Awal minggu ini saya bertugas sebagai 'Chief Invigilator' di Dewan Bankuet, CAC. Seperti biasa saya angkut laptop untuk menyiapkan banyak tugasan yang tertangguh dan mencari satu sudut buat stesen kerja. Akan tetapi kali ini sibuk betul jadinya kerana perlu mengendalikan 2 kes. Kebetulan pula, sama-sama bertugas dengan sahabat-sahabat dari Jabatan lain seperti Prof Rafikul, Dr Wan Rohaida, Dr Husna & Prof Salamah. Kecuali Prof Salamah yang merupakan jiran sebelah bilik, yang lain seumpama lama betul tak ketemu. Kami ini walaupun satu fakulti, memang jarang sangat berjumpa sebab faktor lokasi bilik pejabat & kuliah yang berlainan tingkat; sementelah saya jenis sampai ofis, parking, terus masuk bilik & jarang sangat keluar kecuali untuk ke kuliah, atau ambil 'print-out' atau ke bilik air. Tapi boleh dikatakan selalu uzlah lah dari 9-5 sebab bawa bekal dan jaga wudu' sehingga Asar. Maka banyak lah modal perbualan kami ni.
Program KENMS terakhir Dr Asyraf - IEEP 2007 |
Seawal ketika merekod kehadiran saya, kedengaran soalan Prof Rafikul, "Will Dr Asyraf contest for VP?" Saya terus jawab, "No!" yang disertai dgn gelakan Dr Wan Rohaida, "Cepat betul akak jawab, hahahaha!" Diikuti pertanyaan seterusnya, "Supreme Council?" ... "No! Don't think so!" diikuti hilaian mereka. Nampak Dr Rafikul kebingungan. Kami tangguhkan perbualan kerana sudah tiba masanya memanggil para pelajar memasuki dewan. Seperti biasa, Chief Invigilator akan mengingatkan 'things-to-do' dan 'Dos & Donts'
Di pengakhiran masa ketika kertas jawapan dikutip, Prof Rafikul terus bertubi-tubi bertanya seperti dah lama menahan untuk melontarkan isi hatinya.
"Can I know whether Dr Asyraf has been paid for his service in the party?"
"No. He has been serving the party fi sabilillah since 2018."
Dr Rafikul nampak terkejut, "How do you survive then?"
"Well, we are fine because we are financially independent; no loans, no debts. Our expenditures are only for foods, utilities & education, plus our moderate lifestyle- not extravagance but just enough"
Bila fikir kembali, memang susah orang nak percaya yang kami hanya 'single income-earner' selama 5 tahun ini. Saya pun kadang-kadang tu pelik juga sebab macam tak terasa kesempitan. Takde lah mewah, takde lah susah, tapi cukup untuk menggembirakan ibubapa & ahli keluarga, alhamdulillah.
Saya pernah kongsikan pengalaman sedari awal perkahwinan bagaimana saya belajar dari suami tentang pengurusan kewangan secara baik & bijaksana. Antaranya;
- Simpanan 'reserve' yang kita buat2 tak nampak sebanyak 6 bulan gaji (jika kerja bergaji); jika berkerja sendiri perlu 12 bulan gaji
- Jika beri hutang kepada orang lain, ianya dikira 'risk' yang mungkin kita tak dapat balik dah, jadi tak dikira harta kita lagi
- Berbelanja berhemah ikut keperluan, bukan kehendak. Memang bawa senarai pegi shopping ok
- Elakkan berhutang, kecuali bila perlu sahaja. Itupun dah kira bila akan dilangsaikan agar akaun kembali 'balanced'. Selagi belum bayar hutang sepenuhnya, memang perbelanjaan dikawal seketat-ketatnya.
- Melabur di tempat yang berisiko rendah seperti 'Mutual funds', takaful, Tabung Haji dll.
- Tidak membeli hartanah atau kenderaan untuk pelaburan; hanya yang dipakai/didiami sahaja
- Membeli buku
- Bersedekah
- Bayaran wajib seperti zakat dan cukai selalu dibundarkan dan bayar lebih. Katanya, "takpalah untuk Baitul-mal & Negara"
- Berbelanja makan keluarga, sanak saudara & kawan-kawan
- Makan di rumah
Projek terakhir di ISRA - History of IF in Msia (2013) |
Cukup 5 tahun Allah SWT beri peluang bersenang-lenang sebelum di'hantar' berkhidmat di dalam kerajaan pula. Ketika dalam industri kewangan ini juga lah tempoh di mana suami berpeluang menyimpan lebih banyak. Ketika di dalam kerajaan, jumlah perbelanjaan lebih kurang sama dgn simpanan; malah lebih banyak keluar ketika mula diberi 'kawasan angkat'.
"I really hope one day Dr Asyraf will rule the Government because there are lots he could do. I still remember Dr Azmi Omar (was the Dean KENMS when we joined the kulliyyah back then) mentioned that Asyraf will be a great figure in the future!"
"Hmm, I don't know about that. You know, we used to think when Asyraf left IIUM to join the 2008 election that we wanted to change the World"
"But after lots we have gone through all these years, we now believe that winning any PRU or getting any post is not the only way; but the opportunity to involve in shaping the nation in whatever capacity is the most important. And this can only be realized if the party is strong and solid."
"Well, the Nation may not be completely prosperous, the party may not be completely clean, the problems may not be completely resolved during our life-time. Maybe the ideal world will only be achieved during our next generations. But at least, we are given the opportunity to be a part of those striving for the betterment today."
"May Allah SWT accepted our small efforts & endeavors as ibadah & jihad, aminnn"
"Assalamualaikum Datin, sorry for the late update. Unfortunately, currently the bank is on hold from drawing new PEP member/associated with PEP to avoid any future disputes. Anyways, thank you so much for your interest and your time to consider. Should you have any other qualified individual to suggest for this role, do let me know. Again, thank you very much and have a nice day ahead Datin."
Setiap kali menerima berita begini, saya jadi tergelak sorang-sorang dengan perasaan bercampur-baur.
Tim Kajian 2007-2009 |
Rasa bangga juga dengan BNM dan juga diri sendiri kikikiki! Untuk pengetahuan, Dokumen Polisi BNM Tadbirurus Shariah 2019 adalah revisi terkini kepada Kerangka Tadbir Urus Shariah BNM 2012 yang merupakan antara implikasi dari kajian kumpulan kami (Dr Rusni, Dr Aznan, Dr Fuad Sawari, Dr Akhtarzaite dan Dr Uzaimah).
SGF2012 secara 'implied' melarang individu yang memegang jawatan dalam parti politik untuk dilantik sebagai Penasihat Shariah. Sebab itu lah, bila suami tiba-tiba dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti pada November 2013, dia diarahkan BNM utk melepaskan kesemua jawatannya di institusi kewangan Islam serta-merta.
SGP2019 pula secara jelas dan literal melarang perkara di atas, malah turut merangkumi semua yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli parti tadi yang dikenali sebagai 'Politically-exposed person' (PEP). Jadi, saya tidak terkecuali. Semasa perkhidmatan saya dipendekkan tahun lepas, saya pernah bertanya kpd pihak BNM adakah disebabkan status PEP ini, tapi mereka menafikan. Namun selepas beberapa kali menerima text seperti di atas, saya faham lah.
Tim Kajian 2010-2014 |
Tipu lah jika saya tak rasa sedih. Saya fikir, kenapa saya rasa sedih? Saya nak apa sebenarnya? Apa niat saya semasa berkhidmat sebagai Penasihat Shariah selama 15 tahun?
Ya, saya seorang yang sentiasa dahagakan ilmu dan cabaran baru. Saya ingin belajar secara terus dari industri agar saya dapat berkongsi ilmu dangan para pelajar. Dan juga rasa seronok bila jumpa geng sekali sekala. Itu lah dunia saya selama 15 tahun ini selain UIA dan keluarga. Tapi kan bila saya fikir semula, sebenarnya, ada banyak lagi peluang selain daripada kepenasihatan untuk saya terus belajar dan menyumbang kepada industri yang sudah sebati dengan jiwa ini.
Apa lagi bila menerima teks pesanan suami, "Its ok, Allah dah bagi kita rasa mcm2 dah. Mungkin ada lebih baik lagi Allah nak bui"
Bila dicongak-congak:
- Lagi 10 tahun saya akan bersara wajib dari UIAM
- Sudah berkhidmat dalam bidang akademik selama 22tahun; industri kewangan 15 tahun
- Anak-anak dah besar. Tak lama lagi nak dapat menantu & cucu (jauh planning nih, kikikiki!)
- Menubuhkan Pusat Kajian & Latihan Takaful & Kewangan Sosial di KENMS
- Program anak angkat Jabatan Kewangan KENMS
- Siapkan 2 buku Teks (yang dah dragged 4 tahun)
- Bawa suami travel jauh-jauh
- Manjakan diri pegi spa, kuruskan badan, manicure pedicure (namorimau tu), nak cantikkan diri untuk suami, kikiki!
- Nak beranak no. 7, oppps!
- Jadi Rektor atau Presiden UIA hahahahaha!