Thursday, 29 September 2011

Perjalananku Melalui Madrasah PKPIM (1991-2001) Part 1

Semenjak minggu lepas, urusan perpindahan barang2 ofis saya ke bilik baru (229) telah dilaksanakan oleh dua pembantu, Saudari Fairuz dan Reena. Mereka berdua ini amat efisien, hinggakan sedar2 sahaja bila saya melangkah ke bilik lama di 440 lewat petang Khamis, saya amat terkejut mendapati ianya lengang, semua fail2, buku2, barangan2 lain habis dipindahkan ke bilik baru. Cuma brp barangan & fail peribadi masih tinggal krn saya  perlu menelitinya sendiri. Hanya pada minggu ini saya sempat  membelek2 beberapa fail peribadi yg agak usang. Kandungannya terdiri drp surat2, dokumen2, catatan2 dll berkaitan penglibatan saya dlm organisasi pelajar semenjak sekolah hinggalah saya menamatkan pengajian pada tahun 2000. Ini telah menggamit terlalu banyak memori, pengalaman suka, duka, perit, lucu dan seumpamanya. Sungguh berwarna-warni & indah sekali bila dikenang semula...

Saya terjumpa sijil penyertaan ke program 'Kem Motivasi, Kepimpinan & Kerjaya', anjuran PKPIM, PPIK & ABIM tanggal 12-15 November 1991 (saya berumur 16 thn). Seingat saya, program tersebut diadakan slp SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Antara sahabat2 sekolah yg menyertai termasuklah Nik Salida Suhaila, Nor Aziah dan ramai lagi yg kebanyakkannya adalah pemimpin pelajar sekolah menengah. Saya kira itulah kali pertama saya bertemu dgn abang2 & kakak2 dari universiti; antaranya Dr Yusri Mohamed, Abg Abd Aziz Mohamed, Abg. Wan Ilyas Wan Ahmad, dan ramai lagi penggiat PPIK dari Universiti2 tempatan. Pengisiannya agak ringan, lebih kpd pendedahan terhadap peranan pelajar Islam dlm membina idealisme yg syumul & objektif, berjiwa besar, juga menyuntik motivasi ke arah menuju ke menara gading.

Apa yg saya lbh ingat adalah slp program, di mana abg2 & kakak2 fasilitator terus menghubungi secara 'fardiyyah' adik2 kumpulannya, contohnya, menghantar kad raya setiap tahun & bertanya khabar melalui surat (belum ada handphone lagi). Antara yang 'istiqamah' & konsisten adalah Dr. Yusri Mohamed yg pd ketika itu adalah penuntut jurusan Undang-Undang di Matrikulasi UIAM. Beliau kerap menghubungi melalui surat menceritakan aktivitinya dlm PKPIM & ABIM sehinggalah saya sendiri berjaya menjejaki ke UIAM pada tahun 1994! Sebenarnya, saya tidak asing dgn ABIM memandangkan ayahanda merupakan antara aktivis terawal ABIM Kelantan yg selalu mengikuti usrah pada setiap Selasa malam di rumah Ustaz Ghazali (janggut perang). Cuma, mungkin pengaruh rakan sebaya yg lbh menarik yg membuatkan saya lbh membuka mata, telinga malah hati utk mengetahui lbh lanjut ttg PKPIM. Lebih menarik bila mendapati Abang & kakak2 penggiat PKPIM kelihatan berilmu, lebih matang, berfikiran di luar kotak secara objektif, membaca kitab2 yg saya kira agak berat tp very essential, spt "Bahtera Penyelamat", "Apa Makna Saya Menganut Islam" dan byk lagi.


Selepas SPM dan menunggu panggilan ke uinversiti, saya telah menyertai KEMUDA yg mana saya telah didedahkan kpd PKPIM secara lbh spesifik. Para exco PKPIM yg dipimpin oleh Saudara Khalek Awang semuanya komited memberi latihan & panduan buat bakal2 mahasiswa ini ttg realiti kehidupan di menara gading nanti. Program amat santai tapi very substantial yg mana objektif utama adalah utk mempastikan lahirnya bakal mahasiswa yang punya jiwa besar & minda terbuka kpd ilmu secara holistik. Tiada langsung elemen2 kepartian dimasukkan; yg mana amat berbeza dgn rata2 gerakan pelajar hari ini yg tak secara langsung mengheret pelajar ke kancah politik kepartian. Kebanyakkan pelajar2 hari ini, dek pengaruh politik yg tak terkawal, kelihatannya agak hilang fokus terhadap agenda2 yg lebih membina jati diri mereka, spt. usrah, diskusi ilmiah & aktiviti2 lain yg mencambah ilmu rohani & intelektual. Sbb itulah, pelajar hari ini krg beridealisme 'pejuang' berlandaskan ilmu, bahkan mudah terikut2 tanpa pendirian kuat dgn sentimen politik yg kian bercelaru. Saya amat kesal & sedih dgn sinario ini...

1994-1996 adalah masa yg saya habiskan di kampus Matrikulasi UIAM, Lembah Pantai. Ya, 2 tahun yg amat bermakna, seribu satu kisah yg tidak mampu saya nukilkan semuanya di sini. Di kampus inilah saya banyak belajar ttg pengurusan diri, gerak kerja persatuan, berurusan dgn brothers yg pelbagai karenah (ini amat janggal buat saya yg bersekolah agama perempuan di Kelantan selama 6 tahun sblm itu). Seingat saya, banyak betul persatuan saya anggotai, antaranya, Law Society, College Representative Council, MSRC, GCC, termasuklah Adventure Club!! Walaupun begitu, saya tidak mengikuti sangat mana2 aktiviti yg dianjurkan oleh gerakan2 pelajar samada PKPIM mahupun HI (Hizbul Islam) pada waktu itu. Antara sebabnya ialah dek kesibukan yg teramat dlm aktiviti2 persatuan sedia ada, dan juga kecenderungan saya utk tidak mahu terlibat & memeningkan kepala sendiri dgn polemik 'perbezaan pendapat' antara kedua2 gerakan tersebut.

Menariknya, senior2 PKPIM mula menyepi diri dr saya krn beranggapan saya cenderung kpd HI disebabkan sahabat2 rapat saya & kawan2 dlm persatuan yg saya sertai rata2 adalah pendokong HI. Saya sebenarnya tidak menghiraukan sangat keadaan ini krn amat gembira dgn kesibukan dgn pelbagai aktiviti pelajar pada waktu itu, terutamanya sbg President, Zainab Al-Ghazali College (95-96) bersama sahabat karib, Dr Siti Salwani Razali (yg mengetahui segalanya ttg fikrah saya dulu, kini & selamanya!). Sehinggalah, ketika penamaan calon utk kerusi Naib Presiden (sister) MSRC, saya telah dipelawa utk mencalonkan sahabat saya, Cik Suryani Mohamad yg saya kira amat berterampilan & mampu memegang amanah tersebut krn kewibawaannya terbukti sbg Manageress Taaruf Week 1995 sblm itu. Beliau juga lebih krg mcm saya yg tidak terlibat dlm mana2 kumpulan ketika itu.

Tindakan saya tersebut telah membuka dua jalan; sahabat2 PKPIM mula sedar bahawa saya masih belum terlibat dgn mana2 gerakan, manakala sahabat2 HI yg punya pandangan sama telah mengadakan konfrontasi utk memastikan 'stand' saya. Seperti yg saya nyatakan td, saya tidak menghiraukan sgt kepentingan penglibatan langsung dlm mana2 gerakan sbb saya sgt mementingkan utk memelihara ukhuwwah dgn semua sahabat saya. Dek tahap kematangan yg terbatas dan senario yg seakan2 ada 'perselisihan' antara 2 kumpulan ini, saya berpandangan pd ketika itu, sekiranya saya punya 'stand' tertentu, ianya akan menggugat persahabatan saya dgn mana2 sahabat yg terlibat dgn mana2 kumpulan, jd saya pilih jalan tengah-- being impartial. Jadi bila sahabat2 saya dr HI memanggil saya berjumpa dgn pimpinan batch kami, saya menghormati mrk & mendengar butiran2 yg disampaikan dgn hati terbuka. Cuma bila saya pertahankan hasrat utk ' stay impartial' saya telah dikaitkan dgn suatu perumpamaan yg hati saya tidak boleh terima langsung. Namun saya masih bersangka baik terhadap sahabat2 saya ini, mungkin ini adalah fikrah mrk, jd saya perlu banyak berlapang dada, walaupun jauh di sudut hati, perasaan tawar hati kian menusuk....

No comments:

Post a Comment