Wednesday, 12 October 2011

Usrah 26 Jun 2011 (Ojai's note)

Alhamdulillah, to recap...here’s our plan & comitment:
  1. Kita akan berjumpa selang seminggu, setiap Ahad selepas Zuhur.
(jadua mungkin berubah masa Ramadan nanti)
2. Perbincangan dan diskusi akan berkisar kepada:
a)      Ayat-ayat Al-Quran pilihan, bergilir-gilir dengan Hadis pilihan (bermula Hadis 40).
Utk sesi depan kita akan berbincang tentang Al-Mukminun 23:1-16. (sila baca & hayati)
b)      Kupasan lebih jelas setiap satu Sifat 20 Allah. Minggu depan, bermula dengan ‘Wujud’.
c)        Isu semasa. Utk sesi depan, kita akan menyentuh isu ‘Kelab Isteri Taat’ yg akan dikupas oleh Kak Jie.
Selain Tafsir Al-Quran, bawa/ rujuk buku-buku berikut:
a)      Ensiklopedia Solat (Telaga Biru)
b)      Misteri & Keajaiban Sifat 20: Kelebihan & Penghayatannya (Abd Rahman Abd Majeed)
c)       Permata Hadis 40 (Ust Abu Ahmad, Abd Rashed Ebrahim)
d)      Mari Kita Terbang Ke Syurga (Imam Al-Ghazali)
e)      Pendidikan Anak-anak Dlm Islam (Abdullah Nasih Ulwan)
Thanks to Dr irwani utk lead our group.Juga cadangan untuk kita terus jemput Kak Dah (Ustzh Wan Nazidah) untuk silibus kelas feqah bagi setiap alternate session kita…insyaAllah.
So, as the summary for this session:
  • Kita susur kembali tujuan kita hidup untuk cari kebahagiaan & keredhaan Allah.
  • Apa guna kaya & segala yang ada di dunia jika tanpa ketenangan & kebahagiaan yg hakiki. Eg: Imbas kisah Qistina Onassis, salah seorang wanita terkaya di dunia yg ada segala-galanya tapi masih mencari bahagia, yg akhirnya meninggal dlm usia 37 tahun dalam keadaan penuh tragis, di rumah kecil kawannya di Argentina, ada yg mengatakan dekat tempat sampah & tandas.
  • Harus tinggalkan dunia sebentar untuk merenung & cari redha Allah itu.
  • Jika solat kita beres, bereslah segala-galanya. Haiyya alal falah…Juga jangan jadikan solat sebagai tabiat, tetapi hayatilah ia. Perangai & diri kita seeloknya adalah lebih baik drpd sebelum solat kerana janji & komunikasi yang kita buat dengan Tuan kita.
  • Halaqah kita adalah untuk kita ingat-mengingati.
  • Mengumpat=bila kita bercakap pasal seseorang (yg betul) tetapi akan membuatkan dia kecil hati jika dia tahu. Eg: Aisyah berkata: org itu pendek. Rasulullah saw: Engkau telah mengumpat ya Aisyah.
  • Selain teladani akhlak Rasulullah saw, contohilah akhlak para sahabat. Eg: Ingat dialog Iblis gemuk & kurus, bagaimana untuk kita bagi Iblis di keliling kita kurus. Dan bagaimana Umar, seorang yang yg bengis & jahat, tetapi selepas Islam, syaitan sampai takut untuk dekat kerana panasnya setiap tapak kakinya kerana imannya yg teguh & berbekas di wajahnya kerana selalu menangis kerana takutnya mendengar nama Allah.
  • Muhasabah perbuatan kita & ajar nilai ini kpd anak-anak eg: catat senarai baik & buruk, lalu beri ganjaran & pengajaran selepasnya. Ibu boleh communicate (with full of expression & emotions) untuk gambarkan nikmat syurga & seksanya neraka.
  • Usahalah untuk ke syurga & ajak anak-anak bersama. Jgn kita bela ‘gergasi’ dalam rumah, nanti dia ‘makan’ kita. Ceritalah pasal sahabat. Eg: Betapa pentingnya khusyuk dalam solat. Melalui kisah sahabat yang sanggup berikan seluruh kebun sebagai ganti untuk dapat balik khusyuk solat mereka selepas mendengar bunyi burung-burung berkicau. Dan kisah Saidina Ali mencabut anak panah semasa dalam solat.
  • Jagalah solat, seeloknya tepat waktu. Standby di tikar solat 5 minit sebelum masuk waktu untuk mendapat khusyuk dan kemanisannya. Ubat penyakit was-was adalah ilmu fekah.
  • Bangunlah tahajud: Mulakan dengan solat tahajud, Istighfar at least 100x & baca Al-Quran dlm keadaan ingin tahu (tafsir). “Sesiapa yg solat malam, Aku terima doanya”, masa ketika mulanya Islam dulu, solat malam pernah wajib. Ia melatih kita menjadi ikhlas.
  • Kelebihan solat berjemaah kepada spiritual, mental/kepimpinan & fizikal (menggantikan cas-cas yg hilang, kembalikan kekuatan).
  • Petua untuk sihat & bahagia:
a)      Bersihkan hati (jangan dengki, gelisah, susah hati- 70% penyakit bermula drpd hati.)
b)      Redha
c)       Solat jemaah
d)      Menjaga wuduk
  • Preparation ibadah-fokus pada sudut maknawi & penghayatan. Setiap yg kita buat, mesti dengan ilmu, bukan dengan apa yg kita tengok/apa yg org kata/ajar.
  • Kita hidup di akhir zaman, masa semakin pendek, pelbagai huru-hara, persiapkan diri dengan bekalan, buat kebaikan, jangan buat kejahatan, hendaklah ada orang yang menyeru kepada kebaikan.
  • Cara paling baik untuk mengajak & berdakwah kepada Islam adalah melalui akhlak yang baik.

No comments:

Post a Comment