Friday 9 December 2011

Muhasabah Sedekad Seorang Ibu (Part 1)

Alhamdulillah.. segala pujian & kesyukuran buat Allah SWT yg telah mengAmanahkan suatu 'title' yg tak ternilai harganya kpd hamba yg dhaif ini selama hampir satu dekad. Allah yg Maha Penyayang lagi Mengetahui telah mengizinkan saya memegang Amanah-Nya; 2 putera & 2 puteri selama 10 tahun tempoh perkahwinan kami berdua. Anak2 ini membesar dlm suasana yg pelbagai, melalui warna-warni kehidupan yg bermacam2, juga mengalami fasa2 yg berbeza, selari dgn tingkat keilmuan & pengalaman kami berdua, ummi & abi mereka...

Saya menyedari bahawa kami bukanlah ibubapa yg terbaik, malah sentiasa berusaha & mencari ilmu serta kemahiran keibubapaan yg tiada penghujungnya krn ini juga adalah sebahagian ilmu Allah yg Maha luas yg perlu diterokai tanpa putus asa. Moga2 Allah sentiasa membimbing kami serta membuka hati, minda, mata & telinga kami demi menjayakan pendidikan & tarbiyyah keempat2 permata hati Amanah Allah ini..

Tidak dinafikan proses pendidikan & keilmuan berjalan seiringan secara sedar mahupun tanpa sedar, walaupun hakikatnya proses tanpa sedar itulah memberi efek yg lebih berkesan kpd individu. Bila dihimbau pengalaman sendiri, saya amat menyedari bhw ibu lah yg berperanan luas dlm pembentukan shakhsiah & intelektual diri ini. Seingat saya, ibu atau saya & adik2 mesra memanggil 'mak'..

1) amat mementingkan solat & al-Quran. Solat Subuh, Maghrib & Isha' pastinya berjamaah dgn ayah sbg Imam. Saya teringat waktu kecil dulu, saya & adik, Jimin selalu solat pd rakaat pertama shj. Kemudian mulalah bermain sorok2 dlm kain telekung Mak yg masih solat berjamaah dgn Ayah. Tapi Mak tak pernah marah & tinggikan suara terhadap kami walaupun kami tidak solat, malah mengganggunya solat secara khushu'. Namun, tanpa jemu, Mak selalu menegur secara lembut spt, "Lebih elok wani & Jimin solat sama2 & dpt pahala sama2 dgn Mak & Ayah"... Sedikit demi sedikit, kami punya kesedaran sendiri utk lbh mementingkan solat drp bermain2 pd waktu tersebut.


Aktiviti di waktu ptg sblm keluar bermain2

2) amat menekankan pembacaan Al-Quran yg betul. Mak sendiri mengajar kami mengaji selama sejam antara Mahgrib & Isha'. Mak amat cerewet bab2 tajwid, sebutan huruf & makhraj sebutan tersebut. Bagi mak, tak apalah lambat baca & khatam, tapi bacaan kena betul.. barulah dapat ganjaran pahala dr tilawah Al-Quran.

3) tidak menekankan sangat akademik, malah memberi kami ruang seluas2nya utk bermain2, berkelahi & penyelesaian masalah sesama adik beradik. Kerja sekolah pun jarang ditanya. Sebab itulah, seingat saya, kami adik beradik bukanlah pelajar yg dikategori 'pandai' sewaktu sekolah rendah. Selalu dpt no. belasan ataupun puluhan, hehe.. Bila saya punya anak skrg, barulah Mak nyatakan bhw dek 'time-constraints' sbg ibu berkerjaya menyebabkan dia perlu memilih utk lbh menekankan aspek agama dr segi penjagaan solat & pembacaan Al-Quran krn bagi Mak, apabila bab agama selesai, insyaAllah, urusan dunia lain termasuk akademik akan dipermudahkan Allah, insyaAllah..

4) Walaupun, kami diberi ruang utk bermain seluas2nya, tapi ada 'limit'. Contohnya, hanya boleh bermain di luar rumah selepas Asar & perlu pulang sblm Maghrib. Saya teringat sewaktu berumur 7 thn, saya leka bermain di padang. Tiba2 kedengaran azan Maghrib; terus saya kayuh basikal merah jambu kesayangan pulang ke rumah. Sampai sahaja, ayah sudah tercegat di depan pagar memegang parang (waktu tu, Ayah teramatlah pemarah.. tp sekarang 360 darjah berubah penangan kebijaksanaan Mak!). Apa lagi, saya terus melompat dr basikal & berlari ke rumah sepupu berhampiran. Ayah cuba mengejar saya sampai 3 pusingan, tp tidak berjaya.. dipendekkan cerita, saya jadi serik dan selalu beringat2 walaupun asyik bermain2 bersama kawan agar pulang sblm waktu terlarang (Maghrib).

L-R: Aisy, Ayah, Abg Su & Aminah, Mak, Jimin & Me

5) Kenapa hanya boleh keluar slp Asar? Saya mula sedari bahawa tidak secara langsung, kami diberi kemahiran sosial bersama adik-beradik sendiri dahulu dgn bermain, bergaduh, berbaik semula dsb selama bermain di rumah sendiri. Selepas Asar, barulah kami membina kemahiran sosial dgn kawan2 lain di luar sana. Sebab itulah, perasaan kasih, percaya & 'belonged' kpd adik beradik amat kuat sekali!

6) Mak juga selalu menggalakkan kami meluahkan pendapat & perasaan kpd.nya tanpa syarat. Malah Mak tidak kisah kalau suasana rumah bersepah2 & hiruk-pikuk dgn jeritan kami semua. Bagi Mak, tak apalah anak2 meluahkan perasaan sepenuhnya di rumah sahaja, tapi 'well-behaved' bila ada tetamu & ketika berada di luar rumah.

7) Walaupun rumah tidaklah sekemas & secantik mana, Mak amat mementingkan kebersihan. Contohnya, mencuci najis atau kencing anak2, mak akan pastikan cara yg betul sehinggalah hilang warna/bau/rasa (mcm Us. Don dlm TV Hijrah tu..). Mungkin Mak tidak biasa memakai selipar toilet, tapi saya perhatikan Mak selalu bilas seluruh ruang toilet agar najis (kalau ada) akan hilang dgn pengaliran air tersebut. Bagi Mak, kebersihan seluruh rumah itulah yg penting, bkn sebahagiannya shj. Tapi dulu rumah agak kecil, jd senang diperhati & dijaga. Kalau besar, perlu perhatian & cara yg agak berlainan mungkin...

8) Bagaimana pula Ayah? Ya, tentunya peranan sbg pengurus rumah tangga terletak di bahu seorang isteri & ibu. Namun, Ayah perlu juga seiringan. Macammana? Kesepakatan dlm proses pendidikan anak2 & pengurusan rumahtangga agar suasana lbh jelas tanpa sbrg konflik. Semua di atas adalah hasil persepakatan antara keduanya; di samping Ayah berperanan sebagai 'disciplinary & enforcement' yg menyebabkan kami 'takut' padanya. Kalau tidak, tentunya kami 'naik lemak' dgn kebaikan Mak.. Tapi, hasil kebijaksanaan Mak, walaupun takut, kami tetap kasihkan & hormat Ayah..

9) Mak amat menitikberatkan perkembangan emosi & nilai kami. Di samping kami diberi ruang meluahkan perasaan & menunjukkan all 'd true colours' di rumah, Mak bijak dlm membentuk nilai anak2 terhadap Ayah sesuai dgn peribadi semulajadi Ayah sendiri. Yg mana, ayah yg sememangnya bersikap pemarah (dulu2), dilihat sbg faktor disiplin (memang Ayah tiada kemahiran memanjakan anak2 pun!), manakala Mak lebih kpd tempat meluahkan perasaan. Jadi, kurang 'confusion' atau krisis nilai berlaku di minda anak2. Maksudnya di sini, perlu 'moderate' dlm melayan anak2. Sekiranya, Ayah marah2 anak semahu2nya, kemudian di lain ketika memanjakan anak berlebihan.. maka anak2 akan 'confused' tentang sikap Ayah tersebut dan mungkin akan menyebabkan anak merasakan si Ayah tidak menyayanginya. Jadi sekiranya mendisiplinkan anak, eloklah marah sesederhana mungkin, begitu juga memanjakan anak sesederhana mungkin juga..

10) Mak juga tidak jemu berbual2 dgn kami adik beradik, terutamanya dlm memberi rasional terhadap sesuatu keputusannya agar kami lebih faham & menerima dgn hati terbuka (walau pahit). Begitu juga bila menonton TV, Mak akan bersama2 menjadi penonton & 'pengulas' terhadap apa2 nilai yg ditonjolkan di kaca TV. Contoh, bila melihat aksi berpelukkan, Mak akan nyatakan bahawa kita sbg orang Islam dilarang berbuat demikian. Yg berlakon itu org bkn Islam, sbb itulah sedemikian (Dulu2 kan cerita Melayu takde sgt aksi sewdemikian. Sekarang nk jwb mcmn kat anak2 ye?!)

11) Di samping usaha2 di atas, saya sedari Mak selalu tidak putus2 berdoa agar keluarganya terus dilindungi Allah serta sentiasa diberkati-Nya. Mak selalu Qiyam & tilawah Al-Quran sehingga Subuh... Inilah barakah & besarnya kesan doa seorang Ibu....

Walimah Abg Su & Aminah (11-11-11)
Hari ini, alhamdulillah.. kami adik-beradik menikmati keberkatan hasil pendidikan Mak & Ayah walaupun acuan pendidikan formal yg berlainan. Mak selalu menyatakan bhw;
  • "Kejayaan anak2 Mak hari ini adalah sebenarnya kejayaan Mak; Anak2 Mak blm dikira berjaya lagi krn kejayaan anak2 mak yg sebenarnya terletak kpd cucu2 Mak (sambil menunjuk kpd anak2 kami).."
  • "Mak cukup risau bagaimana anak2 Mak mendidik cucu2 Mak dlm zaman ini & utk mendepani zaman mereka nanti..."
  • Mak harap anak2 Mak dapat berperanan sekurang2nya spt Mak & Ayah; terbaiknya, lebih baik drp Mak & Ayah krn anak2 & menantu2 Mak ternyata punya pendidikan & ilmu lebih dr Mak & Ayah..."

Ya Allah, berkatilah Mak & Ayahku, kasihanilah mereka, rahmatilah mereka sebagaimana mrk mendidikku sewaktu kecil.. Ya Allah, panjangkanlah usia mereka .. krn kami masih dahagakan kasih & bimbingan mereka dlm menunaikan tanggungjwb kami sbg suami, isteri & ibubapa buat anak2 kami...

Benarlah, ibu & bapa adalah guru & pembimbing sepanjang hayat hinggalah ke Jannah-Nya..

Ya Allah, teruskanlah membimbing kami serta lindungilah keluarga & keturunan kami dari fitnah akhir zaman-Mu ini...Ya Allah Ya Mujibud-Du'a...


1 comment:

  1. br tau pasal blog k.wani nie. keep up menulis kak, suka baca tulisan akak. Btw, do visit mine also... (ina cert)

    ReplyDelete