sungai Pusu. Diikuti pelajar Fakulti Ekonomi pada Februari 1997, IRK pada September 1997 dan seterusnya sehingga kampus hampir sempurna untuk menampung kesemua warganya. Ada orang yang kena chop tadi kan, hampir setiap hari termenung kat atas bukit Nusaibah-Sumaiyah memandang ke atap KENMS & Al-Farouq, kikikikiki!

Lambatnya nak birthday. Nanti dapat kad & hadiah buat ubat setahun.

Begitulah, sampai habis belajar 4 tahun kemudiannya. Dia jadi tutor, saya teruskan dengan MCL. Ok done menunggu. Bagi dia ultimate term. Aisey, negotiate lagi ni - extend deadline sampai hari konvo ~ 091000. Ya, tepat rupa-rupanya strategi dia. Mi Papa were on the top of the world; bahagia & bangga. Rector's Award, Overall Best Student BACC. Mission accomplished!

Little that I knew, the most awaited moment actually marked the beginning of my life fast-spinning wheel...

2000-2005

  • 2 minggu kemudian, kena pinang!

Kelam kabut beb. Musim final exam MCL. Baju, tudung semua pinjam. Cincin bagai tak sempat nak fikir. Sampai KB hari Sabtu, kemas rumah, angkut timbunan pasir. Ahad minta Cik Na tacap sikit. Masa disarung cincin oleh Mi, dalam hati "oooo begini cincin tunang ye". Malam tu juga naik bas balik Gombak. Esoknya ada paper.

  • Selepas 4 bulan, habis je MCL terus disambar KENMS sbg Pensyarah sepenuh masa. (140301)
  • 2 bulan kemudian, walimah (270501)
  • 4 bulan selepas itu, berangkat ke UK. Dia buat Msc Islamic Economics, Banking & Finance (250901)
  • 1 April 2002, sepatutnya saya mula phD di Manchester tapi Universiti disenarai-hitam oleh JPA.
  • Melahirkan Ammar 210802 #mscbabydawd
  • 1 Oktober 2002, saya & dia sama-sama mendaftar phD di Universiti Loughborough 
  • 8 Ogos 2005- dia viva & passed without any correction
  • Affaf lahir pada 29 Ogos 2005 #phdbabydawd
  • Viva saya 130905
  • 250905 kami berempat berangkat pulang ke tanahair 
  • Melapor diri di KENMS 011005 selepas GOT

 2005-2008

  • busy teaching, publishing, training, consultancy, research grants
  • promotion DS52 (2007)
  • U-turn ambil LLBS (2007-2008)
  • Applying DS54

 2008-2013

  • LLBS dah dapat
  • Dapat anak ke-3, Affan 180108 #llbsbabydawd #pru12babydawd
  • March 2008 - PRU 12 as 'Parachute candidate' ~ madrasah politik pertama kami
  • Letak jawatan 24 jam (lupakan DS54)
  • Defeated by 9k (political tsunami)
  • Unemployed for 3months before joining ISRA as Head of Research 050608
  • The golden years/ the peak of our career - active in Shariah advisory, consultancy, intensified research & publications.
  • promoted to DS54 in April 2010. Azzah lahir 240810 #isrababydawd

2013-2015

  •  280513 - nak ke MCN di Singapura tiba-tiba kena panggil ke Putrajaya. PM asked him to lead the messy YADIM. Minta masa untuk absorb the appointment till completing the tasks at MCN'13
  • 310513 - sampai KL, solat Jumaat di Masjid Negara & terima surat perlantikan. Petang hari yang sama, mohon restu Dr Akram
  • 030613 - Isnin minggu seterusnya ke ISRA to break the shocking news to the researchers 😭
  • 050613 - lapor diri di YADIM. Tak boleh masuk pejabat. Besar betul mangga kat pintu YDP
Restructuring, cleansing, planning, implementing - From deficit to surplus.
  • Azzam lahir 091113 #yadimbabydawd
  • Disember 2013 - eve of PAU, suddenly was appointed as the MT and he was only aware of it from a phone call. The following week received BNM letter requiring him to leave all posts in the Islamic finance industry although he was heading negotiations towards establishing a Mega Islamic Bank! Upset a bit but later was pacified when PM wholeheartedly said, "Asyraf, please help me for Syiar & Syariat Islam!" At that moment, no hesitation any longer; no turning back!
  • May 2014 - Ahli Dewan Negara. Was assigned to few 'Bahagian angkat'

2015-2018

  •  270715 : I was occupied developing CPD ASAS - meeting at Bank Negara; he was meeting his friend elsewhere. Cabinet-Reshuffling. Stunned by the sudden announcement from the TV that he will be assisting DSJK
  • 290715 - angkat sumpah
  • was assigned to oversee 13 Government Islamic Agencies
  • August 2015 - Managing kes Kren tumbang & rempuhan Mina during Hajj period
  • 2016 - PP menjadi Bahagian angkat terbaru. Isu Governan YAPIEM. 
  • 2017 - Dokumen Tadbir Urus Shariah Institusi Islam Kerajaan dilancarkan.The cleansing & restructuring of YAPEIM done. Account, Reporting & Governance are in place. Settled. Next in the pipeline to be 'screened & cleansed' were TH, JKSM, TV Hijrah etc. 
  • Indeks Shariah dan Majlis Halal Malaysia juga dilancarkan.

2018-2022

  • 8 May 2018 - PRU14, defeated by 1380
  • June 2018 - contested for KPUM & won
  • Atiyyah was born 081118 #pru14babydawd #pasirputehbabydawd
Saya boleh katakan, selepas zaman akademik di UIA dulu, ini lah peringkat kehidupan yang paling tenang, aman, complacent walaupun KPUM bekerja secara 'fisabilillah' selama lebih 4 tahun. Mujur lah takde hutang; hutang UIA yang dia breach of contract masa PRU12 dulu yg potong dari gaji saya, settled. Rumah kereta semua settled. Sementelah dia amat teliti bab berbelanja, selalu fikir 'balance' je and banyakkan 'reserve'! Sebab itu boleh survived walaupun dia tidak bergaji hingga ke hari ini, alhamdulillah.
 
Dunia Pemuda ini, we made lotsss of new friends, dapat raaaamai adik-adik pemuda baru, walaupun ada 1001 macam perangai, pesen, warna kulit, saya tetap bahagia. Ada la juga sorang dua tu yang saya rasa nak cubit-cubit & ketuk kepala, tapi overall hampir semua lah makan air tangan di rumah ini; jadi marah-marah kakak je lah.

 Setelah beberapa lama selepas itu, saya makin nampak hikmah besar dari PRU14.
  1. Dia dilorongkan menjadi KPUM untuk reform & sediakan pelapis parti. Boleh fokus kpd dakwah & kaderisasi dalaman.
  2. Dia terpelihara dari memegang amanah sebagai wakil rakyat yang tidak mampu dipikulnya disebabkan tidak punya sumber kewangan yang kukuh untuk menjaga kawasannya, apalagi dalam keadaan parti mengalami kekalahan
  3. Dia terpelihara dari ditarik ke parti2 lain. Ini memang rasa sangat kemujuran sebab semua figura-figura parti lain amat rapat dengannya.
  4. Saya? Alhamdulillah dilorongkan mendapat VK7 walaupun dah hampir nak lupakan hasrat disebabkan terlalu occupied dengan aktiviti di kawasan & program rasmi sebelum itu.


Satu lagi, peringkat ini juga merupakan madrasah tarbiyyah yang lebih mematangkan dia menjadikannya punya sudut pandang yang lebih luas, jiwa lebih berlapang dada, hati lebih jernih dari prasangka dan menerima segala kepelbagaian keadaan sama ada suka, duka, kecewa atau bahagia dengan jiwa besar.

Tapi di mata saya, dia tetap Asyraf Wajdi, 'The Reluctant Politician' yang bersih hatinya, naive, selalu melihat kebaikan dalam semua orang, yang kadang-kadang tidak pandai menyembunyikan rasa hatinya sama ada menunjukkan yang dia terlalu gembira atau terlalu tak suka, atau terlalu kecewa dengan sesuatu. Memang tak pandai betul berlakon atau orang muda skrg panggil 'fake'. Kadang-kadang naik geram juga dengan tindakan impulse & innocent nya. Tapi biasalah, dia yang benar-benar berada di dalam pusar utama dunia tersebut, sudah tentunya punya sudut pandang berbeza (yang kadang-kadang tu dia tak mampu nak describe kepada mereka yang terdekat!) dan bertindak mengikut ijtihadnya berbanding kita yang berada di luar ini yang hanya mampu memberi pandangan dari sudut luaran sahaja.

Adapun sekarang dan ketika ini, I have this realization. Baru benar-benar tersedar yang sejarah perjalanan hidup keluarga akan berubah lagi. Benar, perjalanan politik dia amat berliku-liku dan amat tidak mudah. Banyak betul perkara di luar kawalan dan perancangan seolah-olah ALlah SWT benar-benar menguji tahap keikhlasan dan kebergantungan TOTAL hanya kepada-Nya. 

Teringat pula kata-katanya semasa dia berperang dengan diri sendiri sama ada perlu menyahut pelawaan bertanding di PRU12 dulu. Semasa terperangkap dlm traffic jem di MRR2 & LDP ketika dalam perjalanan pulang dari pejabat di UIA Gombak ke rumah di PJ, kami kerap merefleksi perjalanan hidup kami. Katanya, "Kita ni, kalau nak kira terlalu banyak kemudahan yang ALlah beri, tak habis nak bersyukur~ antaranya";

  •  walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti, bab belajar dipermudahkan. Grad awal, jadi pelajar terbaik lagi sampai boleh waive 75% pinjaman JPA, alhamdulillah.
  • habis je belajar, terus dapat kerja, alhamdulillah.
  • kahwin, terus dapat anak alhamdulillah.
  • buat phD dengan macam-macam drama dan kepayahan, tapi dipermudahkan siap dapat 'Graduate On Time' (GOT)~ rasanya tak ramai pasangan yang buat phD yang sama-sama siap on-time, alhamdulillah
  • orang lain bila balik, pening fikir nak letak kotak2 & barang2 kat mana; kita tiba-tiba ada rumah yang sesuai dan dekat pula tu dengan rumah Mipapa, alhamdulillah.
  • dipermudahkan menulis dan mengeluarkan banyak makalah dan buku (yang masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini), alhamdulillah.
        
 
"Jadi apa sangatlah jika Allah SWT takdirkan Abang terlibat dalam politik pada suatu hari nanti. Memanglah dunia politik penuh dengan kesamaran & ketidak-tentuan; ramai yang akan mengata-ngata kita termasuk kawan-kawan; dikelilingi oleh 1001 macam manusia yang kita tak boleh baca pemikiran & hati. Tapi Abang percaya, di sebalik kesulitan, pasti ada kemudahan. Semoga Allah SWT sentiasa tetapkan hati kita berjuang di dalam apa saja lapangan demi-Nya semata-mata. Jadi apa saja kesulitan mendatang, takde apa sangat jika dibandingkan dengan pelbagai kemudahan yang Allah sudah berikan"

Setiap kali mengimbau perbualan di atas, saya pasti tersenyum. Antara saat-saat manis lagi berharga ketika kami  masih berkomunikasi menggunakan 'bahasa' yg sama, bekerja, mengajar, menulis dalam bidang yang sama kerana di dalam dunia yang sama. Ya, dunia yang selesa, 'complacent' yang kadang-kadang melekakan kami dari niat asal kami iaitu untuk sentiasa menyumbang dan memberi. Boleh jadi, kerana berpasak atas qasad inilah, ALlah SWT. lorongkan kami melalui pelbagai warna-warni kehidupan yang sentiasa berada di atas roda kehidupan yang berpusing laju tanpa henti.

Apa yang mendatang?

Penuh ketidakpastian. Wallahu a'lam ke mana atau apa pula lapangan atau mad'u, semuanya diserahkan kepada Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, lagi Yang Maha Mempunyai Segala Kehendak. Kebergantungan yang total. Doa saya setiap masa dan ketika;

"Wahai Tuhan Yang Maha Baik, seandainya Engkau lorongkan dia ke sesuatu lapangan dan tempat, dan dia beroleh kemenangan; kami redha melepaskannya menjadi milik ummah selepas Engkau pinjamkan dia buat kami selama 4 tahun ini";

"Wahai Tuhan Yang Maha Mendengar isi hati, seandainya Engkau lorongkan dia ke sesuatu lapangan, dan dia beroleh kekalahan lagi, kami redha. Boleh jadi ini lorongan-Mu buatnya sebagai 'Exit point' dalam medan ini.";

"Dan, wahai Tuhan Yang Maha Merancang, seandainya Engkau tutup semua lorongan, tidak memungkinkan untuk dia bertanding di mana-mana, kami juga redha; boleh jadi setakat inilah sahaja ikhtiar kami dalam wadah ini, kerana mungkin kami diperlukan di dalam wadah dakwah yang lain pula..."

Ayat yang amat menenangkan hati ini sentiasa bermain-main di kotak pemikiran:

﴿Ù‚ُÙ„ِ ٱللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َٰÙ„ِÙƒَ ٱلۡÙ…ُÙ„ۡÙƒِ تُؤۡتِÙŠ ٱلۡÙ…ُÙ„ۡÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َآØ¡ُ Ùˆَتَنزِعُ ٱلۡÙ…ُÙ„ۡÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َآØ¡ُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َآØ¡ُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َآØ¡ُۖ بِÙŠَدِÙƒَ ٱلۡØ®َÙŠۡرُۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠۡØ¡ٖ Ù‚َدِيرٞ ﴾
[ آل عمران: 26]

Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

بِÙŠَدِÙƒَ ٱلۡØ®َÙŠۡر... بِÙŠَدِÙƒَ ٱلۡØ®َÙŠۡر... بِÙŠَدِÙƒَ ٱلۡØ®َÙŠۡر...

Maka apa sahaja terjadi di masa hadapan, kami meyakini bahawa semuanya berupa kebaikan, jadi kami dengar dan kami taat, Ya Allah; ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kami akan kembali ... (AL-Baqarah: 285)


P.s. 

buat dia, lagu ini menitipkan suara hati ini to cheer you up :)

Fighting! 💪