Wednesday 3 October 2012

Berbahagialah Wahai Ibu!

Sekali diimbas, tiada yg luar biasa yg ketara dlm rutin hari ini ... bila dikenang kembali, diri merafakkan kesyukuran kerana diberi kesempatan utk bertahajjud seketika di awal pagi tadi.. sebenarnya, semenjak melepaskan Ramadan beberapa minggu sudah, saya berazam utk cuba mengekalkan kemanisan & momentum ibadah seolah2 nikmat Ramadan dirasai sepanjang tahun!

Subhanallah! Betapa indahnya bila diberi peluang utk ber'privasi' dgn-Nya di keheningan malam walaupun seketika.. hati berbunga2 sepanjang hari ini! Begitulah, tingginya khasiat berqiam, bertahajjud dan penyerahan secara total kpdNya semata-mata...

Alhamdulillah, Allah SWT membuka hati & fikiran utk melihat aspek pengabdian ini dlm konteks yg lebih luas.. yg tidak hanya terbatas kepada ibadah khusus secara fardiyyah sahaja.. malah sedar atau tidak, anugerah Allah buat diri sebagai seorang isteri & ibu merupakan suatu peluang yg berlipat kali ganda nilainya utk terus menagih Cinta & Rahmat dari Dia yg Amat Menyintai hamba2-Nya...

Saya mulai insaf memikirkan bahawa.. walaupun jarang berkesempatan ber'uzlah' dgnNya spt hari ini... seharusnya saya tidak perlu 'frust' jika tidak mampu istiqamah setiap hari... walaupun azam di hati utk sentiasa mempertingkatkan kualiti & kuantiti ibadah khusus... tp itu pun dgn izin-Nya jua... yang penting nilai kepergantungan yg tinggi hanya pd-Nya & reda dgn amanah Allah... iaitu amanah sbg isteri & ibu..

Saya mengimbau kembali rutin hari ini...

Sementara menunggu subuh, sempat diisi dgn bacaan ayat2 Al-Quran al-Karim.. 2 minit sblm azan, suami dikejutkan utk berjamaah di Masjid.. alhamdulillah.. Allah SWT memberikan kesihatan & kekuatan kepada suami utk bangun awal walaupun rutin hariannya yg amat padat & amat2 meletihkan dirinya... diri sentiasa memanjatkan doa agar tidurnya, sesingkat manapun, mampu merehatkan badan & mindanya demi utk terus menyumbang di jalan Allah di hari2 seterusnya...

Selesai sahaja solat Subuh, diri bergegas ke dapur menyediakan sarapan buat suami & anak2 sambil menghabiskan bacaan2 doa ma'thurat... jam 6.30pagi mulai mengejutkan anak2 yg bersekolah.. Affaf amat mudah bangun.. cuma dipanggil namanya sekali dua, sudah dibuka matanya & tersenyum.. saya mencium dahinya sambil mengingatkannya utk mebaca doa bangun tidur... adapun Ammar, diperlukan masa yg lebih lama.. puas dipanggil nama berulang2.. diusap2 badannya.. dibasahkan mukanya.. dipujuk2.. bila mulai sedar, akan merengek2 tidak mahu ke sekolah! Dugaan betul buat kesabaran Ummi... mujurlah hari ini Ummi lebih tenang & bersedia...

Baru sahaja mahu menyiapkan diri sendiri, Affan & Azzah pula bangun.. Affan akan melekat mcm gam UHU.. manakala Azzah minta disusukan pula! Kedua-duanya dilayan dgn sabar walaupun diri agak kekalutan utk bersiap2.. suami pula yg siap lebih awal hari ini dan sempat bersarapan ditemani anak2 ketika Ummi bersiap2 diri.. Jam 7.20pagi barulah Ummi menghantar Ammar & Affaf ke sekolah (keduanya selalu mengomel2 krn agak lambat smpi ke sekolah! Maaf ye, sayang Ummi!)...

Memandangkan hari ini saya ada kelas jam 8.30pagi, maka saya terus saja ke kampus UIAM. Pada hari lain, baiasanya, saya akan menunggu sehingga habis perhimpunan utk mendengar sbrg pengumuman, ataupun meninjau2 kawasan sekolah, mahupun bertanya khabar guru-guru.

Jam 8pagi, saya sudah berada di pejabat KENMS. Alhamdulillah, trafik lancar krn melawan arus.. sebab itulah, mampu utk sampai ke destinasi dlm masa 30 min, alhamdulillah! Terima kasih Allah.. terima kasih DUKE! Sepanjang perjalanan dr rumah ke sekolah anak2.. sekolah ke pejabat UIAM.. tidak putus2 hati berdoa & diselangi dgn ayat2 Kursi serta 4 Qul.. agar Allah SWT memelihara suami, anak2 di sekolah, anak2 & bibik di rumah dr sebarang kemudaratan & musibah.. Ya Allah, tiada daya & upaya melainkan dgn izin-Mu Ya Rabbi..!

Bila mulai memasuki kampus UIAM di pagi hari.. hati ini kegirangan terutama melihatkan pemandangan pelajar2 dari pelbagai arah berpusu-pusu ke dewan atau kelas kuliah di bangunan2 fakulti yg terletak di bahagian tengah kampus... seumpama aliran2 air dr pelbagai arah yg mengalir ke suatu lembah yg subur.. Ya Lembah Biru yg amat subur dgn Ilmu & Budi, insyaAllah... Ya Allah.. kupanjatkan doa, peliharalah keberkatan ilmu di lembah ini.. jadikanlah para pelajar ini ilmuan yg kaya dgn makrifat dan akhlak Islami..  inilah sumbang bakti kami utk generasi akan datang.. suatu generasi Rabbany.. insyaAllah..

Kemudian.. sampai sahaja ke bilik pejabat, saya 'on' kan komputer destop.. sambil itu terus menunaikan sunat Dhuha 2 rakaat (maklumlah PC agak slow, huhu!).. elok selesai saja solat, baru lah boleh semak email2 yg 'urgent', membuat apa2 pengumuman di LMS, kemaskini kehadiraan pelajar dsb. dlm masa 30 min tersebut..

Jam 8.30pagi, mulai menapak ke SR 2.3 utk mengendalikan kuliah selama 4 jam 30min seterusnya tanpa henti (kecuali 10 min gap antara 3 kuliah tersebut yg juga penuh dgn consultation para pelajar).. Saya mengakui perasaan selalu teruja utk bertemu dgn para pelajar.. alhamdulillah, kesemua 150 oramg pelajar saya pd semester ini yg memilih subjek Takaful (2 sections) dan Undang2 Komersial (1 section) adalah antara yg terbaik dr segi penumpuan, interaksi & semangat sepanjang masa kuliah.. malah telah menyiapkan 'assignment' pertama tepat pd hari yg ditetapkan!

Saya juga berasa puas hati bila merasakan saya telah cuba setakat termampu utk memberi kefahaman yg sepatutnya di dlm kelas.. saya selalu mengingatkan para pelajar agar menggunakan sepenuhnya peluang di waktu kuliah & masa konsultansi utk mendapatkan kefahaman yg tuntas terhadap pembelajaran hari tersebut tanpa melengah2kan masa. Kerana utk faham adalah hak para pelajar.. jadi tugas utk memberi kefahaman adalah amanah kami, para pendidik.. sebab itulah, saya tidak kisah sekiranya mereka meminta saya mengulang2 sesetengah perkara, malah memberi beberapa contoh yg berbeza2 dan mudah utk difahami mereka... mashaAllah, saya amat2 seronok dgn apa yg saya kerjakan ini!

Hari ini, sebenarnya saya terpaksa menangguhkan kelas jam 10pagi & 11.30pagi kerana akan terus bergegas ke KL selesai sahaja kelas terawal yg habis jam 9.50pagi. Saya pun tidak pasti bagaimana saya boleh memberi komitmen kpd program luar pada hari kelas kerana saya selalu cuba elakkan perkara ini berlaku. 'Ala kulli hal.. kelas ganti telah pun di adakan minggu lepas, alhamdulillah..

Tepat jam 12tgh, saya selaku salah seorang ahli panel di jemput mengambil tempat bersama2 Dr Younes & 3 panelists lain yg merupakan pakar2 actuarial. Kami berkongsi ilmu & pandangan mengikut kepakaran masing2 berkenaan isu2 berkaitan pengurusan lebihan (surplus) dlm operasi Takaful. Saya memilih utk meng'update' para delegasi ttg model baru iaitu berasaskan kontrak 'wadiah' sbg salah satu alternatif penyelesaian kpd isu2 berbangkit berkaitan pengurusan surplus & aspek2 jaminan dlm produk Takaful. Saya juga telah mengutarakan beberapa 'Shariah concern' ttg impak dr pengecualian cukai terhadap produk anuiti hasil dr pengumuman Budget 2013 baru2 ini.. Moga bemanfaat buat para delegasi yg hadir hendaknya..

Jam 1tghr sewaktu makan tengahari di program tersebut, saya sudah mula kegelisahan.. kerana sepatutnya saya sudah mulai bertolak pulang utk meneruskan tugas sbg ibu pula... pada minggu2 peperiksaan akhir tahun ini, secara lazimnya saya akan memperlahankan aktiviti luaran utk memberi perhatian lebih kpd mempersiapkan anak2 menghadapi peperiksaan (SK & SRA). Oleh itu, saya telah memohon cuti separuh hari dr UIAM mulai hari Isnin 1/10 selama 3 minggu dan 2 minggu cuti sbg Penasihat Bank...

Berbalik kpd keadaan td.. selesai shj makan tengahari, saya terus bergegas pulang.. sempat singgah sekejap di pasaraya membeli makanan pesanan anak2 terutama Ammar yg meminta mcm2 sbg syarat utk fokus dlm ulangkajinya.. saya layan saja bila melibatkan perkara2 asasi begini. (Tapi klu minta nak menonton atau main game, itu tiada kompromi!)..

Jam 3.20ptg, barulah saya sampai di rumah.. dlm perjalan pulang tadi sempat juga bertanyakan khabar anak2 & mengingatkan Ammar & Affaf utk meneruskan ulangkaji walaupun saya mungkin kelewatan sedikit. Sewaktu ingin solat Zuhur, kaki kanan 'cramped' pula! Ya Allah.. moga sedikit sakit ini membersihkan dosa2 diri ini.. Ya Rahim..!


Hanya jam 4.00ptg barulah saya mampu duduk bersama anak2.. bila difikirkan kembali... bercampur aduk di fikiran ini.. lucu pun ada.. terasa diri mcm "Ultrawoman" pun ada! Tiba-tiba berubah wajah & bertukar topi di kepala... Ya lah.. tadi punyalah berdegar2 memberi kuliah di kampus ... diikuti sbg ahli panel di hadapan para penggiat & penyelidik industri kewangan.. dan sekarang, saya hanyalah seorang ibu biasa yg berkain batik menemani anak belajar dan kemudiannya 'bersilat' sekali lagi di dapur menyediakan makan malam pula!




Kenapa rutin saya hari ini dinukilkan semuanya di sini? Ianya tidak lain dan tidak bukan utk mengingatkan diri ini, buat muhasabah diri agar sentiasa sedar & insaf.. walau sehebat mana pun diri di luar sana, setinggi manapun pandangan umum terhadap diri... ternyata peranan yg lebih besar yg menuntut lebih pengorbanan, kesabaran, usaha & strategi adalah peranan anugerah Allah SWT sbg isteri & ibu... Maka tumpuan & semangat perlulah seimbang, malah perlu diutamakan kpd tugasan asasi di rumah dahulu... kerana tugas mulia sbg isteri & ibu adalah suatu amanah lantikan khas dari Allah SWT buat insan2 terpilih sahaja.. manakala tugasan2 di luar sana adalah amanah sesama makhluk2-Nya sahaja.. itupun dgn redha suami...

Menginsafi hakikat ini, diri terkekang dr sifat2 terlarang spt. besar diri, ego, membanding2 kerja, mengungkit2 dll sikap & sifat yg mengguris perasaan suami & anak2.. wal'iyazubillah!

Muhasabah diri ini juga diharapkan sentiasa mengingatkan diri ini utk sentiasa berlapang dada, tenang, redha, bermujahadah & berkorban demi hanya mengharapkan reda Allah semata2.. kerana hanya dgn Rahmat & BarakahNya, terjaminnya kebahagian hakiki bak firdausi di dunia ini dan seterusnya di akhirat nanti..

Maka... dgn niat yg ikhlas, rendah diri & redha.. moga2 Allah menerima semua amalan hari ini , sbg isteri, ibu, pendidik & pendakwah... skrg2nya setaraf dgn ibadah2 khusus yg mungkin diri ini terlepas peluang mengerjakannya...

Oleh itu, berbahagialah wahai para isteri... dan para ibu sekalian.. kerana kita diberi penghormatan & peluang sebegini seolah2 Syurga Firdausi itu hanyalah selangkah jauhnya sahaja.. jika kita terus berusaha dan terus berusaha utk menjadikan kehidupan keluarga kita umpama Syurga demi mendapat Rahmat-Nya yg sentiasa tersedia buat kita semua.... amin..


Si Bertuah & Si Cheeky pun sibuk dgn clay art & buat messy waktu Abang & Kakak belajar.. takpalah asalkan tk kacau!




4 comments:

  1. Tahniah Dr.. sangat terurus semuanya

    ReplyDelete
  2. very inspirational :) salam perkenalan dr wani. terima kasih sharekan byk peringatan disini. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Thanks Dr. Mdm irwani for sharing ur own chore story! Subhanallah..pheww..di saat rasa down nk handle rumahtangga&kerja,bila baca tulisan mdm(dr.) rasa berkobar2 smgt utk buat kerja dgn ikhlas&terbaik!jazakillah khairan mdm(dr.)..selute sgt kt mdm!teringin nk menjengah mdm di uia.insyaAllah suatu hari nanti.farhana,ex ur student..

    ReplyDelete