Monday, 2 April 2018

Sejarah Penglibatan ke dunia politik dari kacamata saya (Part 1)

Tajuk yang lama dah dalam kepala saya, tapi angin nk menulis tu selalu pasang surut. Not my thingy perhaps? Tapi hari ni, bila terbaca komen2 negatif di mukabuku suami (selalu mcm ni tapi buat dekk je), maghi la semangat kuba atau angin kuskus kejap hahahah! Bukan marah sangat sebenarnya, tapi saya jadi rasa kasihan kpd mereka yang takde kerja lain melainkan bersifat, berfikir dan berkata2 negatif sahaja. Jadi, dah saya ni jenis 'mok nenek' merangkap juga seorang guru, saya rasa bertanggungjawab lah nak bercerita sikit ttg perjalanan kami sekeluarga dalam dunia baru ini yg sedikit sebanyak mengundang pelbagai persepsi umum.

Saya mula mengenali suami (DAWD) semasa di semester 1, tahun 1 di Pusat Matrikulasi UIAM, Jln Pantai Baru, KL. Kenal sebab namanya sentiasa meniti di bibir2 kawan2 sebilik yang satu jurusan dengannya. Saya jurusan undang-undang & Shari'ah yg tak pandang orang lain dah selain dari kawan2 sekelas hahahah! (sivik dan thiqah kot!) Apa lagi yg dari jurusan lain. Dari cerita kawan-kawan ni, saya boleh la agak sikit2 DAWD ni seorang yg berkepimpinan dan ada rupa la, kikiki! Ramai kot peminat dio. Dah klu dok dengar pasal dia hari2 kan.

Bila terserempak kali pertama kat blok C satu hari tu, kawan saya tunjuk la, "haa itu la AWD!" Saya tak perasan sgt dia mcmn sbb masa tu dia teramatlah kurus melidi tapi aura kepimpinan tu mmg ada lah kuikuikui! Kemudian, kami kerap menjayakan bbrp program bersama tapi dalam jawatankuasa berbeza. Dia selalu kerja cari sponsor manakala saya pula kerap diberi tanggungjawab menjaga disiplin & ibadah. Nampak tak karektor saya ni mcmn secara luaran? Agaknya, itu lah pandangan ramai kpd saya sepanjang berada di sekolah mahupun kampus. Kiranya, takde la brothers berani nk kacau kan, hahaha!

Saya ingat saya mula boleh menghargai bakat kepimpinan semulajadinya bila mana sama2 terlibat menjayakan Ta'aruf Week 1995. Dia sebagai Manager dan saya, seperti biasalah, Ketua Disiplin & Ibadah. Sesiapa saja yang pernah terlibat dlm program ini di UIA akan bersetuju bahawa ini lah salah satu ruang yg signifikan dalam mengasah atau mengenalpasti potensi serta bakat kepimpinan, pengurusan dan kerjasama seseorang individu yg boleh mempopularkannya (in positive or negative way). Selain itu, DAWD juga amat aktif dalam Kelab Debat, persembahan theater dan juga olahraga (jgn under-estimate org yg kurus lidi wokeyy!) Jadi kira DAWD ni all-rounded person dan serba boleh orangnya. Patut la ramai peminat hahahah! (cewahhh! jgn perasan ye)

Bila dikenang kembali, baru saya perasan yg saya menyaksikan hampir kesemua acara yg dia sertai dari debat, theater dan juga olahraga. Ini adalah kerana saya selalu jadi tukang teman atau bahasa kami 'kambing' kpd kawan saya yg minat kpd seseorang yg berkebetulan menyertai acara yg sama.

Saya semakin mengenali hati budi, minat dan fikrahnya bila mana kami digandingkan bersama sbg Penyelaras Program (Program Coordinator) bagi program Kajian dan Ziarah ke Arab Saudi (REZAUM) 1996. Kami kerap bertukar-tukar buah fikiran dan pendapat. (walaupun kami byk tidak sependapat)

Dalam senario politik kampus pd ketika itu yg seperti hanya antara "hitam atau putih" / berpuak-puak, saya belum bersedia menzahirkan fikrah saya kerana ingin menjaga ukhuwwah sesama kawan2 dr pelbagai latar belakang. Saya seakan2 enggan membuat keputusan kerana ingin menjaga hati ramai kawan2 apatah lagi saya merupakan pimpinan Kolej yg mewakili semua pelajar perempuan. Sehinggalah, saya mencalonkan sahabat saya, Saudari Suryani Mohamad sbg calon MPP yg saya kira amat terserlah potensi kepimpinannya setelah terbukti berjaya sbg "Manageress Ta'aruf Week" 1995 dan beliau seseorang yg mudah blend-in dgn sesiapa shj tanpa berpuak-puak. 

Mungkin kerana itu lah saya dipanggil 'mengadap' kepimpinan sesuatu puak ini dan disoal-siasat, hahahah! Ke saya yg over-perasan. Ya lah, kalau kita duduk atas kerusi sorang2 mengadap bbrp org brothers secara berhadapan mcm nk temuduga kerja, ke nama apa tu ye? Antara intipati soalan dan pernyataan mereka yg menjentik hati saya sehinga membuatkan saya menjauhi mereka secara total selepas itu adalah:
  • bercakap tentang sahabat baik saya yg dikatakan lari dari Jamaah walhal kedua ibubapanya pendokong tegar! (What?)
  • Bercakap ttg 73 puak.. hanya 1 puak je masuk syurga (whattt?)
  • Nak Islam ni tokleh separuh2, kena keseluruhannya. Tokleh bercampur dgn mereka2 yg dikatakan "sosial" bagai (whattt?)
  • Analogi orang baik tapi bercampur dgn keadaan atau orang2 yg mcm2 ni spt nk cuci tong najis, bla3! (Whattt?!)
Mulai di Kampus Induk Gombak, saya mulai aktif dalam Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sbg ahli Majlis Tarbiyyah yg ditugaskan menyelaraskan modul tarbiyyah merangkumi silibus usrah unit, usrah pimpinan, kuliah tafaqquh, tamrin dsb. Saya merasakan nilai hidup yg ditanam semenjak kecil lagi oleh keluarga saya amat kena dgn orientasi PKPIM iaitu:
  1. Da'wah & Tarbiyyah
  2. 'Ilmiyyah (membudayakan ilmu)
  3. Wasotiyyah (Kesederhanaan)
  4. Jamahiriyyah (akomodatif)
  5. Waqi'iyyah (Sesuai dgn setempat- manhaj Malaysia)
  6. Tarikhiyyah (punya sejarah, pengalaman dan prestasi kerja yg relevan sepanjang zaman)
  7. 'Alamiyyah (global- merentasi sempadan geografi, politik, budaya & bangsa)
  8. Desekularisasi -aplikasi llmu2 wahyu dlm membangun ummat
  9. Non-Partisan - tidak terikat dgn mana2 parti politik
Maka selama 4 tahun itulah fikrah, idealisma dan 'worldview' saya dibentuk oleh madrasah PKPIM, alhamdulillah.

Idealisma dan prinsip yg kami semat ini lah yg telah membuka mata dan hati kami dalam menerima kepelbagaian dgn penuh insaf dan lapang dada. ALhamdulillah, Allah SWT telah melakarkan sejarah kehidupan yg penuh warna-warni. Kerjaya terawal di Universiti bertaraf antarabangsa, apabila dipermudahkan melanjutkan pelajaran ke luar negara selama 4 tahun ; kami dikelilingi sahabat2, jiran2, rakan2 fakulti dan juga pensyarah yg pelbagai bangsa, agama & budaya yg menambah-luas 'worldview' serta mencorak keperibadian kami.

Fast-forward ... 10 tahun selepas kembali ke tanahair, Allah SWT telah mentaqdirkan suami utk meletakkan kedua-dua kakinya ke dalam dunia politik kepartian. Tak bersedia? Memang takkan rasa benar2 bersedia apatah lagi suami tidak pernah betul2 merancang karier politiknya sebelum itu. Dunia ini ternyata jauh berbeza drp dunia akademik dan korporat yang dia lalui sebelum itu.

Saya selalu bertanya kpd suami, malah mengadu kpd-Nya.. kenapa kami? Kenapa harus kami melalui jalan yg penuh dgn ketidak-pastian ini? Mengapa kami perlu membuat pengorbanan ini? Dah tenang2 dalam dunia akademik dan korporat yg menjanjikan kehidupan tenang, stabil serta habuan yg lebih dari cukup (malah teramat mewah dlm korporat). Saya sampai gosok mata byk kali bila melihat slip gaji terkini suami! Tak jauh sgt dr gaji saya sbg pensyarah, kuikuikui! Orang Kelantan cakap,"Tok pade denge leloh!"

Bila dah ada 'chop mohor' kat dahi ni, maka banyak la terdedah kpd persepsi, kata-kata nista, fitnah malah 'phd'. Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga dan sahabat2 yg ikhlas kami hadapinya dengan berlapang dada. Nak 'survive' dalam dunia politik kepartian ini perlu berjiwa besar dan punya kebergantungan tinggi kpd Allah SWT,  di samping 'passion & patience'. Kalau tidak, kita akan semudahnya kecewa, menyerah kalah atau mengikut arus begitu sahaja.

Saya kerap berhadapan dgn persoalan2 spt:
  • Kenapa parti ini?
  • Boleh ubah ke sepenuhnya?
  • Walaupun kita baik, tapi yg kat atas2 tu? Hmmm...
  • banyok duit ko nok main politik ni?
  • Mesti nak jawatan atau harta ni?
Di kesempatan lain, saya akan sambung lagi nukilan ini ye. 
Maghrib dulu. 
Hayya 'alas-Solah, hayya 'alal-Falah!

No comments:

Post a Comment