Friday 3 July 2020

Saya, Dia dan Pengurusan Kewangan

Angin kuskus mana ntah datang semangat nak menulis malam ni. Dah bersawang sgt dah blog. Malam ini teman drama saya berada di atas pentas berforum nun di Chini sana. Saya buka laptop asalnya nak update bahan2 pengajaran dan merangka soalan2 untuk penilaian akhir Semester. Tapi, rasa tak dapat nak menghadirkan hati pula. Rindu mungkin? hahahahah.

Ok lah, sebenarnya dah lama saya pendam hati untuk berkongsi soal pengurusan kewangan kami. Ada yang mungkin beranggapan kami ini adalah orang 'have-have', rumah besar, kereta besar, empunya diri pun ehem2 boleh tahan juga besarnya. Saya sendiri pun kadang2 tu konfius fikir bagaimana la nak beri respon yang berasas.

Secara umumnya, saya boleh katakan bahawa kehidupan kami ini boleh dikira sebagai sederhana secukupnya, senang tapi bukan lah mewah. Sebelum itu, saya nak mengimbau perjalanan karier semenjak dari tamat belajar 20 ke 21 tahun dulu.
  • Fasa 1 (2000-2005): Saya dan dia sebagai staf akademik yang makan gaji. Permulaan gaji asas dia sbg tutor hanyalah RM1400 manakala saya yg menyertai profesion sama 1 tahun selepasnya bermula sebagai pensyarah tetap bergaji asas RM1800. (Dia habis awal 1 semester dan terus lapor diri sbg tutor; manakala saya terus menyambung masters dan mula bekerja pada tahun berikutnya.)
  • Fasa 2 (2005-2008): Selepas phD, tangga gaji terus naik ke T10 DS45 dgn gaji pokok lebih kurang RM2500. Masa tu nak jadi Pensyarah kanan (DS52) perlu tunggu at least 2 tahun slp phD dan perlu isi borang, pegi CLA 3 & 4 dan perlu ada publications bagai. 
  • Fasa 3 (2008-2013): Dia mula terlibat dalam industri kewangan secara langsung yang memberi ganjaran besar. Saya kekal makan gaji di tempat sama. Masa ni pendapatan dia 10x ganda saya agaknya, hahahaha! (exaggerate sgt!) Tapi Fasa ini lah kami boleh menyimpan lebih banyak.
  • Fasa 4 (2013-2018): Dia berkhidmat dalam pengurusan kerajaan sepenuhnya meninggalkan dunia kewangan yg memberi ganjaran besar dan makan gaji seperti saya, tapi percaya tak gajinya (sbg TM sekalipun) lebih sikit je dari saya by few hundreds. Fasa ini yg paling banyak keluar belanja memandangkan dia mula aktif dlm politik.
  • Fasa 5 (2018-kini): Dia berkhidmat sbg KPUM fisabilillah; saya tetap sama- penjawat awam yg makan gaji bulanan. 

Secara keseluruhannya, kami ini biasa2 sahaja. Makan gaji macam kebanyakan orang lain juga. Takde buat bisnes apa lagi jadi proksi bisnes orang lain. Pertamanya, tak minat dan tak pandai pun berbisnes; kedua, tiada masa dan tak boleh fokus sebab tugas2 hakiki yg amat menuntut tenaga dan minda kami. Jadi dalam kesemua fasa2 di atas, walaupun tahap pendapatan kami berdua berubah2 dan perbelanjaan pula makin bertambah, saya secara peribadi tidak pula berasa kurang sana sini, bahkan sentiasa rasa cukup. Boleh jadi sebab pesen saya yg malas fikir complicated. Tapi sebenarnya, dia lah yang selalu pening menguruskan kewangan keluarga yg pasang surut dan sentiasa berubah2!

Saya kongsikan perancangan kewangan dia ye.
  1. Tahu tak dia buat financial statement secara bulanan dan masa hadapan siap2? Saya ingat lagi masa tahun2 terawal kawin dulu, dia akan mindset saya bila nak berbelanja. Contoh; kalau ke Tesco, target spending tak boleh lebih GB20 pound; weekly spending for groceries tak boleh lebih GB50 pound; hatta kat carboot pun letak limit setakat GB10 je hahahahaha. Tapi saya heran bila fikir hari ni bagaimana saya boleh ikut je tanpa bantah ala2 isteri solehah gitu kikikiki. Satu je dia tak berkira bab belanja iaitu bila nk menjamu tetamu makan dan beli buku.
  2. Bila ada keperluan utk keluarkan belanja, dia dah fikir bagaimana cara nak 'balance'kan akaun semula! Perlu justify kenapa nak itu ini. Alahai susah nak argue dgn debater cum akauntan ni; jadi cara ni selalu buat saya fikir 2x kalau nk beli perkara yg bersifat kehendak bukannya keperluan. 
  3. Elakkan hutang yang tidak perlu. Seingat saya, hutang yang kami tak dpt elak adalah hutang rumah, kereta dan bayaran balik kpd JPA sebab dia 'breach the SLAB contract' bila meletak jawatan di UIA dulu. Selagi hutang tidak dilangsaikan, tahap perbelanjaan kami dikawalselia secara ketat kerana ingin menguatkan simpanan & reserve. Sebab itulah, pada tahun2 terawal dulu, kami menyewa rumah dan memandu kereta 2nd hand. Harta pertama kami adalah rumah yg didiami sekarang yang direzekikan slp 5 tahun bekerja. Hanya selepas 12 tahun berikutnya baru kami pertimbangkan real property lain yg bernilai munasabah. Kereta baru pertama hanya dimiliki 6 tahun lepas selepas 16tahun bekerja.
  4. Gaya hidup sederhana dari banyak segi. Percaya tak alat perabot di rumah kami adalah yang sama tak bertukar2 semenjak 15tahun dulu. Kalau tukar pun langsir sahaja; tu pun 2x je. Kenderaan pun kalau bertukar pun adalah kerana faktor luaran yg tak dpt dielakkan. Contoh; terlibat dgn kemalangan 2x.
  5. Sumbangan bulanan buat ibubapa. Kami guna formula paling kurang 5% dari gaji bersih.
  6. Buat perancangan kebajikan juga, spt sumbangan bulanan atau tahunan buat anak2 angkat melalui Yayasan Darul Hanan; korban di hari 'Idul-adha; jamuan2 di rumah atau kampung dsb.
  7. Buat simpanan dan reserve walaupun sikit. Masa awal2 kerja dulu, kami target membuat simpanan berjumlah at least 6bulan gaji. Selagi tak capai target, perbelanjaan diketatkan. Bila dah capai target, dia letak target simpanan lebih tinggi pula. Katanya sbg persediaan in case lah kalau dia jadi jobless atau tersesat dalam dunia politik yg memerlukan banyak perbelanjaan. Apa beza simpanan biasa & reserve? Bagi saya yg tak mahir sgt bab2 pengurusan kewangan ni, apa yg saya faham - reserve ni simpanan yang kita buat2 tak nampak (hahahaha!) baru la tak gatal nk belanja. Simpanan lain pula, boleh dipelbagaikan spt berikut:
                a) Tolak gaji ke dalam akaun Tabung Haji sendiri & anak2
                b) Ambil Takaful untuk diri dan anak2
                c) Simpanan untuk jenjalan/ bercuti
                d) Simpanan untuk baikpulih keadaan rumah spt cat baru, tambah ruang, baiki atap, dll.
                e) Simpanan untuk pendidikan anak2
                f) Simpanan untuk keperluan keluarga yg memerlukan
                g) Simpanan untuk kecemasan
                h) Simpanan untuk kerja2 kebajikan
                i) Simpanan untuk jamuan2 keraian

Apabila simpanan sudah stabil dan ada lebihan lain yang boleh dikembangkan, maka bahagian tersebut disalurkan ke pelaburan2 berjangkamasa sederhana dan panjang spt Mutual funds, unit trusts, shares etc.

Apabila memberi pinjaman kpd yg memerlukan, ianya tidak lagi dikira sbg harta kita malah dikategorikan sbg 'risk'. Ada rezeki, dibayar semula. Kalau tak, hmmmmm kholassss. Allah SWT lah sebaik2 Penilai dan Pemberi Rezeki.

Jadi, pengurusan kewangan secara sistematik dan berhemat sehingga kami benar2 capai 'financially independant' inilah yang merupakan rahsia kami dilihat sbg 'have-have'. Di peringkat ini, kerja2 kebajikan dan pelaburan di jalan Allah dipertingkatkan. Mungkin ada di antara usaha kebajikan ini diterima Allah SWT yg menjadi asbab kpd kemudahan dlm pengurusan kewangan kami.

Alhamdulillah, di Fasa kehidupan ke-5 ini, walaupun dia bekerja fisabillillah (nota; KPUM takde gaji ye), tahap kewangan yg stabil hasil dari perancangan kewangan yg baik semenjak 20tahun lalu menatijahkan keperluan kami cukup - tak mewah tapi cukup.

Satu lagi, kami berdua sentiasa berbincang bersama bab2 kewangan ini. Errrr, sebenarnya saya kerap ternganga dan ia kan aja apa2 yg dia terangkan atau cadangkan. Tiada rahsia bab2 perbelanjaan. Malah dia lebih tahu dan 'updated' ttg gaji saya dari empunya badan sendiri! Hatta kalau saya keluarkan wang gaji sendiri secara berlebihan sgt dari ATM, nanti ada lah berdas-das soalan dari Tuan Akauntan ini, huhuhu! Jadi, senang cerita mintak je lah dari dia. Kadang2 saya rasa diri ni macam kanak2 ribena. Nak pegi ofis je, "Bang, nak duit?" hahahahaha!

Ok lah, takat ni dulu.

Pecah kaca, pecah gelas;
Sudah baca, harap jelas
😁

No comments:

Post a Comment