Wednesday, 12 October 2011

Usrah 15 May 2011 (Ojai's note)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
  • Alhamdulillah terima kasih kpd semua yg sudi memeriahkan sesi kita. Welcoming the new members Atie, Imah & Ida, tq kak wani, juga para suami yg bukan saja memberi izin malah turut menyokong, termasuk Dr Ayraf, juga Helmie & Azril yg sudi join kita juga later that day.
  • A bit tough for me to pen down most of the points we gathered from this session sebab kebanyakannya adalah apa yg ‘DIRASAI’ pada hari tu, instead of apa yg mampu ‘DITULIS’ atau ‘Dizahirkan dgn kata-kata’. Ramai antara kami yg sedikit emosi pada kali ini sebab hati telah tersentuh dgn apa yg dibincangkan. But nevertheless, I’ll try to capture some points here:
  • Spt yg kita sentuh sedikit last week, Mak telah hurai dgn lebih lanjut kali ini tentang kepentingan kita belajar Sifat 20. Ojai sendiri dulu hanya tahu hafal saja tapi tak faham kenapa kena tahu semua tu. Sekarang baru tahu signifikasinya adalah apabila kita faham apa Sifat yg Wajib bagi Allah, maka kita tahu di mana kedudukan kita sbg hambaNya. Dan bila mcm tu, kita akan letak Allah di depan dalam apa jua keadaan atau situasi yg kita hadapi sehari-hari.
Eg: Katakanlah setelah satu hari kita berkerja, balik nak kena masak, urus rumahtangga, didik anak-anak, buat itu ini utk layan suami, tapi suami tak pun menolong, mungkin kita rasa stress atau nak marah sebab dah penat, tapi kalau kita ingat bahawa hanya Allah lah saja yg boleh berdiri sendiri tanpa bantuan org lain (Qiyamuhu binafsihi), Dia sajalah yg ada Qudrat, sedangkan kita mmg serba lemah, mungkin instead of rasa terlalu frustrated, kita akan berdoa minta pada Dia sebab kita juga tahu bahawa Allah tu Maha Mendengar & Melihat (Sama’ Bashar).
  • Sifat 20 Allah itu sebenarnya akan dapat guide hidup sepanjang masa terutama apabila kita berada dlm Medan UjianNya, selain drpd dpt byk keberkatan yg terkandung di dalamnya.
  • Boleh rujuk buku/kitab utk huraian & maksud terperinci setiap Sifat tetapi di sini secara ringkasnya Sifat 20 terbahagi kepada:
Nafsiah: 1 Sifat (Wujud)
Salbiah: 7 Sifat
(Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Lil Hawadis, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniah)
Ma’ani: 7 Sifat
(Qudrat,  Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’,Bashar,Qalam)
Ma’na wiyah: 7 Sifat
(Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu ‘Aaliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Bashiran,Kaunuhu Mutakalliman)
  • Juga kena ingat bahawa setiap kehendak manusia sehari-hari didorong oleh samada:
a)      Dorongan Malaikat
b)      Dorongan Iblis (tapi ingat bagaimana kuatnya Iblis itu berusaha untuk memperdayakan kita pada setiap detik & ketika)
“Iblis menjawab ‘Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku akan berusaha untuk menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan datang memperdayakan mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Al-A’raf:16-17)

  • Setiap masa kita diuji, kita kena Syukur & Sabar.  Biasanya utk kita bersyukur itulah yg susah (especially bila kita senang & semuanya OK). Compared to bila kita susah, biasanya kebanyakan kita akan lebih mudah kembali pada Allah & bersabar.
  • Bagaimana antara caranya utk kita mudah dapat petunjuk Allah?
    • Selawat
Betapa besarnya fadilat Selawat, tiada amalan lain di mana kita buat (selawat) sekali, Allah akan berselawat kpd kita 10 kali. Amalan yg seeloknya diamalkan setiap detik:
  • Istighfar
  • Mengucap (la ila ha illallah)
  • Selawat
  • Tahmid (Alhamdulillah)
  • Auzubillahi min zaalik (minta perlindungan Allah)
  • The main motivation for us sbg Muslims:
-Haiyya alassolah
-Haiyya alal falah
Jadi kalau kita tak Berjaya dalam sesuatu (ada problems or obstacles), check balik Solat kita sempurna atau tidak. (kesucian mesti ambil berat, hati, perbuatan etc)

  • Communication Skills
The discussion got more interesting bila kita bincang pasal communication.
Tips:
  • Dalam percakapan kita, cuba ganti perkataan ‘sepatutnya’ dgn ‘seelok-eloknya’. Do we feel the difference, rasa kurang stress tak?
Eg: Kita ‘sepatutnya’ pergi pasar malam pukul 6ptg VS  Kita ‘seeloknya’ pergi pasar malam pukul 6ptg.
  • Padam perkataan “kalau”, ganti dengan “bagaimana”.
Eg: ‘Kalaulah’ anak aku ni rajin buat homework VS ‘Bagaimana’ nak bagi anak aku ni rajin buat homework.

  • Bila kita mula berkahwin, di situlah titik permulaan sebenar kita belajar & mahirkan Communication skills.
  • Bila kita mula dapat 2 anak, di situlah titik permulaan sebenar kita belajar & mahirkan Socialisation skills.
Kena terapkan pada anak2 “Yg muda disayangi, yg tua dihormati”. Jangan lupa content & asasnya adalah Sifat 20 & Allah serta Islam itu sendiri.
Eg: Bila nampak si abang cubit si adik, bagi tau…Allah jadikan tangan bukan utk cubit adik, tapi untuk apa…utk makan, utk menulis, supaya dpt tenaga, dapat belajar etc….untuk kita lawan syaitan or jadi hamba Allah yg kuat etc..
Paling mudah utk dididik, pada usia 5 tahun ke bawah.

  • Selain itu, selalulah “Muhasabah Diri” (bukan Muhasabah orang). Barulah kita kurang stress.
  • Generally, kita semua (manusia) ada 4 Sifat:
    • Kepimpinan
    • Pejuang
    • Penyabar
    • Penyayang
a)      Lelaki sepatutnya ada LEBIH sifat Kepimpinan drpd sifat Pejuang.
Tapi Syaitan akan hasut kita supaya lebihkan Pejuang drpd Pemimpin. (eg: mengamuk sana-sini, male chauvinism etc)
b)      Perempuan pula sepatutnya ada LEBIH sifat Penyabar drpd sifat Penyayang.
Tapi Syaitan akan hasut kita supaya lebihkan Penyayang drpd Penyabar. (eg: kesian& manjakan anak-anak, suka ikut perasaan & tak sabar bila berselisih faham dgn suami etc)
  • Jadi, sebelum buat apa2, ingat bahawa Allah itu Maha Adil tapi Maha Keras Hukumannya.
  • Dalam konteks menegur suami, isteri mesti Fatonah/Bijaksana sebab tugas wanita adalah Pembimbing (bukan Pemimpin). Contoh:
  • Bila nampak suami buat sesuatu yg kita rasa tidak kena:
a)      Sabar dulu, jangan terus react.
b)      Bila masa sudah sesuai, tanya soalan. Suarakan Perasaan kita, jgn terus cuba terapkan nilai kita.
  • Syukur. Kita baca Al-fatihah setiap kali semasa solat. Dlm Al-fatihah at least 5 kali pujian kpd Allah. This is to inculcate the importance of Syukur.  
  • Ikhlas. Sangat susah & syaitan akan sentiasa cari jalan utk pesongkan kita drpdnya sebab syaitan akan kalah pd org2 yg ikhlas.
Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menghukum aku menjadi org yg sesat, maka aku akan menhgasut manusia itu utk berbuat kejahatan di muka bumi & aku akan menyesatkan mereka semua kecuali org2 yg IKHLAS di antara hambaMu (Al-Hijr: 39-40)
  • Luka Rohani.
Apabila kita berada dalam keadaan diuji (bila kehilangan, terhina, tertipu etc):
  • Rasailah apa-apa sahaja (marah, sedih, kecewa etc)
( Tapi mengikut nasihat Imam Ghazali, jgn lebih drpd 10 min)
  • Istighfar banyak-banyak
  • Alhamdulillah sebab kita teringatkan Allah & tidak ikut dorongan Syaitan
  • Auzubillahi min zaalik, minta jauh drpd sifat keji & hina
  • Rawatlah sehingga rasa tenang. Maafkanlah org itu.
Banyakkan mujahadah nafsi – Zikir & Muhasabah diri.
  • Menantu perempuan kena beribukan Ibu Mertua sebab ibu tahu semua rahsia suami.
Dan cantiknya Islam meletakkan supaya anak lelaki/suami utk melebihkan Ibunya berbanding Isteri kerana kalau tidak, nanti mudah lupa & terdorong dgn hasutan Syaitan & lebihkan isteri. Ibu akan terpinggir.
  • Generally, suami perlukan Isteri yg ada 4 Sifat:
    • Kekasih
    • Kawan
    • Ibu
    • Bibik

No comments:

Post a Comment