Tuesday 24 January 2012

Menjadi 'Program Planner & Coordinator' Keluarga

Setiap kali menjelang cuti umum atau cuti sekolah, tentunya ibu2 terutamanya akan memikirkan apa perancangan utk keluarga & anak2 khususnya. Melihatkan trend di ibu kota.. kebanyakan masa utk dihabiskan bersama anak2 lebih ditumpukan kpd membawa anak2 berjalan2 sama ada ke gedung2 membeli belah, taman tema permainan, taman bunga, mahu pun ke pusat2 peranginan & perkelahan dengan menyewa hotel atau tempat penginapan utk berehat2. Contohnya, di setiap hujung minggu, pastinya pusat2 membeli belah penuh sesak berbanding hari biasa terutamanya yg mengandungi pelbagai kemudahan utk seisi keluarga spt pasaraya, butik2, pusat sukan, tempat permainan kanak2, tempat makan dsb.

Saya juga tidak terkecuali membawa anak2 ke pusat membeli belah kegemaran di hujung minggu tertentu bilamana ada urusan utk berbelanja keperluan rumah. Terasa ingin menghabiskan masa yg singkat bersama2 anak2 di hujung minggu.. kiranya spt menyelam sambil minum air!

Saya selalu terfikir apakah nilai2 yg saya telah pasakkan ke dlm jiwa anak2 dgn aktiviti2 sebegini? Saya cuba meletakkan diri ini ke dlm diri anak2... dan saya merasakan anak2 mungkin beranggapan (secara sedar atau tidak) ketika hujung minggu atau hari cuti...
1) Keluar berjalan2 ke tempt membeli-belah  tertentu atau pusat peranginan adalah satu kemestian
2) Hujung minggu atau hari cuti adalah hari utk berhibur di luar rumah
3) Mesti membeli sesuatu (mungkin mainan atau pakaian atau barangan lain permintaan anak2)
4) Mesti makan di luar
5) Ibu & ayah hanya ada masa utk anak2 ketika keluar berjln2 sebegini

Memikirkan nilai2 di atas, saya amat risau krn ianya akan memberi kesan kpd nilai sensitiviti, nilai kekeluargaan, nilai utk menghargai rezeki walau sedikit, nilai sosial, dan nilai utk menyumbang kpd masyarakat. Bahkan, anak2 akan terdedah kpd nilai2 negatif spt nilai material, hiburan melampau, individualistik dsb.

Saya pernah melihat satu keluarga di sebuah kopitiam, walaupun mrk semeja, tapi semua ahli keluarga sibuk dgn urusan masing2; si ibu dgn blackberry, bapa dgn iPad & anak2 ada gameboy & PS setiap satu di tangan!! Saya berharap mereka tidak sebegitu bila berada di rumah sendiri!

Menginsafi ttg senario begini yg mungkin kerap berlaku tanpa sedar mahupun krn krg sensitiviti .. saya lebih berhati2 dlm merancang percutian, atau masa luang di hari2 cuti & hujung minggu. Suami juga punya keperhatinan sama, jadi kami sama2 bermuafakat dlm perkara2 berikut:

1) Di hari2 cuti, spt CNY sekarang ini, keutamaan diberi kpd aktiviti2 bersama anak2 di rumah. Sebenarnya terlalu byk ruang & peluang utk hasrat ini yg memerlukan si ibu terutamanya utk lbh kreatif & innovatif. Contoh, reinforce kerja2 rumah bersama2, kemas tempat tidur sama2, kemas mainan sama2, susun mainan atau baju2, asingkan yg tidak lagi diperlukan utk diberi kpd yg lebih memerlukan. Boleh juga libatkan anak2 di dapur utk membuat biskut atau donut atau potong sayur yg menggunakan tangan dll.

Apa yg saya paling suka di waktu2 sebegini ialah penglibatan suami bersama anak2 memandangkan masanya yg agak terbatas bersama. Saya amat menghargai peranannya.. suami tidak pernah mengecewakan anak2 bilamana mrk memintanya bermain bola sama2, atau berbasikal ke taman berdekatan walaupun sedang sibuk membaca atau menyiapkan penulisannya di rumah.

2) Utamakan aktiviti2 berbentuk riadah yg menyihatkan badan. Janganlah dibiarkan anak2 leka menonton atau bermain game, bahkan perlu ada juga jadual menonton spt rutin2 lain.

3) Bila keluar membeli belah, perlu ada senarai agar masa tidak dihabiskan secara sia2. Kalaupun ada aktiviti lain spt ke tempat permainan atau membeli sesuatu buat mrk, perlu di minimisekan masanya dan perlu sentiasa diingatkan bahawa ini adalah ganjaran buat anak2 kerana sebab2 tertentu yg positif.

4) Bila ada peluang utk makan di luar, sememangnya si ibu akan lega krn 'cuti masak'. Tapi perlu juga ingatkan anak2 bahawa masakan ibu di rumah tetap yg terbaik; lbh sihat, lebih bersih & lebih berkat!

5) Masa cuti juga adalah masa yg amat sesuai utk melatih anak2 dlm skil2 tertentu. Misalnya, cara solat berjamaah, cara bermain bola, menghafaz surah2, dll. Kiranya seperti  KPI cuti sekolah lah..!

6) Bagi anak2 lelaki, eloklah dibawa solat berjamaah di masjid atau surau berdekatan agar mrk mengenali ahli2 Qariah setempat.

7) Mengamalkan ziarah menziarahi keluarga lain atau sahabat2 krn ianya amat baik utk perkembangan sosial anak2. ALhamdulillah, keluarga suami tinggal berdekatan, jadi sudah menjadi kemestian utk kami sekeluarga berkumpul beramai2 di rumah mertua di malam hujung minggu. Anak2 akan bermain2 dgn sepupu2 yg sebaya; malah kami yg dewasa pun spt therapy pula bila berpeluang utk berborak2 ttg pelbagai perkara sesama adik beradik & ipar2.

8) Jadikan budaya membaca Al-Quran di waktu tertentu, contohnya antara Maghrib & Isha'. Waktu cuti pula, diwajibkan anak2 memulakan hari mrk dgn membaca Al-Quran dulu sblm mrk bermain2 atau belajar. InsyaAllah, byk khasiatnya...

9) Begitu juga bila ibu atau bapa yg kerap 'out-station'.. sbg 'compensate' ketiadaan mrk, ibu bapa kerap membelikan sesuatu utk anak2. Amalan ini akan 'spoil' anak2. Biarlah sbrg hadiah merupakan ganjaran terhadap sesuatu pencapaian yg positif, bknnya sbg pengganti ibubapa yg sibuk atau tanpa apa2 sebab yg khusus.

Percayalah bahawa bila kita para ibu merancang secara holistik dlm apa jua keadaan berlandaskan keutamaan terhadap nilai2 Islami & kekeluargaan, kita akan berasa kurang letih, kurang tekanan, malah bahagia bila santai bersama2 keluarga dlm kesederhanaan. Juga pengaruh ibubapa & keluarga akan lebih kuat terhadap jiwa anak2.

Tentunya, cabaran terbesar ialah sifat keibuan atau kebapaan yg menebal yg menyebabkan kita mudah berasa kasihan terhadap anak2. Ingatlah, bahawa iblis laknatullah akan hinggap pada mana2 hati yg punya nafsu. Tentunya, bagi si ibu terutamanya.. nafsunya terbesar adalah anak2.. jd itulah medan ujian terbesar buat ibu2.. dgn perasaan cinta semulajadi ini si ibu mampu mengoptimumkan potensi diri & shakhsiah anak, mahupun sebaliknya merosakkannya...

Jom, kita berusaha utk menjadi Perancang & Penyelaras Program yg lbh efektif utk keluarga kita agar rumahtangga kita kekal sbg Syurga Dunia ini...insyaAllah!

3 comments:

  1. nasihat dan peringatan yg sgt berguna...terima kasih :) semoga kita semua mampu menjadi ibu yg terbaik buat anak2...

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, banyak manfaatnya.
    Famili kami kecik jer, so kalau duduk dirumah, everyone at their own space, jarang sekali tengok TV sama sebab citarasa berbeza hahaha. So cara kami adalah dengan memperuntukkan masa untuk riadah, contoh jogging or cycling or swimming, masa ini lah si ayah tinggalkan blackberrynya, si anak tinggalkan TV or bukunya, dan si ibu tinggalkan mesin jahitnya hahha..

    ReplyDelete
  3. tq k wani for the beautiful advice... sungguh rungsing memikirkan cabaran2 yg terpaksa kita lalui dlm membesarkan anak2, takut hilang nilai & jatidiri..semoga Allah permudahkan segala urusan kita terutamanya dlm mendidik anak2.. semoga mereka menjadi aset berharga utk agama, insha Allah

    ReplyDelete