Monday 2 April 2018

Sejarah Penglibatan ke dunia politik dari kacamata saya (Part 1)

Tajuk yang lama dah dalam kepala saya, tapi angin nk menulis tu selalu pasang surut. Not my thingy perhaps? Tapi hari ni, bila terbaca komen2 negatif di mukabuku suami (selalu mcm ni tapi buat dekk je), maghi la semangat kuba atau angin kuskus kejap hahahah! Bukan marah sangat sebenarnya, tapi saya jadi rasa kasihan kpd mereka yang takde kerja lain melainkan bersifat, berfikir dan berkata2 negatif sahaja. Jadi, dah saya ni jenis 'mok nenek' merangkap juga seorang guru, saya rasa bertanggungjawab lah nak bercerita sikit ttg perjalanan kami sekeluarga dalam dunia baru ini yg sedikit sebanyak mengundang pelbagai persepsi umum.

Saya mula mengenali suami (DAWD) semasa di semester 1, tahun 1 di Pusat Matrikulasi UIAM, Jln Pantai Baru, KL. Kenal sebab namanya sentiasa meniti di bibir2 kawan2 sebilik yang satu jurusan dengannya. Saya jurusan undang-undang & Shari'ah yg tak pandang orang lain dah selain dari kawan2 sekelas hahahah! (sivik dan thiqah kot!) Apa lagi yg dari jurusan lain. Dari cerita kawan-kawan ni, saya boleh la agak sikit2 DAWD ni seorang yg berkepimpinan dan ada rupa la, kikiki! Ramai kot peminat dio. Dah klu dok dengar pasal dia hari2 kan.

Bila terserempak kali pertama kat blok C satu hari tu, kawan saya tunjuk la, "haa itu la AWD!" Saya tak perasan sgt dia mcmn sbb masa tu dia teramatlah kurus melidi tapi aura kepimpinan tu mmg ada lah kuikuikui! Kemudian, kami kerap menjayakan bbrp program bersama tapi dalam jawatankuasa berbeza. Dia selalu kerja cari sponsor manakala saya pula kerap diberi tanggungjawab menjaga disiplin & ibadah. Nampak tak karektor saya ni mcmn secara luaran? Agaknya, itu lah pandangan ramai kpd saya sepanjang berada di sekolah mahupun kampus. Kiranya, takde la brothers berani nk kacau kan, hahaha!

Saya ingat saya mula boleh menghargai bakat kepimpinan semulajadinya bila mana sama2 terlibat menjayakan Ta'aruf Week 1995. Dia sebagai Manager dan saya, seperti biasalah, Ketua Disiplin & Ibadah. Sesiapa saja yang pernah terlibat dlm program ini di UIA akan bersetuju bahawa ini lah salah satu ruang yg signifikan dalam mengasah atau mengenalpasti potensi serta bakat kepimpinan, pengurusan dan kerjasama seseorang individu yg boleh mempopularkannya (in positive or negative way). Selain itu, DAWD juga amat aktif dalam Kelab Debat, persembahan theater dan juga olahraga (jgn under-estimate org yg kurus lidi wokeyy!) Jadi kira DAWD ni all-rounded person dan serba boleh orangnya. Patut la ramai peminat hahahah! (cewahhh! jgn perasan ye)

Bila dikenang kembali, baru saya perasan yg saya menyaksikan hampir kesemua acara yg dia sertai dari debat, theater dan juga olahraga. Ini adalah kerana saya selalu jadi tukang teman atau bahasa kami 'kambing' kpd kawan saya yg minat kpd seseorang yg berkebetulan menyertai acara yg sama.

Saya semakin mengenali hati budi, minat dan fikrahnya bila mana kami digandingkan bersama sbg Penyelaras Program (Program Coordinator) bagi program Kajian dan Ziarah ke Arab Saudi (REZAUM) 1996. Kami kerap bertukar-tukar buah fikiran dan pendapat. (walaupun kami byk tidak sependapat)

Dalam senario politik kampus pd ketika itu yg seperti hanya antara "hitam atau putih" / berpuak-puak, saya belum bersedia menzahirkan fikrah saya kerana ingin menjaga ukhuwwah sesama kawan2 dr pelbagai latar belakang. Saya seakan2 enggan membuat keputusan kerana ingin menjaga hati ramai kawan2 apatah lagi saya merupakan pimpinan Kolej yg mewakili semua pelajar perempuan. Sehinggalah, saya mencalonkan sahabat saya, Saudari Suryani Mohamad sbg calon MPP yg saya kira amat terserlah potensi kepimpinannya setelah terbukti berjaya sbg "Manageress Ta'aruf Week" 1995 dan beliau seseorang yg mudah blend-in dgn sesiapa shj tanpa berpuak-puak. 

Mungkin kerana itu lah saya dipanggil 'mengadap' kepimpinan sesuatu puak ini dan disoal-siasat, hahahah! Ke saya yg over-perasan. Ya lah, kalau kita duduk atas kerusi sorang2 mengadap bbrp org brothers secara berhadapan mcm nk temuduga kerja, ke nama apa tu ye? Antara intipati soalan dan pernyataan mereka yg menjentik hati saya sehinga membuatkan saya menjauhi mereka secara total selepas itu adalah:
  • bercakap tentang sahabat baik saya yg dikatakan lari dari Jamaah walhal kedua ibubapanya pendokong tegar! (What?)
  • Bercakap ttg 73 puak.. hanya 1 puak je masuk syurga (whattt?)
  • Nak Islam ni tokleh separuh2, kena keseluruhannya. Tokleh bercampur dgn mereka2 yg dikatakan "sosial" bagai (whattt?)
  • Analogi orang baik tapi bercampur dgn keadaan atau orang2 yg mcm2 ni spt nk cuci tong najis, bla3! (Whattt?!)
Mulai di Kampus Induk Gombak, saya mulai aktif dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sbg ahli Majlis Tarbiyyah yg ditugaskan menyelaraskan modul tarbiyyah merangkumi silibus usrah unit, usrah pimpinan, kuliah tafaqquh, tamrin dsb. Saya merasakan nilai hidup yg ditanam semenjak kecil lagi oleh keluarga saya amat kena dgn orientasi PKPIM iaitu:
  1. Da'wah & Tarbiyyah
  2. 'Ilmiyyah (membudayakan ilmu)
  3. Wasotiyyah (Kesederhanaan)
  4. Jamahiriyyah (akomodatif)
  5. Waqi'iyyah (Sesuai dgn setempat- manhaj Malaysia)
  6. Tarikhiyyah (punya sejarah, pengalaman dan prestasi kerja yg relevan sepanjang zaman)
  7. 'Alamiyyah (global- merentasi sempadan geografi, politik, budaya & bangsa)
  8. Desekularisasi -aplikasi llmu2 wahyu dlm membangun ummat
  9. Non-Partisan - tidak terikat dgn mana2 parti politik
Maka selama 4 tahun itulah fikrah, idealisma dan 'worldview' saya dibentuk oleh madrasah PKPIM, alhamdulillah.

Idealisma dan prinsip yg kami semat ini lah yg telah membuka mata dan hati kami dalam menerima kepelbagaian dgn penuh insaf dan lapang dada. ALhamdulillah, Allah SWT telah melakarkan sejarah kehidupan yg penuh warna-warni. Kerjaya terawal di Universiti bertaraf antarabangsa, apabila dipermudahkan melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 4 tahun ; kami dikelilingi sahabat2, jiran2, rakan2 fakulti dan juga pensyarah yg pelbagai bangsa, agama & budaya yg menambah-luas 'worldview' serta mencorak keperibadian kami.

Fast-forward ... 10 tahun selepas kembali ke tanahair, Allah SWT telah mentaqdirkan suami utk meletakkan kedua-dua kakinya ke dalam dunia politik kepartian. Tak bersedia? Memang takkan rasa benar2 bersedia apatah lagi suami tidak pernah betul2 merancang karier politiknya sebelum itu. Dunia ini ternyata jauh berbeza drp dunia akademik dan korporat yang dia lalui sebelum itu.

Saya selalu bertanya kpd suami, malah mengadu kpd-Nya.. kenapa kami? Kenapa harus kami melalui jalan yg penuh dgn ketidak-pastian ini? Mengapa kami perlu membuat pengorbanan ini? Dah tenang2 dalam dunia akademik dan korporat yg menjanjikan kehidupan tenang, stabil serta habuan yg lebih dari cukup (malah teramat mewah dlm korporat). Saya sampai gosok mata byk kali bila melihat slip gaji terkini suami! Tak jauh sgt dr gaji saya sbg pensyarah, kuikuikui! Orang Kelantan cakap,"Tok pade denge leloh!"

Bila dah ada 'chop mohor' kat dahi ni, maka banyak la terdedah kpd persepsi, kata-kata nista, fitnah malah 'phd'. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga dan sahabat2 yg ikhlas kami hadapinya dengan berlapang dada. Nak 'survive' dalam dunia politik kepartian ini perlu berjiwa besar dan punya kebergantungan tinggi kpd Allah SWT,  di samping 'passion & patience'. Kalau tidak, kita akan semudahnya kecewa, menyerah kalah atau mengikut arus begitu sahaja.

Saya kerap berhadapan dgn persoalan2 spt:
  • Kenapa parti ini?
  • Boleh ubah ke sepenuhnya?
  • Walaupun kita baik, tapi yg kat atas2 tu? Hmmm...
  • banyok duit ko nok main politik ni?
  • Mesti nak jawatan atau harta ni?
Di kesempatan lain, saya akan sambung lagi nukilan ini ye. 
Maghrib dulu. 
Hayya 'alas-Solah, hayya 'alal-Falah!

Thursday 15 March 2018

Perjalanan hidup dari SPM ke karier dulu, kini dan selamanya ...

Selepas mendapat keputusan cemerlang dlm Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dulu, majoriti rakan sekelas memilih aliran sains kerana mengejar cita-cita menjadi doktor, jurutera dll. Maka ramailah yang berhijrah ke sekolah2 berasrama penuh dan sekolah2 kawalan yg ternama di dalam dan luar Kelantan.

Saya yang mendpt 8A1 turut mendapat tawaran ke aliran sains di dua SBP; di Negeri Sembilan dan Kajang. Akan tetapi mak dan ayah bertegas untuk saya kekal di MMP kerana sayangkan B.Arab dan ilmu2 diniyyah lain yang saya telah kuasai semenjak dari Tingkatan peralihan. Ketika ini, saya belum jelas apakah pekerjaan yang sesuai buat diri di kemudian hari nanti; tetapi yg saya tahu dan selalu 'looking forward' setiap hari ialah seronoknya pegi sekolah jumpa kawan2 dan guru2! Tapi bukan lah saya rajin sgt belajar malah selepas 15minit kelas, saya dah mula pasang 'antenna' berangan atau bermimpi terus, heheheh! Saya ingat hanya 3 kelas yang saya takkan tidur iaitu; B.Arab, Matematik dan Seni Khat. Pelajaran yg saya paling 'give-up' adalah sejarah. Tapi sekarang terbalik pula!

Mak selalu menyebut2 yang impian dia untuk melihat saya bergelar 'Doktor Falsafah'. Ok, saya belum betul2 faham aspirasi mak dan tidak nampak jalan ke arah tersebut lagi sebenarnya waktu itu. Target saya sepanjang di MMP adalah untuk bersaing atau 'memotong' sahabat saya, Syakirah yang selalu unggul di tempat pertama dari Tingkatan Peralihan lagi; cemerlang menguasai ilmu Bahasa Arab dan Matematik sampai sanggup belajar Matematik Tambahan ketika di Tingkatan 4! (nampak tak 'confuse' lagi nk jadi apa ni?!) Pada masa yg sama menyimpan angan2 untuk menyambung pelajaran ke bumi Jordan bersama Syakirah mengikuti jejak kakak2 yang selalu memberi inspirasi kpd diri ini spt Kak Dr Nik Farhan (skrg di UPM) & Kak Dr Nik Hanan (UIAM)

Alhamdulillah, saya mengulangi sejarah kecemerlangan dlm SPM bila diumumkan sbg pelajar terbaik SPM sekolah dan juga Negeri Kelantan. Yang paling seronoknya, ini lah satu2 nya peringkat yang saya berjaya mengatasi Syakirah finally.. (hehehehe, nampak tak betapa obses nya saya nak bersaing dgn dia!)

Namun, saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan saat2 mendebarkan ketika keputusan diumumkan kerana masih berada di Tanah suci mengerjakan umrah bersama Ustazah Hjh Faridah (Qariah Kebangsaan). Saya kembali ke tanahair 2 hari selepas itu disambut oleh para pemberita dan keluarga. Masih teringat, saya mencari2 wajah ayah di sebalik cermin. Bila ternampak ayah dari kejauhan, agaknya air muka saya yg tidak keruan memikirkan keputusan SPM, ayah terus mengangkat kedua2 tangan dan menunjukkan kepuluh2 jarinya ut menenangkan diri saya sblm betul2 keluar ke dewan ketibaan utk ditemuramah para wartawan.

Ada lagi kejutan lain...

Saya menyatakn hasrat saya kpd mak & ayah tentang  permohonan ke IPT pilihan hati. Jawapan mak (ayah mmg serah urusan pendidikan anak-anak bulat2 kpd mak ok); mak tak ambil pun borang KPM (yg memungkinkan saya memohon Univerisiti di Jordan), tapi mak dah isi borang UPU dan dah selamat dihantar. Saya tanya mak pilih IPT mana dan jurusan apa dari Pilihan 1 ke 8. Selamba jer jawapan mak.
"Undang-Undang UIA - First and the only choice!"

Saya terduduk terkejut, perasaan bercampur-aduk dengan sedih, risau, kecewa dan ttoyo (sila terjemahkan ye, hahaha!) Nampak tak perangai 'kamikaze' saya ni nnurun siapa? 

And the rest was history.

Alhamdulillah, berkat taat dan akur kpd keputusan mak ayah, Allah SWT membuka dunia lain di luar imiginasi saya sebelum ini. Lorongan Allah SWT ini lah yg membawa saya menjadi diri saya hari ini. Satu lagi, rupanya jodoh saya menunggu di UIA nanti. Nasib lah klu pegi Jordan kan?!

Dengan izin Allah SWT, saya melalui kehidupan sbg mahasiswa jurusan Undang-Undang & Syari'ah dengan penuh warna-warni; 2 tahun di Lembah Pantai, 1 semester di Kampus PJ dan 5.5 tahun selebihnya di Kampus Gombak. Rasa macam tua di UIA je kan.

Salah satu faktor yang membuatkan saya mampu bertahan adalah kerana ilmu B.Arab yang masih boleh diaplikasi kerana setiap semester sekurang2nya ada 2 subjek Syariah yang sepenuhnya dalam B.Arab. Bila melangkah ke Tahun 5 Syaria'h, kesemua matapelajaran adalah dalam Bahasa Al-Quran ini.

Ketika di tahun akhir, saya sepertinya dilorongkan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat Sarjana; walaupun sebahagian besar sahabat2 pengajian mula memasuki latihan amali kepeguaman. Dan di Semester Akhir, saya mula mencari peluang2 kerjaya antaranya di dalam bidang akademik. Banyak borang2 SLAB (Skim Latihan Bumiputra) dari beberapa IPTA dan IPTS yg diisi. Yang berjaya ke peringkat 'interview' adalah Fakulti Undang-Undang UM dan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM. Waktu ni fikir, kalau dapat UIA senang lah nak berulang-alik dari rumah sewa di blkg Masjid Syakirin Jln Gombak itu. Belum terfikir pula bahawa satu hari nanti saya akan tinggal di Petaling Jaya yang nun sejauh 45km dari UIA Gombak!

Saya mula dipanggil ke 'informal interview' dgn Ketua Jabatan Pentadbiran Perniagaan, Dr Ahmad Kameel Mydin Meera. Debaran saya hilang begitu saja bila disambut mesra oleh kedua2 staf admin, Kak Za dan Kak Ti .. kemudiannya Dr Kameel yang amat 'humble' dan 'approachable'. Petanda macam 'ngam' je kerja kat sini! Seminggu kemudian, dipanggil ke "formal kuliyyah interview", mengadap semua Ketua2 Jabatan spt Dr Mansor Ibrahim (HOD Economics) yang mmg tk byk cakap, Dr Omar, HOD Accounting (yg buat saya menggigil sikit), Dr Adam Suhaimi, HOD IT, Dr Wan Mat Sulaiman Timb Dekan HEP, dan Dr Azmi Omar Dekan KENMS. Yang banyak bertanya adalah Dr Omar, Dr Wan Mat Sulaiman dan Dr Azmi sendiri. Fuhhhh! Saya ingat antara persediaan diri adalah dr segi penampilan. Hasil pembacaan, saya mengenakan baju kurung berwarna merah gelap (uniform program sebenarnya!) dan tudung berwarna krim. Agaknya nampak baik, tulus mulus penampilan saya kikiki!

2 minggu kemudian, dipanggil ke temuduga rasmi di peringkat Universiti iaitu mengadaplah Rektor Prof Kamal Hassan, Timbalan2 Rektor, En Wan Helmi MSD, dll, Masa ni panel interview banyak bertanyakan tentang perancangan kajian saya utk akan datang. Prof Kamal juga bertanyakan tentang kemahiran bahasa Arab saya yang dah agak suam2 kuku 😉
Staff card pertama masa mula lapor diri

Maka pada tanggal 14 Mac 2001, saya mula melapor diri sebagai Penolong Pensyarah di Jabatan Pentadbiran Perniagaan, KENMS, UIA dan ditempatkan di bilik 449 di hujung sekali. Saya ingat gaji saya dalam RM1,800 ketika itu. Tugas pertama saya adalah mengajar 'Malaysian Business Law' dan 'Commercial Law' pada Semester 3, 2000/2001. Antara murid2 terawal yang saya ingat (tolong mengaku yg lain2 ye) adalah Yazkhiruni Yahya, Pensyarah UM dan Ani Salwani Che Pa, Pensyarah UIAM. 

Saya ingat lagi, saya kerap 'stay-back'  di pejabat untuk menyiapkan bahan2 pengajaran dan mengulangkaji matapelajaran yg akan diajar nanti. Hujung minggu pula saya pulang ke KB untuk persiapan majlis perkahwinan. Terasa sangat terkejar2 masa ketika ini.

Menjelang semester 1, 2001/2002 ketika berjumpa Dekan, Dr Azmi menyarankan agar saya (yang baru 2 bulan berkahwin) mempersiapkan diri melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di samping mengikuti suami yang akan menyambung Masters di Universiti Loughborough, UK mulai September 2001. Terasa seperti bom atom pula! Semput dari Semester 3 belum habis lagi, apatah lagi saya merasakan PhD ini spt amat susah utk digapai terutama buat pensyarah muda seperti saya.
Semua pengantin baru dan juga pensyarah KENMS baru

Walau bagaimanapun, saya cuba juga mempersiapkan diri sebaik mungkin dalam masa 2 bulan tersebut. Saya mula membaca pelbagai makalah, rujukan untuk mengenalpasti bidang2 yang boleh saya cadangkan untuk tajuk kajian phD saya. Saya juga mengenalpasti syarat2 yg perlu dipenuhi spt menyiapkan 'proposal', menghubungi 'potential supervisors' di Universiti2 UK, mengisi borang SLAB UIA, menghadiri 'interview' SLAB, Kursus Metod Kajian di UKM dan dalam masa yg sama turut mengajar 2 kelas dan baru cuba menyesuaikan diri dgn alam perkahwinan. Kami berulang-alik dari rumah kakak, Dr Farah Nini di PJ setiap hari. Fuhhh, bayangkan betapa kelam kabut nya hidup saya ketika itu.

Memandangkan permohonan agak lambat dibuat, maka saya hanya diterima utk kemasukan Februari 2002 di Universiti Manchester. Saya masih ingat nama penyelia di atas surat tawaran adalah Dr Collin Imber dari 'Dept of Middle Eastern Studies' yg saya sempat berinteraksi melalui email beberapa kali. Jadi saya bercuti tanpa gaji dari September 2001 sehinggalah saya memulakan kajian phD secara rasmi pada tahun berikutnya.

Di penghujung 2001, saya disahkan mengandungkan Ammar. Adoii, macammana la nak berulang-alik ke Manchester yang mengambil masa 2-3 jam perjalanan menaiki kereta mulai bulan Februari 2002 nanti. Oleh itu, saya memohon untuk menangguhkan pendaftaran ke September 2002 iaitu selepas habis berpantang. Nk dijadikan cerita, pd April 2002 JPA telah menyenarai-hitam bbrp universiti di UK termasuklah Universiti Manchester, maka saya pun termenung lah dan buat2 sibuk menyelak buku Argos, kikikiki!

Selepas habis tempoh layan serabut (dalam seminggu juga tuh!) saya memulakan usaha mencari penyelia dan universiti lain pula. antara yg berminat dgn tajuk kajian saya adalah Ian Foster dari SOAS, London. Terfikir juga, berulang-alik London pulok ko. Dalam 2.5 jam juga tu. Parking satu hal pula.

Terapi kami semasa tempoh menyiapkan thesis - Mengajar mengaji Quran
Taqdir Allah, dalam dok pasrah begitu (dan sarat mengandung ok), tiba-tiba Universiti Loughborough memeterai perjanjian dengan Markfield Institute of Higher Education (MIHE) untuk menawarkan prog pasca-siswazah dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam. Wahh, seperti bulan jatuh ke riba.. umpama orang mengantuk disorongkan bantal pula! Saya terus memohon dan alhamdulillah diterima sebagai pelajar phD pertama di bawah kerjasama tersebut dan diselia oleh Dr Seif El-Din Tag El-Din (sekarang di IRTI) dan Prof John Presley (mantan Penasihat Ekonomi Saudi- skrg telah bersara)

Jadi, saya 'end up' berstasion di Universiti Loughbrough dan juga MIHE yang hanya 20 minit perjalanan sahaja untuk 3 tahun seterusnya, alhamdulillah. Dan ... oleh sebab saya akan memulakan phD pada Oktober 2002, maka UIA & JPA memberi pertimbangan khas kpd suami untuk terus menyambung phD sebaik shj dia tamat Msc pada September 2002. Maka, kami berdua sama-sama mendaftarkan diri sbg pelajar phD di Universiti yg sama dan dalam tempoh yang sama.

Cantik kan aturan Allah SWT ini?

Tup tap tup tap... slph hampir 3 tahun, kami berdua berjaya mencapat target untuk menyiapkan thesis, viva dan menghantar thesis yang terkini kpd Universiti sebelum berakhir tempoh cuti belajar yang dipersetujui dalam perjanjian, iaitu dari 1 Oktober 2002 hingga 30 September 2005. 

Kami pulang berempat ke tanahair pada tanggal 25 September 2005 dan mula melapor diri pada 1 Oktober 2005 ke Jabatan masing2. Semput kan? Nak releks tak sempat; nk jenjalan Scotland atau keliling Eropah lagi lah mustahil. Begitu lah suami saya ni. Bila dia dah 'mindset' nak habiskan belajar dan balik berkhidmat 'on time', dia takkan fikir benda lain dah.

Maka bermulalah rutin kami sebagai pendidik, pengkaji, penulis makalah & buku, pembentang kertas kerja dan juga pengendali latihan sebagai memenuhi tuntutan tanggungjawab asasi. Saya fikir inilah rutin kami untuk sekurang2 nya 10 tahun pertama memandangkan suami terikat selama tempoh tersebut.

Antara program terakhir suami sebelum meninggalkan KENMS

Namun rupanya, Allah SWT punya perancangan tertentu buat kami. Selepas 2 tahun 3 bulan berkhidmat, suami meletak jawatan dalam masa 24 jam kerana 'nation-call'. Semenjak itu, bermula lah episod baru dalam hidup saya; sendirian meredah jem di LDP & MRR2, tiada lagi membeli nasi bungkus dan makan sama2 di pejabat suami, tiada lagi teman borak2 dalam kereta, tiada teman yang 'push' kerja penulisan saya. Biasa lah  adat perjuangan kan. Mungkin selama ini, hidup agak 'complacent', jadi Allah SWT menukar arus hidup kami ke arah yang lebih mencabar bg kami pd ketika itu utk menyedarkan dr kelekaan duniawi. Saya gagahkan juga meneruskan rutin harian walaupun terasa separuh jiwa tertinggal di rumah  mengenangkan suami yang menganggur 3 bulan di rumah.

Pada tahun yang sama juga, saya mula terlibat secara langsung dalam industri kewangan Islam bila menyertai Bank Standard Chartered Saadiq sbg Jawatankuasa Syari'ah. Kesibukan menjadikan saya cepat menyesuaikan diri dgn rutin ini. Metod pengajaran saya ternyata lebih efektif kerana lebih membumi dan terkait dengan realiti di dalam industri. Saya puas hati dan benar2 jatuh cinta dengan pekerjaan saya di UIA ini.

Cukup 5 tahun, suami diberi tanggungjawab yg lebih mencabar. Perubahan kerjaya suami sebenarnya sedikit sebanyak turut memberi kesan kepada prioriti dalam kerjaya saya. Saya mula memperlahankan 'speed' dlm mengejar impian peribadi. Asalkan memenuhi KPI tahunan, bagi saya sudah memuaskan hati, 

Namun 2 tahun selepas itu, suami diberi kepercayaan yang lebih besar. Dia seperti perlu membuat keputusan utk melangkah kedua-dua kakinya ke dalam dunia yang amat berlainan sekali dengan dunia saya. Kami mula bercakap menggunakan bahasa yg berlainan. Pada mulanya, saya berasa sgt jauh dari nya. Ya lah, kami sudah terbiasa berborak2 tajuk yg sama2 diminati. Tapi dia sudah jarang bercakap topik yang saya 'familiar', malah lebih kerap membincangkan topik2 berkaitan kerjayanya sekarang yang banyak meninggalkan tandatanya dalam diri saya.

Maka saya lah yang harus mengejarnya. Saya rasa sama naik saya buat kajian dalam bidang kepakaran saya yakni kewangan Islam dan kajian  dalam bidang suami yg agak asing bg saya pada ketika itu (kena study juga wehhhhhh!). InshaAllah, di kesempatan lain saya cuba menulis tentang hasil kajian terbaru ttg dunia suami pula ye, hihihi. Nak tak nak, saya perlu tambah ilmu baru, kalau tak, nanti kasian kat suami macam bercakap dengan dinding bila balik ke rumah kan. Haaa.. begitu lah perasaan saya kalau bertanya soalan kpd para pelajar tanpa mendapat jawapan balas. Frust dan demotivated ok! (Ingat ye anak2 murid madam sekalian!).

Saya dah sampai satu peringkat, tak pa lah. Biarlah saya korbankan impian saya. Biarlah tak dpt capai KPI. Biarlah tak dpt 'increment'. Kalau kena pecat? .. takpa lah.. demi suami, anak2 dan mereka yang perlukan khidmat bakti kami. Kerja2 pendidikan & tarbiyyah tetap boleh diteruskan dalam apa jua kapasiti saya nanti, inshaAllah.

Untuk makluman semua, cuti tanpa gaji saya masih berbaki 4 bulan sahaja lagi. Dalam hati ni, meronta-ronta untuk kembali mengajar dan jumpa para pelajar. Bila kita mengajar, ilmu kita akan makin bertambah inshaAllah, dan kepuasannya, hmmmm.. beyond words!

Akan tetapi, saya perlu bersedia untuk apa saja. Saya amat terinspirasi dengan Puan Sri Prof Dr  Jamilah bt Ariffin, isteri kpd Tan Sri Abdul Ghani Othman mantan MB Johor yang kekal cemerlang sbg ahli akademik dan juga isteri tokoh politik dlm masa yang sama. 

Ketika ini, saya sentiasa berdoa agar saya mampu kekal sebagai ahli akademik di UIA yg  diharapkan memberi ruang kpd saya utk terus berbakti menyalurkan ilmu & kepakaran kpd para pelajar di samping mempertimbangkan kekangan masa saya sebagai isteri seorang ahli politik. Moga Allah SWT melorongkan jalan yang terbaik dan memberi tanggungjawab yang termampu buat diri ini. Yang penting, tanggungjawab dakwah & tarbiyyah dapat diteruskan sama ada saya sebagai pensyarah di universiti ataupun isteri seorang YB yg juga punya tanggungjwab dakwah tarbiyyah buat masyarakat tempatan.

Doakan kami ye.

Allahul-Musta'an.



Thursday 18 January 2018

10 Tahun sudah, Alhamdulillah :)

18.01.18

Cantik rupanya tarikh hari ini. Sepuluh tahun sudah umurnya anakanda ketiga Abiummi ini. Umur ini ada signifikannya. Umur ini adalah antara permulaan tahap ke arah kedewasaan dan kebertanggungjawapan. Maka tidak hairan lah, dalam soal pendidikan rohani dan amali, penguatkuasaan harus bermula pada tahap ini!

Anak ini amat istimewa tentunya,seperti Abang, kakak dan adik2 nya yang lain punya kelebihan unik tersendiri. Hari Kelahirannya sentiasa menjentik nurani Abiummi untuk berpandang ke belakang, merenungi, mengingati kembali serta bermuhasabah terhadap apa yang kami sekeluarga lalui 1 dekad yang lalu.

Anak ini anugerah Ilahi ketika Abiummi di tahap paling tinggi dalam mengejar impian sebagai ahli akademik. Abiummi sepertinya berlumba-berlumba menghasilkan makalah2 serta kajian dalam bidang yang kami sama2 berkongsi minat. 

Anak ini ketika semakin membesar di Trimester ketiga, Abiummi sepertinya dihempap 'bom' (hahaha, tak pasti betul ke tak deskripsi ini.. tapi ini lah yang Ummi rasa sampai skrg), bila mana Abi dipelawa melangkah ke alam lain. Alam yang umpama langit dan bumi darii kehiduan kami pasda masa itu. Alam yang penuh dengan ketidakpastian. Alam yang dipenuhi dengan perbagai jenis ragam dan pemikiran. Alam yang jalannya penuh liku lagi berduri. Alam yang gelap dan jalannya tidak pasti penghujungnya sehingga sukar mengenali arah, kawan atau lawan. Alam yang pasti menguji keimanan kami dari pelbagai arah.

Setiap kali Ummi membuka nota pengajian tentang kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail ('alaihumassalam), hati Ummi sepertinya dijirus air nan dingin yang menenangkan jiwa. Ya, apa sgt dgn sedikit ujian yg Allah SWT berikan ini jika berbanding dengan dua beranak yg mulia ini.

Nabi Ibrahim mengambil masa 3 hari 3 malam untuk berfikir dan merenung tentang perintah Allah SWT terhadap baginda (Hari Tarwiyah), Abiummi mengambil masa 3 bulan untuk bermuhasabah, mendidik diri agar bersedia dan redha dengan apa sahaja taqdir serta lorongan yang Allah SWT rancangkan buat kami. Ya, bukan mudah sebenarnya. 3 bulan itu adalah tempoh yang penuh dengan ketidak tentuan, ketidakpastian seperti kami tersasar dari arah perjalanan kami. Sampai ke satu tahap, kami kosongkan hati dan menyerahkan segala untung nasib antara takut dan harap hanya kpd Yang Maha Berkuasa.

Dalam tempoh ini lah, anakanda ini muncul melihat dunia. Kehadirannya umpama penawar buat hati AbiUmmi. Dan ketika anakanda berumur 35 hari, Abi sudah jelas tentang kedudukan dan keputusannya (Hari 'Arafah) dan 3 hari seterusnya bermula lah hari2 yang menuntut pengorbanan yang amat besar dari keluarga kecil kami ini (Hari Nahar) sehinggalah ke hari ini.

Rupanya medan yang sama kami sekeluarga akan tempuhi tidak lama lagi. Mungkin kali ini kami semua lebih bersedia untuk apa saja kerana sudah dipasakkan ke dalam jiwa anak2 bahawa hidup ini hanya lah untuk perjuangan buat agama dan ummah. Tiada kerugian serta penyesalan buat mereka yang berjual beli dan melabur dengan Allah SWT, inshaAllah. Moga hasilnya, kami sekeluarga dapat nikmati bersama nun di sana nanti.

Maka tidak hairan lah anakanda nan bertuah ini, banyak sekali mewarisi Abi dari segi fikrah, semangat, minat serta kebolehan2 lain. AbiUmmi doakan anakanda akan sentiasa menjadi saham akhirat kami inshaAllah.

Selamat Menyambut Hari Kelahiran, Affan bin Asyraf Wajdi!
18 Januari 2008 (9 Muharram 1429) - 18 Januari 2018 (2 Jamadil Awwal 1439)

Nota: Nukilan rentetan peristiwa sebelum & selepas kelahiran Affan, Ummi kongsikan di sini https://irwaniscupoftea.blogspot.my/2010/09/my-journey-to-motherhood-part-3.html