Antara rutin sebelah malam adalah 'berperang' tidurkan anak-anak. Yang kecil cara begini; yang besar cara begitu. Kadang-kadang sampai tertidur sekali dgn anak2 sehingga suami kejutkan utk 'tidor ttepak'. Malam ini, mungkin kurang aktiviti tawaf bilik anak2 jadi idea menulis ttg anak ke-5 tidak terganggu. Idea untuk menulis mcm2 tu sememangnya selalu ada tapi kerap terbantut. Begitu lah.
Kembali kepada subjek utama pada hari ini.
Sememangnya, selain dari keistimewaan unik berlainan di antara anak2, kehadiran mereka juga seiring dgn pelbagai warna-warni sejarah keluarga kami. Setiap anak mengimbaukan kami kpd pengalaman silam yang amat bermakna utk dikenang serta dimuhasabahkan.
Selepas Azzah (nanti lah bila Ummi dtg angin kuskus lain, akan cuba dinukilkan kisah cikmek ni), saya pernah mengalami satu pengalaman keguguran pada Ogos 2012 (https://irwaniscupoftea.blogspot.com/2012/09/pengalaman-suatu-kehilangan.html). Waktu itu merupakan Fasa di mana karier kami berdua di dalam industri kewangan Islam berada dalam kelajuan yang maximum.
Suami sebagai Ketua Penyelidik ISRA kerap 'outstation' ke luar negara boleh dikatakan setiap bulan hatta dalam beberapa kali saya sempat berjumpanya seketika di klia untuk menukar beg pakaian baru sewaktu dia transit sebelum ke destinasi seterusnya.
Kebetulan saya juga amat sibuk menyusuaikan diri dengan amanah baru sbg Pengerusi Jawatankuasa Shariah, Bank Standard Chartered Saadiq yg ada kalanya perlu ke off-site meetings. Tambahan pula baru menyertai JK Shariah AmTakaful (sekarang Ammetlife Takaful) dalam masa yg sama sebagai Felo Penyelidik ISRA sepanjang cuti sabatikal dr Julai 2011 hingga ke Jun 2012. ISRA pada masa ini baru 3 tahun beroperasi; maka saya diamanahkan untuk membantu Ustaz Ali Jinnah yang baru menyertai ISRA dalam kajian berkaitan Takaful.
Sempatlah bersama-sama mengangkut barang-barang ofis berpindah dari Menara Tradewinds ke Bangunan ISRA-INCEIF (sebelum itu adalah antara premis latihan BNM) di Jalan Universiti hari ini. Memandangkan saya adalah felo berstatus kontrak, bilik saya di tingkat bawah bersebelahan kolam renang. In fact, saya keseorangan di situ pada awalnya sebelum Ustaz Bahroldin dan Puan Apnizan 'check-in' beberapa bulan kemudiannya. Tak boleh bayangkan macammana saya boleh berani sorang2 di hujung bilik yang sunyi sampai malam masa tu, huhuhuhu! Begitu lah namanya 'kerah panaaaaah'!
Bab pengurusan rumahtangga & anak2 macam biasa lah takkan habis-habis 'drama' Ummi ni. Tahun 2012 juga kami menukar Ammar dari Setiabudi ke SK Taman Sea. Banyak pertimbangan, antara yg utama adalah sebab logistik kerana faktor sabatikal saya. Jadi saya juga agak 'occupied' dengan Ammar yang agak struggle menyesuaikan diri di sekolah SK dengan kawan2 dari pelbagai kaum & latar belakang serta guru2 yang pelbagai juga. Dilantik sbg Naib YDP PIBG pula, lagi la drama. Namun, bila dihimbau begini, pengalaman di SKTS inilah merupakan antara titik tolak penting yang banyak meningkatkan keyakinan serta jatidiri Ammar, iaitu bilamana Ammar diberi kepercayaan mewakili sekolah dalam Hafazan di MTS sehingga ke peringkat Daerah.
Pada bulan Jun 2012, dengan backdrop karier yang laju begini saya hamil sekali lagi. Saya masih ingat lagi sewaktu berkejar ke mesyuarat JK Shariah Standchart lewat Ogos itu, memandu Ssangyong berpusing-pusing mencari parkir, di tingkat 6-7 tiba-tiba 4WD itu mati dekat dengan sudut naik ke tingkat atas. Saya maklumkan ahli mesyuarat lain dan meminta beberapa staff lelaki yg gagah perkasa utk membantu saya alihkan kenderaan ini ke tepi sedikit disebabkan kedudukan yg agak berbahaya utk kenderaan yang naik dari tingkat bawah dek kerana sudut hujung ke hujung di sesuatu tingkat yang agak tajam ~ siapa yang biasa menggunakan parking Menara Standchart pasti memahami maksud saya ini. Arggg, tak ssempat jejaka2 ini sampai, saya dah tolak 4WD ini sendirian ke ruang tengah sikit. Bila suami mendapat tahu bab ni, pedih telinga saya mendengar leterannya tapi biasa lah, saya tersengih kerang je. Nak justify pun, no point. Memang dah jenis kamikaze kan. Tapi tu lah, saya keguguran buat kesekian kalinya.
Sambung cerita suami yang kerap ke luar negara pula. Ada satu ketika, masa kami bersembang berdua, suami pernah meluahkan rasa hatinya, "Abang ni, dah entah hampir pelbagai ceruk dunia dah pergi; semua kelas kabin penerbangan dah merasa hatta 1st Class; menetap di pelbagai jenis bintang hotel hatta kalau ada 10bintang pun agaknya dah merasa" ~ bab ni memang saya geram sebab tabiat suami suka ambil video suasana biliknya yang besar dan usik saya utk bengang sbb tak ikut dia, aaarggg!
"Tapi kan..." sambung suami, "Kenapa Abang rasa macam tak puas, rasa kosong jiwa; hati tak rasa penuh dan puas hati macam kita buat program dakwah dan duduk dengan orang kampung!"
I was like, whattt?!
Dalam saya dok kelip-kelip mata tu, suami sambung lagi, "Ya lah, memang la apa yg kita buat sekarang ni ~ menulis, mengajar, beri latihan juga adalah bentuk dakwah dan tarbiyyah dalam industri kewangan, tapi mad'u kita masih berlegar dalam dunia yang agak elit dan ekslusif, bukan mad'u yang pelbagai di 'grassroot'. Banyak permasalahan sosial yang 'real' di bawah sana yang kita terlepas pandang. Allah! Kehidupan kita ni memanglah senang tapi kira complacent betul. Abang takut Allah SWT soal kita nanti!"
Aaaaaaa, dalam hati saya, dia dah mula dah. 5 tahun dulu pun skrip lebih kurang. Tapi saya angguk-angguk saja. Tak tahu nak komen apa. Saya faham sangat hati dia sebab jauh di sudut dalam hati saya pun, saya berkongsi rasa sama. Ya lah jiwa kami jiwa da'ie dan murabbi. From the on set lagi, dah pasang niat - apa saja pekerjaan adalah demi Allah SWT melalui dakwah & tarbiyyah tak kira lah dalam apa saja pekerjaan & profession. Saya rasa, dengan niat ini lah ALlah SWT lorongkan kami kpd pelbagai jalan dan roda-roda kehidupan serta perjuangan sehingga ke hari ini. Bila sudah hampir timbul rasa 'complacent', stabil dan senang, Allah lorongkan ke fasa lebih tinggi lagi. Begitu lah.
Aisey, asyik melencong je penulisan ni. Bila la nak habis-habis!
Kembali kepada rutin suami yang kerap outstation dalam tempoh 5 tahun itu. Balik je dari permusafirannya, pasti ada saja buku-buku baru sehingga kan di banyak sudut bilik penuh dengan buku-buku dia. Memang rutin harian dia, membaca sebelum tidur. Keesokkan pagi, terus taptap menulis. Agaknya idea bercambah masa tidur kottt. My point is, bilik, rumah jadi 'bersepah' dgn buku-buku. Bilik bacaan aka 'library' di tingkat bawah (sekarang bilik rehat keluarga) dah melimpah-limbah buku. Ketika itulah, kami membuat keputusan untuk 'renovate' rumah dengan menambah ruangan luas di tingkat atas seiring dengan ruang di tingkat bawah. Suami visualize nakkan ruangan 2-in-1 yakni surau dalam perpustakaan yang diinspirasikan drp kediaman idolanya, Almarhum TS Professor Mahmud Saedon di Brunei Darusslaam.
Maka ding dong ding dong, kira kos bagai, tengok simpanan macammana, akhirnya penghujung September 2012, bermula lah kegiatan ubahsuai major. Kami semua menumpang di rumah papami selama beberapa bulan kemudiannya.
Dalam masa yang sama, suami sibuk dengan projek buku Sejarah Kewangan Islam Malaysia yang ditaja Maybank Islamic, dibantu Dr Syahida dan Pn Apnizan. Projek ini memerlukan mereka merujuk kpd bahan-bahan sejarah yang pelbagai serta menemuramah ikon-ikon utama dalam Dunia Kewangan Islam Negara dan Global. Pada Februari 2013, Tim Kajian ini meneruskan kajian ke UK~ mencari dokumen2 penting sejarah di British Museum, National Archieves, Markfield Institute of Higher Education dan juga menemuramah beberapa figura penting. Saya ikut sekali. Ya lah ambil kesempatan 'balik kampung' ziarah tempat tinggal & belajar peringkat PhD dan juga kenalan2 di sana.
Sekembalinya ke tanahair, saya hamil alhamdulillah. Awal Mei, rumah kami siap sepenuhnya.
Suami seterusnya fokus kpd penganjuran Muzakarah Cendikiawan Syariah Nusantara (MCN) yang merupakan antara acara tahunan ISRA. Tahun 2013 adalah giliran Singapura pula, kalau tak silap pada 29-30 Mei 2013. Seperti sahabat2 seangkatan lain, saya turut menyertai MCN mewakili Standchart bersama Dr Hikmatullah.
Saya masih ingat. Isnin malam sebelumnya, kami detim berdua sempena ulangtahun perkahwinan ke-12. Di mana lagi kalau bukan tempat feveret suami iaitu MV (kikikiki!). Masa inilah suami maklumkan yang dia perlu ke Putrajaya pada keesokkan harinya di mana kami dijadualkan bertolak ke Singapura pada petang Selasa 28/05/2013. Kata suami, pejabat PM memanggilnya selepas waktu tengahari. Saya mencongak-congak masa. Ok lah, kita janji jumpa di Subang terus.
Keesokkannya, sedang saya menikmati mee kuah di Subang, suami sampai spt dijanjikan. Wajahnya, hmmm, macam lebih kurang 5 tahun dulu. Konfius walaupun tersenyum-senyum. Cerita suami, rupa-rupanya PM memintanya membantu menangani krisis kepimpinan & pengurusan di YADIM. Ikutkan, PM mahu terus memberi surat perlantikan pada keesokkan harinya!
Saya pandang je wajah suami tak berkelip-kelip. Aaaaaa, sambung makan lah, hahahaha!
Ujar suami lagi, "macammana ya. Kerja kerajaan ni mesti Abang 'culture-shock'. Suasana lain nanti. Gaji pun sure jauh dari yang dapat sekarang; advisory training bagai ni tak tahu lah macammana nanti"
Konflik betul nampak dia. Surpppp, saya hirup habiskan kuah. Saya lap mulut (sekali dengan lekcu pun habis hilang kikikiki!) Saya pun pelik sebenarnya. bila dia macam hilang arah begini, saya tenang pula.
"Bukan ke ini yang Abang nak sebelum ni kan? Kerja Dakwah di lapangan sebenar. What I know with YADIM you can do any form of dakwah under the sun and moon without any restriction!"
"Ya lah, betul lah... mungkin ganjaran duniawi tu akan berkurangan lah sedikit: tapi peluang untuk dapat ganjaran dan saham buat akhirat sedang menanti Abang tu nanti. Istikharah dan Istisharah lah."
Suami diam, Berfikir. Registering agaknya.
Jom lah, boarding now.
Hari-hari berikutnya di MCN berjalan dengan jayanya seperti dirancang. 3 malam berturut-turut itu juga, di negara Singa itu, suami bermunajat, merenung, bermuhasabah diri. Di samping memohon bimbingan taufiq Allah SWT, saya kira suami juga berusaha untuk memujuk hatinya untuk bersedia buat apa saja mendatang.
Betul lah, sekembalinya kami ke KL pada Jumaat, 31/5/2013 suami terus ke Masjid Negara menunaikan solat Jumaat. Di situ juga dia menemui PM yang ternyata terus menghulurkan surat perlantikan sebagai YDP YADIM yang berkuatkuasa pada 3/6/2013.
Tiba-tiba je kan? Hmmmm, begitu lah. Dan sebenarnya siri terkejut-terkejut seperti ini akan berulang lagi pada masa akan datang. Sebab itu lah, saya selalu cuba bersedia untuk apa saja kejutan mendatang agar saya mampu bertenang dan nampak tenang untuk suami tercinta.
Di sebelah petang Jumaat itu, suami terus bergegas ke kediaman Dr Akram Laldin untuk mengkhabarkan tentang perlantikan yang tiba-tiba ini. Dr Akram tenang menerima berita malah memberi sokongan sepenuhnya. "I know you are meant to be there one day. Ana sokong enta. Teruskan dakwah enta. Isnin nanti lah enta tender formal resignation"
Maka pada Isnin minggu seterusnya, bergegar ISRA. Ya lah, angin takde, ribut tkde. Dah lah baru habis dengan program besar. Berehat di hujung minggu. Ada beberapa researcher yang sambung bercuti untuk berehat. Tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini. Dr Asyraf letak jawatan 24jam!
“Hari ini (3 Jun 2013) dengan berat hati terpaksa meninggalkan organisasi ISRA yg daripada awal saya diamanahkan utk bantu membangunkannya demi memartabatkan agenda Kewangan Islam Negara yg betul2 genap 5 tahun. Rupa2nya setiap kali hidup ini rasa sudah sempurna dan selesa, Allah akan beri ujian yg lebih besar. Ya Allah, Engkau berkatilah dan redhalah keputusan yang dibuat utk menggalas Amanah yg lbh besar demi agenda AgamaMu yg pasti jalannya tidak mudah bahkan lebih berliku. Permudahkanlah jalannya dan jauhkan diriku daripada segala fitnah. Sesungguhnya tiada lain yg aku inginkan melainkan Redha dan RahmatMu jua.”
Ada beberapa staff yang bercuti datang ke pejabat untuk 'bid good bye". I would say, it was a very heartbreaking moment, for us and them too. Walaupun saya tiada di sana, diri seperti dapat merasakan suasana suram & pilu, apatah lagi ini semua berlaku secara mengejut.( sambil menaip ni pun saya seperti kembali ke momen sedih itu sehingga menitiskan air mata, huhuhuhu!)
Dr Said secara spontan telah mengekspresi satu syair yg indah lagi dalam maknanya..
قال ابن زيدون، أحمد بن عبد الله القرطبي الوزير الأندلسي:
a) Distance has replaced our closeness, and our pleasant relations have been sundered.
b) We are no longer together [at ISRA] but our hearts still long to be with you and our tears have not dried.
c) When our hearts called out to you, grief would have almost overcome us had we not found solace.
d) Our days have been darkened by your absence while by your presence even the nights were brightened.
e) Life was free of troubles because of our unity, and our [work] place was pure due to our sincerity towards one another.
f) We drew down the boughs of association and plucked its fruits as we wished.
g) Our relations during that period of joy were watered by springs. You were for us [in ISRA] like sweet basil.
h) Think not that distance will change our relations though distance changes the [hearts of] lovers.
i) By Allah, our hearts never wished for a change nor did our hopes turn away from you.
Semenjak itu, bermula lah karier baru suami. Bekerja dengan kerajaan dalam institusi Islam. Amat tidak mudah sebenarnya. Budaya kerja lain, seni pengurusan lain, segalanya lain. Di awalnya ada baaaaanyak dugaan & ujian. Surat ugut tu biasa lah. Bukan mudah utk membawa perubahan terutama kpd cara & skop bekerja seperti di institusi bukan kerajaan.
Akan tetapi ternyata suami kelihatan puas. Susah tapi puas. Sibuk tetap sibuk. Outstation tetap sama cuma di dalam negara kebanyakkannya.
Bulan berganti bulan. Cepat betul hari-hari berlalu sehingga lah munculnya November. Saya ingat lagi pada hari bekerja minggu itu, saya seperti biasa berjalan merata-rata dengan kandungan berusia 36minggu+. Cara jalan pula seperti lipas kudung seperti nak berlari saja. Terserempak dengan Prof Rokiah dan Prof Selamah.
"Irwani, you ni macam dah nak meletup anytime je nampaknya. You baik hati-hati. We all dah ada pengalaman bawa Dr Husnayati ke LR sebab dia contraction di pejabat! At least masa tu Kampus PJ dekat je ke PPUM. Ni kita kat Gombak, jauh nak berkejar ke PJ kalau you tiba2 sakit nak bersalin!"
Saya gelak je. Konfiden cakap lambat lagi. Tapi kalau apa-apa sekalipun, beg hospital memang dah sedia dalam kereta.
Hujung minggu yang sama, iaitu di pagi Sabtu 9 Nov, selepas Subuh sempat borak dengan Ustazah Noraslina yang sedang di'induce' sebab dah over-due. Macam-macam kami borak. Ya lah nak distract Ina dr kesakitan & kebosanan. (Alhamdulilla Ina selamat melahirkan Maryam pada tanggal 10/11/2013)
Selepas itu, saya tiba-tiba rasa pelik dan tergerak hati nak periksa pergerakan bayi dalam kandungan. Senyap jer ni. Ketuk-ketuk pun senyap. Jalan-jalan, lompat-lompat pun masih senyap. Still. Selepas dhuha, tanya apa plan suami di pagi itu. Katanya ada inter-school alumni futsal di Seksyen 14.
"Abang boleh tak tolong drop kan Wani di DSH; saja nak cek baby; kenapa la senyap je ni. Nanti apa-apa, wani update lah."
Sampai di DSH dalam jam 8.30pagi. Daftar dan terus ke ti ngkat2 untuk pemeriksaan. Ingatkan suami drop jer dan terus ke futsal. Entah kenapa dia ikut sekali. Nurse buat pemeriksaan. 3 kali dia periksa dan 3 kali juga dia tanya, " Doktor ada rasa sakit tak". Ketiga-tiga kali la juga saya jawab, "Takde sakit pun"
"Pelik ni. Betul ke takde rasa sakit sikit pun? Sebab dah buka 5cm ni!!"
Terkejut la ambo! "Haaaaaa! Tapi saya tak rasa apa-apa lagi ni. Belum 'in labour' lagi kot. Saya balik dulu lah. Nanti bila dah mula rasa contraction, saya terus datang, ok? Lagipun, esok ni anak saya ada graduasi Tadika, jadi paling awal saya kembali tengahari esok, boleh?"
Nurse tersebut menyekat saya, "Tak boleh Doktor, Dr Maz cakap Doktor confirmed akan bersalin sebelum tengahari hari ini juga!". Saya masih berkeras untuk standby di rumah yang takde lah jauh pun dari hospital. Tapi suami bertegas untuk saya stay. Kemudian dia ke kereta mengambil beg hospital saya. Sementara itu, saya mula check-in LR.
Pertama kali ni masuk LR dalam keadaan tenang dan releks. Sambil nyanyi tukar baju. Minta nak makan sambil memerhati keadaan bilik bersalin, tengok meter dengupan jantung bayi dan juga tahap contraction saya. Macam tak percaya bila melihat graf yang saya sememangnya sedang alami contraction. Pelik ni, kenapa tak rasa apa-apa lagi ye?
Jam 10.30pagi, Nurse tambah dose ubat. Saya releks lagi. Suami sedang duduk di sofa hujung bilik membelek2 berita di telefonnya. Tiba-tiba, jam 11pagi zzapppp saya rasa sakit kuat mendadak. Sakit sangat. Menahan sakit dengan teknik pernafasan sehingga mengalir air mata. Bila rasa macam tak berapa nak boleh tahan, saya panggil suami. "Abang, sini lah. Tolong lap2 muka Wani ni. Picit2 sikit." hahahaha, masa ni la merasa jadi Tuan Puteri! Suami mula lah gabra bila nampak saya kesakitan. Padahal anak ke-5 ni tapi bab gabra menten kikikiki!
Tak lama kemudian, rasa macam nak meneran. Panggil Nurse dan Doktor. Diaorang semua datang jer, ok dah 10cm. Go ahead. Finally, 11.30pagi, keluar lah baby. Putih melepak nya boboy sorang ni. Suami diberi peluang memotong tali pusat. Selepas siap azan & iqomat.. "Wani, Abang nak pegi futsal ye. Team SMAPL masuk final". hahahahaha! Loh laaaaaaah Ambo nok tidur, rehat.
2 hari kemudian, kami kembali ke rumah. Hampir seminggu tak dapat nak finalise nama sebab 'khilaf' antara Papami. Sehingga nak sembelih kambing untuk majlis akikah yg dijadualkan pada Sabtu beikutnya (iaitu hati ke-8) pun masih belum confirmed nama. Jadi diniatkan ketika penyembelihan sebagai 'Ibn Asyraf Wajdi'.
Hari ke-7 malam hari ke-8 tu, akhirnya Mi beri kata putus, "Azzam pun Azzam lah!"
Selesai bab nama dan majlis Aqiqah pada 16/11/2013.
Beberapa minggu kemudian, di ambang PAU, ketika memandu ke Putrajaya suami mendapat tahu melalui telefon ketika berbincang sesuatu dgn TSMY bahawa dia telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi. Bagaikan bom, terkejut sungguh sehinggakan suami terlibat dgn kemalangan kecil di LDP pada malam itu. Akibatnya, kenderaan kami teruk kemek di bahagian depan keseluruhannya.
Beberapa hari kemudian, suami bertanya kpd Presiden akan sebab melantiknya ke jawatan parti yang rupa-rupanya menjadi dambaan ramai.
"Sir, why do you appoint me as MT? You know that I have to leave everything in Islamic Finance industry because it's against BNM Regulation to hold any political post." (Peruntukan terkini di dalam Dokumen Polisi Tadbirurus Shariah BNM 2019)
"We want both of your feet in the party. Please help me for Islam."
Aisey, pandai betul Presiden ni guna 'peluru' yang melemahkan suami sehingga dia terkelu bahasa dan tidak dapat memberi alasan lagi.
Satu lagi pengorbanan besar yang benar-benar menguji keimanan dan kebergantungan total kepada Yang Maha Mengetahui lagi Maha Merancang segalanya.
Untuk pengetahuan, jawatan dalam parti adalah 'incomeless'. Fisabilillah ye.
Pun begitu, suami nekad dan tidak lagi menoleh ke belakang. Ya lah, semangat untuk menyumbang terus kepada agama & tanahair bila diberi peluang sebenarnya mengatasi dari faktor kepentingan lain hatta bab kewangan atau habuan material. Apa lagi ketika itu, kedudukan kewangan kami sudah stabil. Tiada lagi hutang kecuali bayaran kepada UIA kerana breach of SLAB contract ~ cerita 5 tahun sebelumnya semasa suami meletak jawatan 24 jam kerana pru12. Yang ni pun manageable kerana bayaran dibuat secara ansuran dan ditolak terus dari gaji bulanan saya.
And the rest was ... history!
Begitu lah cerita kelahiran anak no 5 kami, Azzam bin Asyraf Wajdi yang penuh sejarah sebelum anak ini hadir di alam rahim dan seterusnya selepas kelahirannya.
Memandang wajah anak bertuah ini, hati saya pasti akan berdebar-debar mengimbau pelbagai rasa terpendam di setiap fasa pelbagai ketika itu. Yang pasti, pengalaman tersebut merupakan satu lagi medan tarbiyyah serta pertambahan ilmu buat diri ini yang menjadikan saya sebagai individu hari ini.
Azzam oh Azzam, anak bertuah Abiummi, cik Awe donde yang paling hensem putih melepak, comel sangat, manja kedekdek wek mengalahkan Yah.
Selamat Menyambut Hari Kelahiran ke-8, Azzam!
UmmuAbi sayang Azzam sooo much!
UmmiAbi doakan Azzam sentiasa 💓
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Hari Kelahiran ke-8 buat anakanda Maryam Afifah binti Zaharuddin, puteri solehah Ayah dan Ummi 💕
للَّهُمَّ امْلَأْ قُلُوْبَ أَوْلَادِنَا نُوْرًا وَحِكْمَةً وَأَهْلِهِمْ لِقَبُوْلِ نِعْمَةٍ وَاَصْلِحْهُمْ وَاَصْلِحْ بِهِمُ الْأُمَّةَ
"Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang sentiasa menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka", Allahumma amin!
#azzamasyrafwajdi #yadimbabydawd