Saturday 10 December 2011

Muhasabah Sedekad Seorang Ibu (Part 2)

Buat kesekian kalinya, saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa krn mengizinkan hamba-Nya meneruskan coretan ini di pagi 14 Muharram 1433H yg tenang ini. Sesungguhnya tiada daya & upaya melainkan dgn izin Allah jua. Alhamdulillah, saya sedar semua yg berlaku adalah dgn izin & aturan-Nya yg Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Saya memohon ampun dgn rendah hati dari-Mu, Ya Allah, seandainya terselit perasaan ujub (membesarkan diri & merasa hebat, wal'iyazubillah) mahupun riya' (ingin menunjuk2) sepanjang penulisan ini. Niat diri adalah sebagai muhasabah peribadi di kala lupa di kemudian hari dan juga sebagai renungan buat anak2 & sahabat2 yg diredhai Allah sekalian.. Moga2 hati ini sentiasa istiqamah dlm mencari dan terus mencari redha Allah jua....

Dalam tulisan yg terdahulu, saya telah kongsikan sebahagian pengalaman peribadi hasil didikan kedua ibubapa sendiri yg mana banyak sekali nilai2 & hikmah dpt diselami sama ada secara sedar mahupun sebaliknya. Saya sendiri hanyalah mampu menghargai & menyelami setiap hikmah, rasional & keindahan di sebalik usaha kedua ibubapa setelah punya keluarga sendiri; ditambah pula sentiasa berfikir, muhasabah & perkongsian ilmu dgn suami, ibubapa dan juga sahabat2 yg turut berkongsi fikrah sama buat bekalan utk mendidik permata2 hati yg semakin membesar ini..

Alhamdulillah, berkat asas nilai Islami yg telah dipasakkan dan juga doa mustajab oleh kedua ibubapa semenjak kecil lagi, diri ini sentiasa mengharapkan agar Allah terus membimbing saya dlm mencari ilmu yg bermanfaat demi memungkinkan saya berfungsi sbg isteri & ibu yg diredhai suami juga anak2 agar kami semua diizinkan-Nya utk sama2 berpimpinan ke Jannah-Nya yg kekal abadi ...

Semenjak masa remaja, saya sentiasa memohon kpd Allah, seandainya diri ini layak, maka saya bercita2 utk menemui-Nya setelah bergelar seorang isteri krn saya menyedari istimewanya darjat seorang isteri solehah di sisi-Nya. Alhamdulillah, Allah Yang Maha Adil lagi Pengasih, telah mengizinkan jodoh saya dgn pasangan yg terbaik & paling sesuai dgn jiwa juga fikrah diri ini.. yang menyempurnakan nilai diri yg sudah sedia terbina asasnya.. saya amat insaf bahawa kurniaan Allah ini adalah utk memungkinkan kami terus berperanan sbg Khalifah-Nya.. yang punya amanah besar nanti, bermula dgn keluarga sendiri..

Sebagai insan biasa yg punya keinginan tanpa batasan... saya sekali lagi menaruh harapan dari-Nya.. suatu harapan & cita2.. "Ya Allah, Yang Maha Mengetahui isi hati.. seandainya hamba-Mu yg hina ini mampu memegang amanah-Mu.. maka diri ini berharap utk bertemu-Mu nanti sebagai seorang ibu...".. Subhanallah! Tidak mampu saya luahkan kesyukuran buat-Nya yg sentiasa Mendengar & Menerima permintaan hamba yg sentiasa alpa ini. Ya Allah, jauhkanlah daku, suami & keluarga dari tergolong antara mrk yg mendustakan nikmat2 serta pemberian-Mu...

Alhamdulillah... berkat Nur anak2; 'Ammar, 'Affaf, 'Affan dan juga 'Azzah.. Allah SWT telah mengatur jodoh saya dgn sebuah keluarga yg dipenuhi barakah juga mawaddah... Terlalu banyak nilai2 Islami yg dipelajari dr keluarga besar ini yg berterusan menambahkan lagi keilmuan dlm mendokong Amanah Allah sbg seorang isteri & ibu... walaupun tempoh bersama keluarga suami ini tidak sampai pun separuh dari jangkamasa terawal bersama ibubapa kandung, namun pengalaman sedekad bersama keluarga mertua memberi kesan mendalam dlm jiwa ini.. Alhamdulillah, banyak yg saya pelajari dr suami, kedua2 mertua dan juga ipar2 yang mana saya sudah selesa menganggap mereka sebahagian dari diri sendiri. Tanpa mereka, tentunya terasa tidak lengkap kehidupan ini walau sesenang mana hidup ini sekalipun.

Bila dihimbau kembali, saya amat terkesan dgn nilai2 berikut hasil peranan mithali kedua ibubapa mertua; Ummi & Papa yg amat dihormati lagi dikasihi.. Nilai2 ini juga tidak secara langsung banyak menyumbang ke arah pembentukan shakhsiah anak2 kami..

1) Ummi teramat menitikberatkan soal ibadah & kebersihan dlm segala aspek; jasmani & rohani.. MashaAllah, kalau diteliti amalan Ummi, tak termampu rasanya dek kealpaan manusiawi diri ini. Jadual harian ummi bermula seawal Subuh dgn mengerjakan solat Sunat Rawatib diikuti Subuh; kemudian selepas berehat beberapa ketika, ummi menyambung urusannya dgn Maha Pencipta bila masuk waktu Dhuha dgn menyempurnakan solat sunat Dhuha & Tasbih. Saya perhatikan, dgn amalan yg konsisten begini, cukup memberi tenaga & kesihatan kpd ummi krn ianya juga seperti 'stretching' atau 'morning exercise' yg mana kelihatan badan ummi kekadang itu bermandikan peluh juga. Ummi selalu berusaha utk sentiasa berada dlm wudhu' agar hati menjadi lbh waspada/ alert dan juga utk memudahkannya sentiasa beribadat.

2) Ummi juga tidak membiarkan masa berlalu dgn sia2 tanpa zikrullah, malah ummi selalu menegur saya yg kekadang itu kelihatan termenung tanpa menyebut kalimah2 memuji kebesaran Allah SWT, kerana dgn zikir, hati kita akan lbh alert & krg alpa krn selalu bertaut dgn-Nya. Seingat saya, ummi akan menghabiskan bacaan surah Al-Ikhlas (Qul Huwallah) sebyk 1000x, tasbih, tahmid & takbir 1000x dan juga ayat kursi 1000x. Mulutnya sentiasa berzikir tak kira di mana; sambil bersiap2, atau menyediakan juadah di dapur, atau ketika melayani Papa, anak2 & cucu2, mahupun ketika di jalanan ke mana2 destinasi!

3) Dari segi kebersihan, ummi amat cerewet sekali krn ianya akan menentukan sama ada ibadah kita diterima Allah atau sebaliknya. Ke mana2 pergi, pastinya dibawa bersama 2 pasang selipar; satu di toilet & satu lagi di luar toilet. Juga kain telekung, setokin & alas sujud sebab dikhuatiri kain telekung ataupun sejadah di tempat awam tidak terjamin kesuciannya. Kekadang itu, baju spare pun ada sekiranya baju yg dipakai terpalit dgn najis yg tidak dpt dibersihkan dgn segera. Ummi juga membasuh pakaiannya sendiri tanpa mengharapkan pembantu rumah.

1 Shawal 1432H
4) Satu yang amat menarik ttg Ummi ialah penampilan & pengurusan dirinya. Ummi jarang kelihatan selekeh atau tak bersiap; malah sentiasa menjaga kekemasan & kecantikan semulajadinya tanpa menghabiskan wang & masa yg banyak. Bagi ummi, takpalah beli barangan, kain atau pakaian yg sederhana tanpa jenama, asalkan penampilan nampak  cantik &menyenangkan. Sebab itulah, bilamana kekadang tu timbul keinginan utk memiliki handbag berjenama mahal spt. Coach atau LV yg tentunya berharga ratusan hingga ke ribuan ringgit, suami bijak meng'tone-down' keinginan tersebut (walaupun saya mungkin punya simpanan mencukupi) dgn menggunakan benchmark Ummi yg sederhana dlm banyak perkara..

5) Salah satu ilmu yg tak ternilai yg dimanfaati dr amalan Ummi & ipar2 (terutamanya Kak Nini) ialah ttg pengurusan rumah tangga. Contohnya, kekemasan di bahagian rumah tamu & dapur. Cara-cara menjaga kebersihan dlm penyediaan makanan & minuman, dan juga dr segi menghidang juadah di  meja makan. Contohnya, penggunaan 2 jenis span; satu utk mencuci gelas/ cawan, &satu lagi utk perkakas lain yg mungkin terkena minyak yg melekit.

6) Saya juga perhatikan bahawa ummi amat menjaga kebajikan suami, anak2, menantu2, cucu2, bibik2, ipar2 dan ramai lagi di kalangan sanak saudara mahupun sahabat2nya. Contohnya, makanan dihidang secara proper & lengkap, melayan Papa & anak2 makan walaupun kekadang Ummi tidak menjamah makanan dek kekenyangan. Ummi juga pandai memanjakan papa dgn mengopek sendiri buah2an kegemaran papa spt magga, jambu, epal ataupun pear (walaupun selalu dihabiskan oleh cucu2 yg kerjanya suka buka peti sejuk bilik Siti-panggilan mesra cucu2 buat Ummi).

7) Ummi memang terkenal sbg seorang yg amat pemurah; sebab itulah, saya sedar bahawa Allah SWT selalu permudahkan jalan & murahkan rezeki buat Ummi dlm apa jua bentuk; malah seisi keluarga turut merasai keberkatan ini... Salah satu impak yg ketara dr sifat mulia Ummi yg turut dinikmati anak2 ialah punya pembantu2 rumah (bibik) yg setia & ikhlas bekerja. Pembantu rumah ummi skrg telah bekerja hampir 8 thn- sama dgn pembantu keluarga kami. Begitu juga halnya dgn ipar2 lain-- kalaupun ada masalah, ianya terlalu kecil & bersifat lumrah manusiawi. Umpamanya, bilamana kelihatan pembantu2 ini melakukan kerja melebihi atau di luar rutin biasa, spt ketika mengadakan kenduri di rumah, Ummi akan memberi ganjaran bonus buat semua yg terlibat. Kekadang bila mereka keluar berjalan2 (day-off), Ummi pasti memberi duit poket yg bukannya sedikit!

8) Saya juga belajar dr Ummi bahawa kita perlu ikhlas, berhemah (cakna), berterus terang & jelas dlm berkomunikasi. Ummi seorang yg amat berterus terang; sebab itulah hati ummi bersih tanpa dendam atau ketidakpuasan hati dgn org lain. Ipar2 pun punya sifat yg sama dr segi melahirkan penghargaan ataupun kemaafan. Sedikit demi sedikit saya belajar dr mrk & menjadi mudah melahirkan rasa hati yg amat perlu dlm komunikasi, spt kata2 penghargaan & motivasi kpd suami dan anak2.. juga mudah menzahirkan maaf sekiranya melakukan sebarang kesilapan.
Sidi & Affan (9 bln) di Selehor

9) Begitu juga dgn Papa yg kaya dgn budi bahasa yg hikmah. Papa ternyata seorang yg rendah diri, ikhlas & redha dlm segala urusannya. Papa amat terserlah punya suatu Qudwah Hasanah yg menjadi asas penghormatan anak2 buatnya. Papa boleh menceriakan suasana, mengurangkan ketegangan dan menambah ketenangan dlm keluarga. Cucu2 amat mengasihinya yg mesra dipanggil Sidi. Bila cucu2 berkumpul, Papa akan pastikan mereka solat berjamaah sesama mereka & menentukan giliran imam serta muazzin.
Anak2 bersama Ayah Su Hamdi di suatu hujung minggu

10) Kedua2 Ummi dan Papa selalu memastikan anak2 & cucu2 bersama dlm banyak hal. Setiap hujung minggu, kebiasaannya semuanya akan berkumpul di rumah Ummi & Papa di PJ (hanya 100m dr rumah saya) dan makan malam sama2. Biasanya, kami memasak sama2 ataupun secara potluck. Anak2 & menantu duduk lepak2 & berborak2 ttg pelbagai isu, manakala cucu2 pula bermain bersama2. Suasana sebegini yg diterapkan oleh kedua2 Ummi & Papa amat memberi kesan yg sihat & positif buat perkembangan sosial anak2 kami. Mereka belajar byk nilai2 positif spt taat kpd yg tua, kasihkan kpd yg muda, hormat kpd org lain spt pembantu rumah, semangat kekeluargaan, tolong menolong secara gotong-royong dsb.
Sebahagian drp cucu2 Sidi & Siti

11) Dan.. yang ketara mengesankan saya ialah layanan Ummi & Papa terhadap semua ahli keluarga; anak2, menantu2 & cucu2 yg kelihatannya tanpa membeza2 kan kami semua; malah dlm beberapa hal, keutamaan diberi lebih kpd menantu, hehe! Ini membuatkan saya rasa selesa & seperti berada di kalangan keluarga saya sendiri. Saya boleh menjadi diri saya sendiri tanpa perlu menyimpan perasaan keseorangan. Emosi menjadi tenang dan ini tentunya memberi impak kpd perkembangan anak2..

Subhanallah.. wal hamdulillah.. tak terucap kesyukuran buat-Mu Ya Allah yg mengatur suatu perancangan kehidupan sebegini.. saya tiada alasan lagi utk mengatakan bahawa saya tidak mampu berusaha & terus berusaha ke arah mempertingkatkan pengurusan diri, suami & anak2 demi maslahah ummat terbanyak. Tentulah, mana2 kehidupan tidakkan sunyi dari ujian Allah dan juga tipu daya Iblis laknatullah.. apa lagi sebuah perkahwinan merupakan GEDUNG PAHALA yg mana ganjarannya mencurah2 spt air dlm segala amalan, niat & perkataan seorang suami juga isteri...


All in d family except Amin, Azzah, Nazimuddin & Amelia


Oleh itu, dayung & kail sudah di genggaman.. nah! marilah kita semua para isteri & ibu berusaha utk pertingkatkan ilmu, potensi, kualiti dan strategi dlm diri agar kita sentiasa mampu mencipta seterusnya mengekalkan syurga di dalam rumahtangga & anak2 kita semua demi Jannah-Nya yg abadi di sana....

1 comment: