21 tahun hidup bersama, melalui bermacam-macam episod dan warna-warni kehidupan. Saya kenal sangat dia. Sebab itu, saban tahun saya tidak jemu-jemu, cek jadual dan buat 'appointment' melalui PA atau pegawainya tanpa 100% ekpektasi. Tahun ini, seminggu awal saya hubungi dia yg ketika itu berada di Turkey.
DIA: Abang ado brp hari lagi puasa 6? Wani baru 2 hari; ado 4 hari lagi. Nnt kita mula Rabu deh. Jumaat tu wani rayo. malam tu kita detim nak?
DAWD: 2 hari
DIA: Jumaat mlm detim.ok ko
DAWD: Utk wani mestilah ok 😉
DIA: Pelik jawape nih 🤔Sekalo 1-2 patoh jah
Selepas itu, bertalu-talu masuk gambar-gambarnya di sekitar Bandar Adana. Oooo patutlah, happy mode & dopamine over-loaded! Pun begitu, saya masih bersedia untuk segala kemungkinan spt, dia ada komitmen lain atau tidak ingat langsung apa makna tarikh 27 Mei itu, hahahahaha!
Prinsip saya mudah sahaja, so jalan terussss!
- Plan for what you want
- Manage your expectations
- Plan for back-up
- You choose to be happy & contained
Sekejapnya Jumaat 2705 datang. Kebetulan Azam yang menguruskan pengangkutan anak2 bercuti pula, jadi kalut juga saya gi mari gi mari 'in between of my work with the lappy'. Affaf pula tiba-tiba minta nak balik untuk rawatan. Jadi Tengahari 3 jam burned; petang pula ambil Azzam 2jam makan jem. Tiba di rumah hampir jam 7malam. Teringat kata2 suami sebelum dia keluar beraya ke Selayang selepas Asar sebelumya, "pakai cantik-cantik ye malam ini!" Saya tak tahu lah kenapa, tapi that statement had been disturbing me for the whole evening. Rasa 'scary' pun ada, kikikiki! Come-on, saya tak pernah rasa diri ni cantik macam orang lain. Jadi kadang2 kebingungan untuk terjemahkan ekpektasi 'cantik' sedemikian. Saya jenis over-confident dan kamikaze bab pemakaian, asalkan selesa & presentable ikut kacamata diri, jalan je! Aaaaaa, jadi blank pula padahal dah plan pakai sekian-sekian asalnya.
End up, ambil jalan tengah- pilih yang selamat dan kurang risiko dikritik teruks! Tu pun, dia balik Maghrib tu, sambil tengok saya atas ke bawah, "Bakpo pakai gini?" Hahahahaha, as expecteddddd! Tapi saya buat mcm 'lembu kenyang' walaupun dalam hati berdoa jangan lah dia suruh tukar baju lain!
Fast forward, kami tiba di destinasi tepat jam 8.45malam. Saya target nak makan puas-puas kemudian cakap, "Sorry, I love you and thank you for the beautiful dinner!" dan jom balikkkk! Sekali, unexpectedly jadi lain daaaaaa!
He put aside his mobile phone,
Enjoy the dinner,
and attentively listened to my 'bbobe' (reflecting words) till the end.
Tak ingat sangat butiran 'bbobe' yang spontan tu, tapi secara umum intipatinya:
1) Kita berdua sudah melalui pelbagai fasa kehidupan bersama-sama;
- sebagai ahli akademik selama 7tahun
- terlibat di dalam industri kewangan Islam 5tahun
- terlibat menguruskan institusi kerajaan 2tahun
- sebagai anggota pentadbiran negara hampir 3 tahun
Dan sekarang dia sebagai antara pemimpin muda parti politik. Allah SWT Yang Maha Mengetahui lagi Berkuasa yang mengatur perjalanan kami yg penuh warna warni ini. Hikmahnya terlalu banyak.
2) Pertukaran fasa ini berlaku seolah-olah ALlah SWT tidak mahu kami rasa 'complacent' atau selesa atau hanyut dengan kesenangan bila sudah mencapai sesuatu peringkat; yang mana dia angguk2 bersetuju. Katanya; masa tu Abang macam berada at the peak of my career; the world was looking up to me, but somehow inside I feel empty & 'tepu'
Saya mengiakan. Ya, kita berkongsi nilai sama iaitu melihat ke hadapan untuk cabaran lebih besar dan hasil lebih bermakna buat mad'u yang lebih luas. Kita jenis tidak boleh berlamaan dalam 'comfort zone' atau keadaan yang risk-free or predicted or under control. Semacam berletih-letihan, berlelah-lelahan, menghadapi tekanan kerja yang tidak berkesudahan sudah seperti asam garam resam kehidupan kami. We are prone to face new challenges, pressure, new people, different environment and working culture, otherwise we would feel dying inside.
3) Sebagai ahli Akademik, kehidupan kita boleh digambarkan dalam rajah seperti balanced, mendatar sama ada menaik atau menurun mengikut tahap pencapaian dr segi penulisan, kajian dll. Masalah atau isu2 itu kebanyakan berlingkar dlm ruang lingkup sesama kita yang boleh dikatakan punya nilai hampir sama sahaja. It is manageable. Dunia akademik ini tenang serta dikelilingi oleh individu2 yang luhur hati & budi.
Dunia kewangan Islam pun sama. Tenang and yet baaaanyak resources including financially. Yang ALlah beri peluang 5 tahun tu pun, sampai sekarang boleh merasa. Boleh renovate rumah bagai. Dan alhamdulillah, kita boleh langsaikan semua hutang2 dan jadi financially independant sampai hari ini. Sebab itu kita tak mudah tempted dengan laba2 politik sebab tkde komitmen & keperluan apa lagi memang takde napesu pun. Paling untung ada bini zuhud begini kikikiki! Jadi graf kehidupan masa ni pun mendatar lurus jer.
Masa kat YADIM, awal2 je agak culture-shock. Ya lah budaya & persekitaran kerja swasta & kerajaan memang jauh berbeza. Tapi you managed to overcome that in 2 years time. Kaki dah sikit-sikit ke arah politik. Graf kehidupan dah ada riak2 naik turun dgn giatnya tapi manageable sebab Abang masih buat perkara yang Abang minat ~ iaitu Dakwah. PM mmg tak berkira budget bahkan pesan, "Asyraf, you can do whatever Dakwah under the sun & moon! Sebab tu, Abang tingglkan Yadim yang asalnya defisit 17juta kepada surplus 35juta yang masih dinikmati hingga ke hari ini!
Masuk peringkat sekarang yang mana kedua2 kaki dalam politik kepartian, graf kehidupan dah jadi haywire, dunia kita sudah terjarak, we began to speak different languanges, you always expect me to be your mind reader (hahahahaha!). You are in the main wave (pusar) but I am not and can never be in so I could not fully understand your point of view. We had conflicts, misscommunications but somehow we managed to overcome all those because somehow we have been reminded of our main duties & roles and why we chose each other. We share the same worldview, life principles & direction and most importantly we love & respect each other unconditionally, alhamdulillah.
Begitu lah rentak dunia politik, penuh rencam, warna warni, kepelbagaian ragam & irama. Tidak mendatar, tidak statik, ada saja perkara baru dan terkejut2. Tapi kan, rupa-rupanya peringkat ini lah yang paling satisfying & fulfilling dan mendekatkan kita kepada Allah SWT. Betul tak?
4) Tambah saya lagi, Abang ingat tak setiap kali Abang ada certain perceptions towards certain things or people, Allah SWT memang tak tunggu lama.. terus campak Abang ke situ. Macam, ok that's your new lesson, challenge and dakwah avenue. Do something, make a change! Dia tergamam, ya ka? Yaaaaa, contoh:
- Wani ingat sangat la November 2007 tu, Abang pegi PAU teman papa. Balik malam tu, Wani mmg stayed up study untuk final exam LLBs. Muka Abang masa balik tu, gloomy je. I asked you, "How was it (PAU)?" You said that you did'nt like the environment among politicians dan banyak lagi laaaaaaaah, bla bla bla! Tup tup tup, seminggu kemudian DSAM datang 'meminang' untuk PRU12! kikikiki padan muka Abang! But now I realize that PRU12 was your beginner level of 'Madrasah parti politik' (and mine too). Rupanya, Allah SWT membuka peluang untuk menyumbang and am grateful to Allah SWT.
- Masa Anniversary kita ke 12. Sebab tu, time aniversary je, wani akan teringat setiap satu rentetan peristiwa dari tarikh 2705. Malam tu, kita detim di Tony Romas, Midvalley. Abang tiba2 cakap esok kita jumpa di Subang lah sebab Abang perlu jumpa Dato Jai (Sekpol PM) di Purtajaya. Kita kan nak ke Singapura untuk MCN'13. Ingat lagi Wani dok menikmati mee rebus masa Abang muncul dengan muka 'blank'.
- Dulu-dulu kan, Abang tak pandang pun Pemuda tau. You have certain negative impressions of them. Now? You are heading them! But again, I can see that Pemuda is your formal School in Politics. Dia tersengih-sengih jer macam mengiakan.
Sampai masanya dijerang jua;
Sekali kasih didalam hati,
Sampailah tua kukenang jua.
Di makan serasi membuang panas,
Sekali kasih sudah melekat,
Sampai mati takkan kulepaskan.
No comments:
Post a Comment