Friday 30 September 2011

Perjalananku melalui Madrasah PKPIM Part 3

Pemandangan Selat Melaka dari bilik hotel
Sepanjang hari Jumaat ini, saya berada di Hotel Eastern & Oriental, Penang, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah, Stand Chart Saadiq; diikuti dgn kursus pegawai2 kanan bank slp solat Jumaat. Sambil menghirup udara segar Selat Melaka yg indah ini slp menunaikan solat Zuhur td, fikiran ini melayang2... Mendoakan suami tercinta yg pd ketika ini mungkin sdg bersedia utk mengendalikan satu sesi latihan buat pegawai2 kanan KFH nun di Bangi. Saya masih teringatkan raut wajah suami ketika beliau menghantar saya ke Subang slp Subuh pagi tadi, kelihatannya bercampur aduk dgn rasa teruja, risau & berdebar2 dgn program petang ini terutamanya (harapnya bkn kerana 'attire' saya yg simple spt nak ke pasar, padahal nak ke mesyuarat BOD!! Hehe, ampun ye, bang...isterimu ini selalu la 'failed' bab2 pemakaian ni! Cooobaaaaaan!!)

Begitulah rutin kami yg sama2 terlibat dlm dunia Kewangan Islam ini. Setiap tugasan yg diberi dlm apa jua kapasiti, kami cuba laksanakan sebaiknya dgn sedikit kudrat & ilmu yg Allah berikan ini. Ini adalah bentuk dakwah & proses tarbiyyah yg kami perlu galas, apatah lagi mad'u (مدعو) dlm dunia yg penuh kompleks ini, amat memerlukan pekerja2 dakwah yg boleh 'blend- in, yg punya ilmu & pengalaman dlm bidang berkaitan. Terlalu byk ruang dakwah & keperluan tarbiyyah di sini yg mana lebih ramai da'i yg dinamik amat diperlukan.

Umum mungkin melihat suami, terutamanya yg kerap 'travel' ke sanaa sini, peluang melihat Negara org yg pelbagai, dan pelbagai 'added factors' lain; nampaknya spt seronok berjalan merata2. Alhamdulillah, Allah masih menetapkan hati kami utk bekerja demi keredhaan-Nya semata2, walaupun terlalu byk dugaan, kesulitan, selalu berhadapan jln buntu, rasa 'frustrated' & hampa bila pandangan kita tidak diterima, byk menguji kesabaran, kematangan & kemahiran utk lbh berhikmah dlm pertuturan juga perbuatan. Ada juga dugaan dr segi harta kebendaan, pangkat, title dll. Yg menguji pertimbangan akal waras seorg pejuang. Alhamdulillah, Allah masih memelihara kami & membimbing kami dlm melalui ujian2 ini. Saya insaf bahawa kekuatan yg Allah berikan ini merupakan salah satu natijah dr keterlibatan dlm organisasi pelajar dulu, iaitu PKPIM. Sejuta satu pengalaman, perasaan & kemahiran yg tak ternilai & amat berguna diperolehi spjg berada dlm madrasah ini...

Antara skill2 yg dimanfaati & diaplikasi yg mana adalah hasil dr madrasah PKPIM, samada melalui usrah, tamrin, kem2 motivasi, kupasan buku, kuliah maudu'i, aktiviti2 kokurikulum & lain2 aktiviti kemasyarakatan, adalah...

1) berlapang dada dgn perbezaan pendapat & fikrah, malah menghormati pandangan org lain
2) memberi pendapat berdasarkan ilmu sahih dr kajian & rujukan kpd yg lbh pakar; bukannya hanya dr sentimen &persepsi tertentu
3) bersangka baik dgn org lain sekalipun diri ini disakiti, malah mendoakan agar Allah memberi hidayah kpd kita semua agar dikekalkan di jalan-Nya yg benar
4) berani menghadapi risiko tertentu kerana hanya Redha Allah yg dicari bkn selain-Nya
5) tidak mudah putus asa berjuang, bersabar dan mencari jalan serta berdoa agar mad'u dibukakan hati melihat kebenaran.
6) bersikap sederhana dlm banyak perkara; tidak terlalu melampau, Dan tidak terlalu meringankan--- ini pun bersandarkan ilmu juga
7)tidak terlibat dgn kemelut politik kepartian krn dgn itu usaha dakwah akan terpalit dgn unsur2 negative spt prasangka buruk, senang menghukum, berpuak2 yg akan merenggangkan ikatan ukuhuwwah.

Senarai di atas tidak mencukupi sebenarnya, tp cukuplah setakat ini dulu yg saya mampu fikirkan dlm masa yg terhad ini. Tanpa kemahiran2 di atas, saya rasa tidakkan mampu bertahan dlm apa jua urusan pekerjaan kita. Kita akan mudah melatah bilamana hasrat tidak ditunaikan, kecewa bila harapan tak tercapai, menghukum bila tidak sependapat.

Kembali kpd realiti tugasan hari ini, sememangnya perasaan tidak puas hati, rasa tidak diperlakukan secara adil, rasa sedih, letih, tension, marah dan lain2 sifat2 mazmumah bisikan syaitan laknatullah, sentiasa silih berganti. Contohnya, bilamana saya tidak bersetuju dgn apa2 keputusan pihak bank, saya perlu fikirkan cara terbaik penuh hikmah utk disampaikan kpd mrk. Selepas segala usaha dilakukan Dan mrk masih dgn pendirian sama, saya serahkan kpd Allah utk menilai segalanya. Sekiranya, saya blm betul2 berusaha utk convince mrk atau membuat research yg lbh mendalam, moga2 Allah membuka hati & menuntun saya ke jalan yg betul, insyaAllah. Dgn penyerahan, kepercayaan & kepergantungan secara total kpd Qudrah & Iradah Allah, membuatkan saya terus bertahan.. Moga ianya bernilai jihad di jalan-Nya...

Bergambar bersama senior officers & branch managers
Nmpaknya, masa tidak mengizinkan utk saya meneruskan coretan hari ini. Saya perlu bergegas ke sessi latihan utk pegawai2 kanan & manager cawangan bank seluruh negara skrg ini. Moga2 Allah terus memberikan diri ini kekuatan utk istiqamah dlm menunaikan Amanah ini tanpa mengabaikan Amanah yg lebih aula sbg isteri & ibu...Amin...

No comments:

Post a Comment