Thursday, 18 January 2018

10 Tahun sudah, Alhamdulillah :)

18.01.18

Cantik rupanya tarikh hari ini. Sepuluh tahun sudah umurnya anakanda ketiga Abiummi ini. Umur ini ada signifikannya. Umur ini adalah antara permulaan tahap ke arah kedewasaan dan kebertanggungjawapan. Maka tidak hairan lah, dalam soal pendidikan rohani dan amali, penguatkuasaan harus bermula pada tahap ini!

Anak ini amat istimewa tentunya,seperti Abang, kakak dan adik2 nya yang lain punya kelebihan unik tersendiri. Hari Kelahirannya sentiasa menjentik nurani Abiummi untuk berpandang ke belakang, merenungi, mengingati kembali serta bermuhasabah terhadap apa yang kami sekeluarga lalui 1 dekad yang lalu.

Anak ini anugerah Ilahi ketika Abiummi di tahap paling tinggi dalam mengejar impian sebagai ahli akademik. Abiummi sepertinya berlumba-berlumba menghasilkan makalah2 serta kajian dalam bidang yang kami sama2 berkongsi minat. 

Anak ini ketika semakin membesar di Trimester ketiga, Abiummi sepertinya dihempap 'bom' (hahaha, tak pasti betul ke tak deskripsi ini.. tapi ini lah yang Ummi rasa sampai skrg), bila mana Abi dipelawa melangkah ke alam lain. Alam yang umpama langit dan bumi darii kehiduan kami pasda masa itu. Alam yang penuh dengan ketidakpastian. Alam yang dipenuhi dengan perbagai jenis ragam dan pemikiran. Alam yang jalannya penuh liku lagi berduri. Alam yang gelap dan jalannya tidak pasti penghujungnya sehingga sukar mengenali arah, kawan atau lawan. Alam yang pasti menguji keimanan kami dari pelbagai arah.

Setiap kali Ummi membuka nota pengajian tentang kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail ('alaihumassalam), hati Ummi sepertinya dijirus air nan dingin yang menenangkan jiwa. Ya, apa sgt dgn sedikit ujian yg Allah SWT berikan ini jika berbanding dengan dua beranak yg mulia ini.

Nabi Ibrahim mengambil masa 3 hari 3 malam untuk berfikir dan merenung tentang perintah Allah SWT terhadap baginda (Hari Tarwiyah), Abiummi mengambil masa 3 bulan untuk bermuhasabah, mendidik diri agar bersedia dan redha dengan apa sahaja taqdir serta lorongan yang Allah SWT rancangkan buat kami. Ya, bukan mudah sebenarnya. 3 bulan itu adalah tempoh yang penuh dengan ketidak tentuan, ketidakpastian seperti kami tersasar dari arah perjalanan kami. Sampai ke satu tahap, kami kosongkan hati dan menyerahkan segala untung nasib antara takut dan harap hanya kpd Yang Maha Berkuasa.

Dalam tempoh ini lah, anakanda ini muncul melihat dunia. Kehadirannya umpama penawar buat hati AbiUmmi. Dan ketika anakanda berumur 35 hari, Abi sudah jelas tentang kedudukan dan keputusannya (Hari 'Arafah) dan 3 hari seterusnya bermula lah hari2 yang menuntut pengorbanan yang amat besar dari keluarga kecil kami ini (Hari Nahar) sehinggalah ke hari ini.

Rupanya medan yang sama kami sekeluarga akan tempuhi tidak lama lagi. Mungkin kali ini kami semua lebih bersedia untuk apa saja kerana sudah dipasakkan ke dalam jiwa anak2 bahawa hidup ini hanya lah untuk perjuangan buat agama dan ummah. Tiada kerugian serta penyesalan buat mereka yang berjual beli dan melabur dengan Allah SWT, inshaAllah. Moga hasilnya, kami sekeluarga dapat nikmati bersama nun di sana nanti.

Maka tidak hairan lah anakanda nan bertuah ini, banyak sekali mewarisi Abi dari segi fikrah, semangat, minat serta kebolehan2 lain. AbiUmmi doakan anakanda akan sentiasa menjadi saham akhirat kami inshaAllah.

Selamat Menyambut Hari Kelahiran, Affan bin Asyraf Wajdi!
18 Januari 2008 (9 Muharram 1429) - 18 Januari 2018 (2 Jamadil Awwal 1439)

Nota: Nukilan rentetan peristiwa sebelum & selepas kelahiran Affan, Ummi kongsikan di sini https://irwaniscupoftea.blogspot.my/2010/09/my-journey-to-motherhood-part-3.html