Saya terjaga jam 4.30pagi dan terus memetik papan kekunci ini. Hmm.. kalaulah menulis kertas kajian boleh selaju ini flow of idea kan senang, hehe! Saya blm ada momentum utk meneruskan kerja2 research yg byk tertunda disebabkan urusan perpindahan dan to get myself familiar dgn susun atur buku2 & fail2 di bilik baru. Kekadang tu, jadi mcm 'pahat & penukul' pula, terutamanya bila suami bertanyakan beberapa tugasan bersama yg telah melangkaui deadline tertentu. Tp nk buat macammana ye, fikiran saya skrg sdg sarat dgn idea mengimbau kenangan indah ni.. tapi saya perlu juga kawal perasaan agar tidak terlalu mengambil waktu ofis utk tujuan peribadi sebegini...
Semalam, sewaktu menjamu selera di Jamuan 'Idulfitri Jabatan, saya sempat berbual2 dgn Dr Salwani ttg apa yg kami berdua tempuhi di awal pembabitan dlm PKPIM. Saya mengakui, sebenarnya ada semacam suatu 'vakuum' dlm perjalanan hidup saya slp habis belajar dulu (2000-2005), iaitu suatu tempoh yg amat crucial dlm membina rumahtangga & kerjaya yg memisahkan kami dr mengikuti perkembangan PKPIM, jd telah menyebabkan terlalu byk butiran peristiwa yg dilalui dulu tidak mampu saya ingati sepenuhnya sehinggalah saya terjumpa catatan2 & kertas2 program yg usang ini yg membuatkan saya struggle to recall seperti meletakkan cebisan puzzle di tempat yg betul. Salwani seperti biasa secara selamba menyindir, "Tu la, aku pun tak faham, banyak betul perkara dulu2 yg mung jadi lupa ingatan dek kuat sangat menangis kot!".. meehoon Sarawak yg sedang saya nikmati hampir terhambur, rasa nak tergelak besar pula..!
Ya, saya mula mengingati sedikit rentetan peristiwa slp pilihanraya kampus Matriks dan konfrontasi tersebut. Seperti dinyatakan sblm ini, hati saya semakin tidak selesa dgn cara gerak kerja & persepsi sahabat2 HI walaupun majoritinya merupakan sahabat karib dr sekolah menengah lagi. Saya rasa asing di kalangan mrk yg saya amat kenali hati budi. Di kalangan sahabat2 PKPIM pun, memanglah lebih2 terasa asing, apatah lagi hanya bbrp kerat sahaja sahabat sepersekolahan dulu yg terlibat. Di Matrik, saya tidak mengikuti sangat program2 PKPIM yg nampaknya amat aktif. Saya menyedari mrk amat aktif disebabkan tinggal berdekatan dgn pimpinan2 sisters PKPIM, seperti Nor Asiah Aling, Marjan Muhammad, Asral Widad Ahmad Asnawi, Norhairina Mohd Noor dll. Saya hanya memerhati dr kejauhan...
Tanggal 26 March 1996, sahabat saya Nailatul Himam Ahmad Lotfie mengajak saya pergi interview utk menjadi peserta program 'Research & Ziarah to Arab Saudi' (REZAUM). Katanya, program itu akan ada penaja, jd krg lah financial implication utk pelajar2 spt kami ini. Sebetulnya, hari tersebut adalah hari terakhir interview yg mana calon2 perlu mendaftar sblm tarikh akhir yg dh lama ditutup. Jd, kiranya saya ini main 'redah' -- walk-in & mencuba nasib sahaja. Bila keputusan diumumkan beberapa hari selepas itu, saya amat terkejut mendapati nama saya tersenarai antara 40 peserta terpilih!! Lagi mengejutkan, bila diletakkan saya di dalam komiti penyelaras program yang diketuai Saudara Asyraf Wajdi bersama Rosman, Siput (Saiful Islam), Nailatul dan Shahbina. Saya amat terkejut, pertamanya krn saya dapat sertai walaupun saat2 akhir pegi interview. Keduanya, saya tidak pernah ada pengalaman sbg PC seblm ini (biasanya saya jd komiti Disiplin & Ibadah ataupun Refreshment). Dan ketiganya, rasa asing bekerja dgn brothers yg saya tiada pengalaman berurusan, kecuali Asyraf. Itu pun tidak secara direct semasa Ta'aruf Week di mana beliau sbg Manager (brothers) dan saya sbg Head, Disiplin & Ibadah (sisters) yg lebih accountable to Cik Manageress.
Hanya slp berkahwin, suami menceritakan bahawa ini adalah antara perancangan utk 'Reformasi Batch' sbg antara aktiviti kaderisasi PKPIM yg dijalankan antara batch kami (Matrik 94-96). Jadi, bila dihimbau kembali, tidak hairanlah bila ada peluang, Asyraf akan menceritakan ttg PKPIM, orientasi gerakan, halatuju, apa yg membezakannya dgn gerakan2 lain dsb, yg mana saya akan buat2 tak dengar. Malah selalu mengusiknya dgn mengatakan, "Haa, ni nak bercakap ttg Parti Komunis lagi la ni..!!"
Sepanjang bekerja utk REZAUM (March-July 1996), saya telah membina tali persahabatan dgn beberapa sahabat di luar lingkungan dahulu (sekolah menengah & kursus undang2) -- Ojai, Yasmin, Syahmi, Rosman, Groy, Wardah, Shahbina, Helmy Kicap dan ramai lagi yg membuatkan saya rasa belonged to the group. Sahabat2 ini pun dilibatkan sama dlm reformasi batch. Jadi bila saya membuat keputusan utk terlibat secara langsung dlm PKPIM di awal pengajian di Main Campus, ianya dibuat pada mulanya disebabkan rasa seronok bersama sahabat2 dlm REZAUM ini; walaupun mungkin ramai beranggapan bhw penglibatan saya disebabkan Asyraf Wajdi yang sebenarnya menyumbang 50% kpd keyakinan saya utk terlibat walaupun asas & hasrat utk terlibat sudah lama terpahat semenjak sekolah lagi...
Apa yg saya cuba simpulkan dlm post kali ini ialah tali ukhuwwah & kebersamaan dlm mana2 organisasi amat crucial dlm proses kaderisasi seterusnya komitmen ahli. Dakwah bil hal & fardiyyah (secara menjadi contoh ikutan & secara one-to-one) amat diperlukan di antara penggiat dakwah hari ini agar objektif dakwah & tarbiyyah akan terlaksana kpd semua peringkat, bkn hanya di antara kumpulan tertentu sahaja.
InsyaAllah, kalau ada ruang di kesempatan lain, saya akan sambung lagi dgn post berkisar aktiviti2 sepanjang penglibatan saya bersama PKPIM. Buat masa ini, saya perlu fokus utk menyiapkan kerja2 asasi sbg researcher & ibu yg perlu monitor anak2 nk exam bln depan. (Insaf ni dek ditegur En. suami sblm dia ke masjid utk Solat Subuh td, hehe!)
Semalam, sewaktu menjamu selera di Jamuan 'Idulfitri Jabatan, saya sempat berbual2 dgn Dr Salwani ttg apa yg kami berdua tempuhi di awal pembabitan dlm PKPIM. Saya mengakui, sebenarnya ada semacam suatu 'vakuum' dlm perjalanan hidup saya slp habis belajar dulu (2000-2005), iaitu suatu tempoh yg amat crucial dlm membina rumahtangga & kerjaya yg memisahkan kami dr mengikuti perkembangan PKPIM, jd telah menyebabkan terlalu byk butiran peristiwa yg dilalui dulu tidak mampu saya ingati sepenuhnya sehinggalah saya terjumpa catatan2 & kertas2 program yg usang ini yg membuatkan saya struggle to recall seperti meletakkan cebisan puzzle di tempat yg betul. Salwani seperti biasa secara selamba menyindir, "Tu la, aku pun tak faham, banyak betul perkara dulu2 yg mung jadi lupa ingatan dek kuat sangat menangis kot!".. meehoon Sarawak yg sedang saya nikmati hampir terhambur, rasa nak tergelak besar pula..!
Ya, saya mula mengingati sedikit rentetan peristiwa slp pilihanraya kampus Matriks dan konfrontasi tersebut. Seperti dinyatakan sblm ini, hati saya semakin tidak selesa dgn cara gerak kerja & persepsi sahabat2 HI walaupun majoritinya merupakan sahabat karib dr sekolah menengah lagi. Saya rasa asing di kalangan mrk yg saya amat kenali hati budi. Di kalangan sahabat2 PKPIM pun, memanglah lebih2 terasa asing, apatah lagi hanya bbrp kerat sahaja sahabat sepersekolahan dulu yg terlibat. Di Matrik, saya tidak mengikuti sangat program2 PKPIM yg nampaknya amat aktif. Saya menyedari mrk amat aktif disebabkan tinggal berdekatan dgn pimpinan2 sisters PKPIM, seperti Nor Asiah Aling, Marjan Muhammad, Asral Widad Ahmad Asnawi, Norhairina Mohd Noor dll. Saya hanya memerhati dr kejauhan...
Peserta REZAUM bergambar kenangan sblm bertolak ke LTASAS |
Hanya slp berkahwin, suami menceritakan bahawa ini adalah antara perancangan utk 'Reformasi Batch' sbg antara aktiviti kaderisasi PKPIM yg dijalankan antara batch kami (Matrik 94-96). Jadi, bila dihimbau kembali, tidak hairanlah bila ada peluang, Asyraf akan menceritakan ttg PKPIM, orientasi gerakan, halatuju, apa yg membezakannya dgn gerakan2 lain dsb, yg mana saya akan buat2 tak dengar. Malah selalu mengusiknya dgn mengatakan, "Haa, ni nak bercakap ttg Parti Komunis lagi la ni..!!"
Sepanjang bekerja utk REZAUM (March-July 1996), saya telah membina tali persahabatan dgn beberapa sahabat di luar lingkungan dahulu (sekolah menengah & kursus undang2) -- Ojai, Yasmin, Syahmi, Rosman, Groy, Wardah, Shahbina, Helmy Kicap dan ramai lagi yg membuatkan saya rasa belonged to the group. Sahabat2 ini pun dilibatkan sama dlm reformasi batch. Jadi bila saya membuat keputusan utk terlibat secara langsung dlm PKPIM di awal pengajian di Main Campus, ianya dibuat pada mulanya disebabkan rasa seronok bersama sahabat2 dlm REZAUM ini; walaupun mungkin ramai beranggapan bhw penglibatan saya disebabkan Asyraf Wajdi yang sebenarnya menyumbang 50% kpd keyakinan saya utk terlibat walaupun asas & hasrat utk terlibat sudah lama terpahat semenjak sekolah lagi...
Apa yg saya cuba simpulkan dlm post kali ini ialah tali ukhuwwah & kebersamaan dlm mana2 organisasi amat crucial dlm proses kaderisasi seterusnya komitmen ahli. Dakwah bil hal & fardiyyah (secara menjadi contoh ikutan & secara one-to-one) amat diperlukan di antara penggiat dakwah hari ini agar objektif dakwah & tarbiyyah akan terlaksana kpd semua peringkat, bkn hanya di antara kumpulan tertentu sahaja.
InsyaAllah, kalau ada ruang di kesempatan lain, saya akan sambung lagi dgn post berkisar aktiviti2 sepanjang penglibatan saya bersama PKPIM. Buat masa ini, saya perlu fokus utk menyiapkan kerja2 asasi sbg researcher & ibu yg perlu monitor anak2 nk exam bln depan. (Insaf ni dek ditegur En. suami sblm dia ke masjid utk Solat Subuh td, hehe!)
i like this part "(biasanya saya jd komiti Disiplin & Ibadah ataupun Refreshment)" :)
ReplyDelete