Tuesday 18 October 2011

My Day 18th October 2011

Bila menulis tarikh hari ini, baru teringat.. 'Selamat Hari Lahir ke -6" kepada Nurtihani Mohd Helmi! Cik Ni, Ayah Chik, Abg Ammar, Affaf, Affan & baby Azzah sayang Hani sangat2 dan sentiasa doakan agar Hani berbahagia, diberkati Allah & diberi kejayaan dunia akhirat.. Nanti kita jumpa kat rumah Siti & Sidi untuk celebrate September & October babies sekaligus!

Saya sempat menulis coretan ringkas ini ketika sessi 'Thematic Workshop' yg berkisar ttg "Permissible Risks in Takaful". InsyaAllah, selama tempoh 10 bln sabbatical leave yang pihak University luluskan, saya Akan focus dalam kajian berkaitan Takaful. Untuk mencapai hasrat ini, saya mula 'engage' sebagai Reserach Fellow di ISRA bermula 17 Oktober semalam. Akan bekerja bersama Us. Ali Jinnah, Pn. HAKIMAH Yaacob & Prof. Ashraf Hashim. Nmun begitu, masa saya Akan banyak di UIAM, dan hanya ke ISRA bila perlu sahaja.

Sepanjang tempoh sabbatical ini, saya akan menjalankan kajian bersama sahabat2 seperjuangan; Dr Akhtarzaite, Dr Yusri Mohamad & Dr Azman Mohd Noor, di bawah 'Fundamental Research Grant Scheme' yg diberi MOSTI selama 2 thn bermula September 2011 hingga Ogos 2013. Kajian akan berkisar ttg Risiko2 yg dibenarkan Syara utk Takaful. Di samping itu, bersama ISRA pula saya akan focus pada isu2 perundangan & shariah, spt. 'reviewing' Takaful Act 1984, isu Tabarru', hibah bil thawab, isu struktur Takaful itu sendiri, isu ketika 'winding up' Dan banyak lagi yg mengundang 'passion' & 'motivation' diri utk meneruskan usaha ini. Moga2 Allah permudahkan urusan saya agar lbh fokus & teratur, insyaAllah...

Di 'Thematic Workshop' ini, saya berpeluang menambah ilmu ttg risiko2 yg diuruskan Syarikat Takaful & Retakaful. Antara pembentang termasuklah, En Muhd Noor Sukaimi (Takaful Ikhlas), En Delil Khairat (ACR Retakaful SEA), Us Ali Jinnah (ISRA), En Hazruddin Hassan (MAA Takaful) & Us Faisal Mcthar (STMB).

Manakala di sebelah petang nanti, saya diundang sbg panel di IFN Asia 2011 di KL Convention Centre utk membincangkan pelbagai isu2 semasa melingkari operasi Takaful. Disebabkan masa yg terhad, saya Akan terus fokus kpd isu2 Shariah berkaitan, insyaAllah...

No comments:

Post a Comment