Wednesday 29 August 2012

Selamat Ulangtahun ke-16, Affaf binti Asyraf Wajdi

 Adaptasi dari post 9 tahun lalu ...

 _______________________________
 
Lebih 3 bulan lamanya saya tidak mengemaskini blog ini. Bukan setakat disebabkan kekangan masa, malah faktor utama ialah kurang penumpuan, idea & semangat utk menulis disebabkan punya keutamaan2 lain yg lbh menuntut perhatian.

Hari ini saya ada sedikit masa sendirian di rumah sblm temujanji dgn doktor di DSH tengahari nanti. Nak pergi ke ofis, nanti saya akan mula buat kerja2 berkaitan kajian ataupun menilai makalah2, yg mana saya perlu menahan diri sendiri krn perlu berehat; 'to be more precise' perlu 'bed-rest' lagi! Saya rasa lemas juga sebenarnya... kemudian ingatan saya pada anakanda Affaf yg menyambut hari jadinya ke-7 (tahun ini 16) hari ini. Malah sebelum ini Ammar br saja genap 10 tahun (19 thn ini) pd 21 Ogos dan Azzah pula sudah menjangkau usia 2tahun (hari ini 11) pada 24 Ogos yg lepas.

Saya mengimbau kenangan 16 tahun yg lalu. Sebahagiannya, telah dinukilkan dlm catatan sblm ini (My Journey To Motherhood- Part 2)..

Kami bertiga pd bln2 terawal sbg pelajar phD
Lebih 16 tahun yg lalu, saya & suami masih bergelar pelajar phD yg bertungkus-lumus menyiapkan tesis kami krn target kami utk pulang ke tanahair tepat pada tempoh akhir pengajian. Suami amat berpegang teguh pada amanah yg terkandung dlm surat perjanjian pengajian yg memberikan kami tempoh 3 tahun (1 Oktober 2002-30 September 2005). Jadi kami dgn penuh rasa tanggungjawab memberikan sepenuh perhatian utk melunaskan amanah tersebut.

Dalam saat2 akhir ini iaitu 10 bulan seblm tamat tempoh pengajian, Allah SWT telah menganugerahkan kami rezeki yg tidak ternilai, iaitu saya telah sah mengandung anak ke-2. Kami menerima anugerah ini dgn gembira  & penuh kesyukuran, bahkan telah menambahkan lagi semangat kami utk menghabiskan penulisan secepat mungkin.

Allahlah sebaik-baik Penolong dan Amat Pengasih buat hamba2-Nya yg berjuang di jln-Nya. Ada juga terdetik sedikit kerisauan dihati ini bila mengingatkan pengalaman mengandung yg lalu. Kandungan pertama keguguran dan perlu melalui D&C; kandungan ke-2 (Ammar) amat memerlukan perhatian krn kerap berlaku pendarahan yg berisiko tinggi utk keguguran lagi. Saya risau krn rutin harian yg padat sbg isteri, ibu, pelajar & pekerja yg mungkin memberi kesan kpd kandungan ini. Namun saya meletakkan sepenuh harapan & berserah urusan kpd-Nya semata2...

Setiap hari, saya akan bangun seawal 5.30pg, bersiap ke kampus utk bertugas sbg 'floor-engineer', hehe! Karier yg tidak asing lagi buat pelajar2 seperi kami yg mana biasiswa sebenarnya tidak ckp menampung kos sara hidup di sini. Shift saya bermula jam 6pagi hingga ke 9pagi. Saya keseorangan ditugaskan di kompleks sukan yg punya 2 living hall, 4 ruang pejabat, 2 bilik program, 3 bilik persalinan, 4 bilik air & 2 bahagian lobi! Yg paling saya hargai dr pengalaman kerja ini ialah ilmu mencuci- jenis pencuci, jenis kain/berus/span tertentu & cara mencuci itu sendiri! Terima kasih kpd Abg Syed Azhan (skrg di ICM, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) yg terlalu byk memberi tunjuk-ajar ttg ilmu2 & seni2 mencuci ini!

Saya kembali ke rumah jam 9 pagi & terus menguruskan keperluan Ammar yg ketika itu berusia 2 tahun dan juga suami. Pada ketika ini, suami memberi sepenuh penumpuan pd penulisannya krn targetntya utk 'submit' pada bln Mei 2005. Jadi sebahagian besar masanya adalah di depan laptopnya; hanya berhenti utk solat & urusan2 kendiri. Makannya pun saya bawa ke bilik study nya. Janji suami, bila dia sudah menyiapkan tesisnya, dia akan 'take-over' kerja2 perngurusan rumahtangga & anak agar saya boleh "full-speed" slp ini...

Jadi, dlm tempoh November 2004 ke Mei 2005 begitulah rutin harian kami.. saya meneruskan penulisan saya sekadar kemampuan dlm waktu2 terluang yg mana puratanya hanyalah 1-2 jam sahaja sehari. Kekadang tu, terasa juga progress diri ini agak 'slow' berbanding suami (memang slow betul2 pun!).. tapi saya cuba tenangkan diri & meletakkan sepenuh harapan kpd Allah SWT agar mempermudahkan urusan kami berdua dlm apa jua bentuk. Saya ikhlaskan diri dlm menguruskan rumahtangga & menjaga kebajikan suami & anak dgn mengharap hanya redha Allah SWT.
Antara yang terakhir Khatam

Walaupun rutin kami agak padat, kami tidak ketinggalan dlm aktiviti2 kemasyarakatan krn itulah sebahagian lumrah kehidupan manusia yg memerlukan antara satu sama lain. Lagi pun bila berjumpa sahabat2 di sini, hilang sedikit 'stress'. Suami terlibat sbg imam & khatib di surau Universiti. Beliau juga mengajar Al-Quran sahabat2 Bangladesh di Rendell St. Malah kami turut mengendalikan kelas Al-Quran buat anak2 masyarakat Melayu di sini 2 kali seminggu; kalu tak silap setiap Selasa & Khamis petang. 
 
Background kotak2~counting days to home
Bagi kami, anak2 ini merupakan penghibur kami yg telah seharian bersekang mata membaca & menulis. Suatu suasana yg amat mendamaikan jiwa bilamana teratak kami ini dipenuhi anak2 yg mengalunkan ayat2 Allah beramai2.... Allah... saya amat2 rindukan mereka sebenarnya!

Pada hujung minggu, masa kami dipenuhi dgn aktiviti riadah & kemasyarakatan. Suami dgn bolanya, kekadang tu badminton. Saya ikut serta dgn pasukan 'netball' tapi dgn keadaan mengandung ni terbataslah sedikit pergerakan. Jadi saya lbh menumpukan kpd mengendalikan usrah kaum hawa antara masyarakat Melayu di sini..
Hantar Siti pulang ke tanahair

Pada bln Mei 2005, Mi & Amani dtg berkunjung ke tempat kami & tinggal hampir sebulan. Elok sahaja suami sudah ingin 'submit' tesisnya.. jadi slp itu, kami membawa Mi & Amani ke Disneyland, Paris. Sebenarnya, kami hanya pergi melancong bilamana ada keluarga & sahabat2 dr tanahair berkunjung ke sini. Selain dr itu, masa kami hanyalah di rumah & bersama masyarakat setempat. Sebab itulah, kami tidak berkesempatan utk melancong ke segenap ceruk bahagian UK sendiri termasuklah Scotland. Mungkin rezeki kami di masa yg lain bersama anak2 nanti, insyaAllah.
Bye2 Cik Teh!
Bulan Jun & Julai merupakan bulan yg amat kritikal buat diri ini. Saya pulun menyiapkan tesis dlm keadaan sarat 8 bln. Suami menguruskan segalanya, katanya,"Wani fokus pd tesis sahaja, biar Abang uruskan makan & Ammar; nk apa2 kat Carboot pun, pesan kat abang je lah!" hehe.. memang carboot tempat "stress relief & entertainment" buat pelajar2 phD spt kami ini. Oh, betapa saya rindukan juga suasana carboot Quorn, Croft & Derby!!

Masa amat cepat berlalu.. di penghujung Julai 2005, buat kesekian kalinya saya mengadap Dr. Seif, penyelia utama tesis saya mengharapkan beliau meluluskan agar tesis ini dapat di'submit' secepat mungkin. Seperti biasalah, mesti ada saja perkara yg ingin ditambah, dibetulkan, diubahsuai dsb. Maka saya dgn berhati2 menyuarakan hasrat saya, "Prof., I hope these will be the final ones, because I have other deadline apart from this thesis.." Prof Dr Seif tergelak melihat perut saya yg membonyot.. dan mengangguk-angguk bersetuju. "Ok, you may submit your thesis upon making the modifications as discussed. Good luck with both!"...alhamdulillah..

Maka, dgn izin Allah & rahmatNya.. saya telah menyerahkan tesis saya, hasil penat lelah saya & suami (sebab suami banyak membantu 'revamp 3 chapters', huhuhu!) pada pagi 8 Ogos 2005, yang mana pada masa yg sama suami sedang bersiap-sedia utk sesi viva & 'defend' tesisnya. Penilai tesis suami adalah Prof. Rodney Wilson & Prof John Presley, kedua2nya merupakan tokoh ekonomi & kewangan Islam di UK hingga kini. Saya menunggu dgn penuh debar & berulang-alik dr bangunan fakulti dan Students' Union dgn Ammar yg nampak kebosanan menunggu.


R-L: Prof Rodney, Prof Humayon & Prof John Presley
R-L: Prof Rodney, Prof Humayon & Prof John Presley
Alhamdulillah.. satu jam slp itu, saya melihat suami keluar dr bilk viva dgn kegembiraan yg jelas di wajahnya.. " Wani, alhamdulillah.. Abang lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan langsung!". Suami terus sujud syukur di situ juga!

Keesokkannya, suami menukarkan ring-binding kpd hard-cover sblm 'final & formal submission' di pejabat 'Postgraduate'... selepas itu, masa terasa terlalu pantas berlalu...

Dalam masa 3 minggu berikutnya, kami meneruskan dgn lbh giat kerja2 mengemas, membungkus barang2 utk di bawa pulang ke tanah air. Untuk rekod, lbh krg 150 kotak merupakan buku2 kami, selebihnya adalah brg mainan & peralatan rumah spt bingkai gambar, cermin & lampu.
Kelas terakhir sblm deliver Affaf (26/8)



Saya masih ingat, hari itu adalah Ahad 28 Ogos. Kami ke carboot Quorn. Hari itu, kami membeli lebih dr kebiasaannya, terutamanya barang2 permainan sampai perlu menumpang 2 kereta kawan2 yg masih kosong, hehe! Malu pulak!

Malam tu, waktu menolong suami membalut bingkai2 lukisan, saya sudah mula terasa 'contraction' tp masih 'mild'. Pengalaman anak pertama dulu, saya berhasrat hanya bila sakit menjadi lbh 'regular' & jaraknya lbh dekat baru kami ke hospital. Hanya pd jam 2.30pagi, saya rasakan 'contraction' tersebut menjadi lbh kuat & tetap. Jadi saya kejutkan suami & menelefon Olin memintanya datang ke rumah menemani Ammar yg masih tidur. Selepas bersiap2, kami bertolak ke QMC, Nottingham. Di sepanjang perjalan selama 30 min, itu suami selalu mengingatkan agar saya istighfar & membaca salawat tafrijiah di antara senggang 'contraction' berkenaan..
Fresh from the oven

Jam 3.30 am, kami tiba di hospital & terus ke bilik bersalin. Rekod kelahiran Ammar yg lalu yg menunjukkan saya telah dijangkiti GBS (Gred-B stripe infection) yg mana jika tidak dinuetralkan, pasti memberi implikasi kpd bayi yg dilahirkan normal. Maka masuk sahaja ke bilk bersalin, jururawat bertugas memasukkan 'penicilin' (sejenis antibiotik) utk memastikan saya bebas dr jangkitan GBS.
1st Abang-adik meeting

Jam 7.00 pagi, jururawat mengesahkan bhw saya benar2 tiada jangkitan tersebut, jadi boleh bersalin secara normal... alhamdulillah. Jam 7.20am air ketuban mulai pecah & terasa spt mahu 'push'. Bilamana jururawat sahkan bukaan sudah penuh 10cm, saya mula meneran; diikuti oleh suami juga yg sepenuh perassan 'meneran' juga smpi tertekan kepala saya! "Wow, you are pushing too?" rasa nak tergelak dengar respon jururawat yang membantu di bilik bersalin ketika itu, hehe! Tidak berapa lama kemudian, alhamdulillah pada jam 8.20pg seorang puteri telah dilahirkan secara normal. Kulitnya kemerahan & punya bibir merekah merah jambu. Subhanallah! Indahnya anugerah-Mu ini, Ya Allah! 
 
Kami & keluarga di tanahair sepakat menamakannya, Affaf.

Affaf 1.5 bln
Hari berikutnya, saya & Affaf dibenarkan pulang. Tradisi masyarakat Melayu di sini menyediakan lauk-pauk utk keluarga yg menerima cahayamata baru telah byk membantu kami yg menguruskan sendiri anak kecil ini. Saya menjalani tempoh berpantang sendirian utk sebulan pertama. Walaupun makan minum terjaga, namun saya tidak mampu menjaga diri dr melakukan kerja2 rumah & menguruskan bayi kecil ini. Apatah lagi kami dijadualkan pulang ke tanahair pd 25September 2005, iaitu hari berpantang ke-28 hari. Maka dlm tempoh ini, saya perlu turut serta dgn suami membantunya mengemas barang2 & membersihkan rumah setakat kemampuan saya.
Abi tahnik on Day#7

 
Seminggu slp kelahiran Affaf, internal examiner saya, Dr Humayon Dar memaklumkan bahawa tarikh viva saya telah ditetapkan pada hujung minggu itu juga, iaitu, Sabtu 13/9. Maknanya, saya  ada 4 hari shj utk mengulangkaji kajian saya & mempersiapkan diri utk mempertahankan tesis saya dlm keadaan pantang & menguruskan bayi kecil ini. Sekiranya saya tidak bersetuju, kemungkinan tarikh seterusnya adalah slp bln Oktober nnt, yg mana saya perlu kembali semula ke bumi UK ini. Suami menggesa agar saya bersetuju saja & memberi saya keyakinan bhw saya mampu krn ini adalah hasil usaha saya & sayalah satu2 nya pakar dlm bidang ini.. bkn org lain.. bkn supervisor.. bkn juga para examiners.. tambah abang, "Abang redha dgn Wani, maka Abang yakin Allah pasti mempermudahkan urusan Wani nanti...!"

Maka pada pagi Sabtu, 13 September 2005, slp membarut perut & mengambil ubat-ubatan yg perlu, saya menyarungkan sepasang baju kurung merah jambu yg sederhana utk mengadap penyelia & penilai2 tesis pd sesi viva nanti. Sebelum keluar, ada beberapa sahabat yg sempat singgah menziarahi Affaf & menghantar lauk-pauk. Seingat saya, Abg Maaruf & Kak Syimah antara yg terakhir dtg menghantar lauk & menghadiahkan bekas botol susu yg kami masih gunakan smpi hari ini. Terima kasih.. sempat saya menjamah makan sblm keluar ke universiti utk 'perjuangan' terakhir ini... Abang ikut sama & menunggu dgn sabar selama lbh 2 jam diselangi dgn rengekan Ammar & tangisan Affaf...

Penilai tesis saya ialah Dr Maw-il Izzuddin dr University of Lampeter, Wales & Dr Humayon Dar dr Loughborough. Ianya adalah saat yg plg 'tough' bg saya yg menghasilkan suatu kajian yg menggabungkan bidang Shari'ah & Ekonomi.. jd agak mencabar utk memuaskan hati kedua2 penilai yg kedua2nya dr bidang yg berlainan.

Akhirnya, slp lbh 2 jam, para penilai bersetuju menganugerahkan saya ph.D dlm Ekonomi Islam dgn sedikit pembetulan yg akan diseliakan oleh Dr Seif... alhamdulillah! Waktu itu, saya rasa spt berjalan di atas awan.. spt tidak percaya perjuangan panjang saya di bumi UK hampir berakhir.. lbh manis kerana saya punya suami  yg sentiasa bersama berkongsi segalanya & 2 cahayamata bersama2 berkongsi saat2 gembira ini....
Sempat jumpa supervivor Ummi cum internal examiner Abi, Prof Presley semasa print tesis Ummi
 
 
Seminggu berikutnya, saya tumpukan perhatian membuat beberapa penambahan spt dicadangkan para penilai & berulang-alik ke rumah Dr Seif di Leicester sblm membuat final sumbission di kemudian hari. To be exact, tesis rasmi saya hanya sempat dicetak slp selesai kami mengangkut barang2 ke kontena pada Khamis 23/9 dan dihantar binding pd Jumaat 24/9. Memandangkan kami akan berangkat pulang pd Sabtu 25/9, saya meminta jasa baik Abg Ahmad Abbas utk mengambil thesis yg siap di'bind' pd Isnin berikutnya & menyerahkan ke pejabat Postgraduate. Shukran, Abg Ahmad!

Sahabat MML membantu memunggah brg2 ke kontena
Seterusnya, pd 23 September 2005, kesemua barang2 kami selamat diangkut ke kontena. Dan pd 25 September berikutnya, kami dgn berat hati teramat telah meninggalkan tempat yg penuh kenangan terindah ini. Di sinilah kami  mula berdikari sbg pasangan suami isteri, menguruskan rumahtangga & menimang cahayamata pertama juga kedua. Di sinilah kami byk belajar ttg erti kehidupan masyarakat yg benar2 berasaskan semangat ukhuwwah lillah. Di sini juga kami telah meninggalkan sebahagian hati kami & sejarah yg paling manis dlm hidup kami.. Terima kasih tak terhingga buat semua yg byk membantu kami sepanjang persinggahan sementara kami selama 4 tahun di bumi Loughborough ini. Moga ukhuwwah lillah ini terus dipelihara Allah selamanya..

Affaf pd hari mengangkut barang
Mengenangkan perjalanan hidup sepanjang mengandungkan Affaf di atas, saya & suami amat bersyukur krn Affaf ternyata membesar sbg anak yg amat ceria, peramah, cerdik & amat penyayang.

Bila diimbas kembali, Affaf juga membesar dlm suasana yg amat berlainan dgn Ammar kerana Abi & Ummi sudah mula sibuk & terikat dgn tugas2 asasi sbg pensyarah, 'reseacher' & consultant. Masa bersama Affaf agak terbatas pd waktu slp masa pejabat & hujung minggu shj. berbanding Ammar yg mendapat penjagaan & perhatian sempurna Ummi & Abi di UK dulu. Sebab itulah, Ummi & Abi cuba memahami perasaan Affaf yg kekadang amat mudah berkecil hati & merajuk panjang terutamanya bila melibatkan isu berkaitan 'sibling-rivalry' atau '2nd child crisis' yg mana Affaf sentiasa 'terpaksa' mengalah kpd si Abang & juga adik2nya yg ternyata lbh dominan mendapatkan perhatian Ummi & Abi...

Buat Affaf sayang.. Ketahuilah, Abi & Ummi amat sayangkan Affaf kerana Allah, kerana Allah lah yg telah mengaturkan perjalanan hidup Abi & Ummi dgn menganugerahkan Affaf dlm suasana yg amat istimewa ke dlm kehidupan Abi & Ummi yg penuh warna-warni ketika itu, alhamdulillah. Doa kami, agar Affaf sentiasa dipelihara Allah, menjadi hamlatul-Quran, mukminah & mujahidah yg sentiasa memelihara hak2 Allah serta meneruskan perjuangan Rasulullah dlm apa jua bidang yg Affaf pilih serta terokai nanti. Ummi & Abi tidak punya harta yg bernilai tinggi melainkan anak2 yg soleh & solehah yg mewarnai dunia ummat dgn sumbangan bermaknanya..

Ya Allah, bimbinglah kami, peliharalah kami semua & dgn RahmatMu, masukkanlah kami sekeluarga ke Jannatulfirdaus yg kekal nan abadi... amin...

Selamat Hari Jadi, Affaf sayang!

Moga sentiasa dlm Rahmat & Kasih Sayang Allah!

Affaf at 7

Affaf at 16








6 comments:

  1. can i comment here???

    owh... feel so touched even my name appeared at the end of story, but I feel satisfied and hoping that my ikhlas contribution can be accepted by kak wani and abg asyraf. i wish i can turn back the time, but, time flies so fast.. may our ukhwah lasting forever :-)

    ReplyDelete
  2. Olin!!!! Lama tk dgr berita? How is ur baby (phd) progressing? Hehehe, sori tanya soklan sensitip!

    Bagaimana kami blh lupakan bantuan Olin? Ianya satu catatan sejarah yg tk blh dipadam sama sekali.. nk cr kat mn adik yg on-call & terus dtg pagi2 buta jaga bdk 3 tahun!!! Nasib baik la Ammar hs bn an easy-2-take-care child!

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah.. force myself not to drop my tears as this is the story of courage and survival.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah... menitis airmata merasai perjalanan kisah ini... terima kasih kak Wani kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  5. Inspiring indeed. Syukran Dr Irwani kerana sudi berkongsi untuk membakar semangat org mcm saya.

    ReplyDelete