Monday 3 September 2012

Pengalaman suatu kehilangan ...

Selepas post yg lalu, saya bergegas ke hospital utk temujanji dgn doktor. Walaupun sebenarnya, temujanji sepatutnya pd Isnin 3/9, suami menggesa saya segera berjumpa doktor krn sehari sblm (28/8) terdapat sedikit kesan darah sekembalinya saya dr mesyuarat Penasihat Syariah bank (..ada kisah lucu sebenarnya, hehe! -- hanya mereka2 tertentu shj yg tahu!)

Bila berjumpa sahaja dgn doktor yg mesra dipanggil Kak Maz atau Dr Maziah Ahmad Mahyiddin -- beliau merupakan kakak ipar kpd kakak ipar saya -- mcmn ye nk ckp connection dgn saya? Mungkin plg dekat pun 'biras' by marriage kot? (Beliau adalah kakak sulung Abg Man, iaitu suami Kak Nini- kakak suami)

Saya menceritakan semua yg berlaku pd ptg seblm itu. Dr Maziah amat terkejut & cepat2 menyuruh saya baring utk diadakan ultra-sound. Kandungan saya pd ketika itu telah menjangkau 11 minggu. Dlm kepayahan, akhirnya kami dpt melihat kandungan & isi kandungan tersebut yg ternyata amat kecil berbanding usia yg sepatutnya. Dr Maziah tanpa ragu2 mengkhabarkan berita sedih tersebut... "The fetus does not develop or stop developing. The size of the sac is like a 5 weeks-old one... no point of continuing the pregnancy coz the fetus will self-abort somehow!"... saya yg telah bersedia utk segala kemungkinan, menerima berita ini dgn lapang dada, alhamdulillah... saya memaklumkan suami (yg ada komitmen lain di pejabatnya) ttg berita ini, beliau kedengaran sedih & jadi speechless...

Saya bertanya apa yg perlu dilakukan seterusnya. Dr Maziah memberi 2 pilihan; D&C atau diberi ubat utk diambil sendiri -- kedua2nya bertujuan utk membersihkan rahim dr tisu2 berkaitan kandungan ini. Slp ditimbang2 berdasarkan pengalaman lalu & berbincang dgn suami, saya memilih D&C. Sebabnya agar proses pemulihan cepat memandangkan saya akan kembali mengajar di Semester 1 pd 10/9 nanti.

Dr Maziah terus menguruskan pendaftaran utk D&C pd keesokkan harinya. Sblm itu, saya sempat 'negotiate' samada boleh atau tidak ianya dibuat pd minggu berikutnya, memandangkan saya ada mesyuarat jabatan pd Khamis 30/8, apatah lg saya berhasrat utk menghabiskan puasa 6 yg dirancang hingga Sabtu itu (jadi saya hanya sempat puasa 3 hari saja, huhuhu!). Dr Maziah dgn sabar melayan karenah saya yg bermcm2 hal ini  & bertegas utk dijalankan D&C secepat mungkin krn kemungkinan utk berlakunya pendarahan amat tinggi. Saya sempat bertanyakan jadual suami sblm bersetuju dgn cadangan Dr Maziah (krn tahu jadualnya agak padat!).. tanpa fikir panjang, suami berkata beliau akan mengosongkan jadualnya pd keesokkannya jika itu yg dimahukan oleh Dr Maziah! Hehe.. kembang kejap hati ini.. terasa betapa sayangnya suami terhadap diri ini!

Keesokkannya, slp menghantar Ammar & Affaf ke sekolah, suami mengiringi saya ke unit Day care sblm bersiap ke dewan pembedahan yg dijadualkan pd jam 8.30am. Saya sempat bertanya kpd staff yg mengiringi kami ke OT samada saya sempat utk mengerjakan rutin solat sunat dhuha & tasbih terlebih dahulu tp ternyata masa amat kesuntukan. Sampai shj di wad day care, jururawat mengambil berat & memeriksa tekanan darah saya. Seterusnya saya diminta memakai pakaian khas OT. Kemudiannya, pakar bius dtg bertanyakan beberapa soalan; antaranya samada saya ada alahan kpd ubatan tertentu & bila kali terakhir saya makan.

Utk soalan kedua ni, saya ter'sangkut', hehe! 'Sebakul' saya dileteri suami!
Macammana saya nak gambarkan perasaan saya sblm tu ye?

Sebenarnya, bila sahaja saya mengetahui keadaan kandungan pd hari sblmnya, walaupun saya menerimanya dgn hati terbuka.... fikiran saya ternyata campur-aduk.. Saya rasa tak larat nak fikir berat2 tentang pelbagai perkara. Rasa nak makan, saya makan.. (mmg ini tabiat buruk, bila dilanda keresahan, saya akan makan & makan... hehe!).. Pada pagi itu, spt kebiasaannnya, saya akan menyediakan juadah sahur buat suami. Walaupun tahu bhw operation dijadualkan pd 8.30am & saya perlu berpuasa.. tp saya terasa spt., "I could not bother to think about that!".. jd saya makan sahur juga! Huhuhu...

Blighted Ovum: inilah gambar yg mengejutkan kami pd 17/9/01

Utk pengetahuan semua, ini adalah kali ke-4 saya menjalani D&C kerana kes yg sama. Kali pertama adalah pd 19 September 2001; iaitu seminggu sblm kami suami isteri berangkat ke UK. Ini merupakan pengalaman yg amat menyedihkan buat kami. Kami mendapat tahu ttg keadaan kandungan ketika pemeriksaan rutin minggu ke-12 pada 17 September. Sungguh2 diluar jangkaan krn ketika pemeriksaan pd minggu ke-8 sebelum itu, keadaan fetus adalah normal. Lebih menyedihkan saya, kerana pd hari yg sama adik saya, Jimin & isterinya Asmak baru menimang cahayamata pertamanya, Adriana; manakala saya pula kehilangan cahayamata pertama kami....

Pengalaman ke-2 adalah slp beberapa bulan kelahiran Affaf, iaitu pd. 6 Jun 2006. Saya tidak menyedari yg saya telah mengandung memandangkan saya tidak mengalami 'period' disebabkan exclusive bf. Saya mula perasan bilamana mengalami sakit yg teramat di urat keting pangkal peha/ dekat kawasan rahim terutamanya pd awal pagi ketika bangun utk solat Subuh. Saya membuat pemeriksaan dgn 3 doktor utk betul2 mengesahkan keadaan kandungan. Konklusi Dr Maziah nampaknya lbh menyakinkan, iaitu ianya kandungan yg tidak normal walaupun telah mencecah lebih 12 minggu. Penjelasannya mengambil kira saiz fetus, keadaan rahim & placenta yang mana saya kemudiannya telah bersetuju utk menjalani D&C pd  6 Jun itu...

Pengalaman ke-3 pun lbh krg sama.. saya juga asalnya tidak menyedari mengandung kerana menyusukan Affan secara esklusif. Mulai memeriksa kerana perasan keadaan emosi yg tidak stabil krn selalu rasa mcm nak marah semua org, hehe! Saya masih ingat mengadakan temujanji dgn Dr Maziah waktu minggu ke-8 kandungan pd 19 Mei 2009. Suami di Bahrain ketika itu. Mungkin tidak bersedia dgn berita ini, saya kesedihan bila mendapat tahu ttg kandungan yg juga mengalami nasib sama. Kemudiannya, sewaktu mengkhabarkan kpd suami, saya tidak dpt menahan air mata lagi & terus menangis. Bayangkanlah bagaimana perasaan suami ketika itu, apa lagi berjauhan sebegini & dia tidak dpt berbuat apa2 pun melainkan berdoa! Saya juga menelefon ibu & mertua mengkhabarkan keadaan saya.

Bilik persinggahan 4 kali...
Saya terus pulang ke rumah & berkemas utk ke hospital semula krn proses D&C akan dibuat pd tengahari itu juga. Sampai di daycare unit, kelihatan Mi (ibu mertuaku) sudah ada menunggu! Nampaknya, Mi terus ke hospital selepas tamat mengendalikan kelas pengajiannya sblh pagi hari tersebut. Amani & Wah pun dtg menyusul slp itu. Alhamdulillah, kehadiran Mi & adik2 ipar benar2 mengubat hati yg kesedihan ini. Mi & adik2 menunggu sehingga saya dibawa ke OT. Kata Mi, selepas keluar dr daycare nanti, pakcik Tajul akan membawa saya pulang (kerana tidak boleh memandu slp operation).

Seminggu kemudian sewaktu pemeriksaan susulan slp D&C, saya meminta penjelasan mendalam dr Dr Maziah. Menurutnya, saya kemungkinan kekurangan hormon mengandung yg secara lumrahnya akan membantu perkembangan fetus dlm rahim. Salah satu ikhtiar yg dicadangkan ialah utk mengambil sejenis hormon slp hari2 subur (iaitu slp hari ke-14 dari hari pertama 'period' terakhir). Hormon tersebut akan membantu perkembangan embriyo slp persenyawaan seterusnya perkembangan fetus sehingga minggu ke-12. Maka, saya menurut nasihat tersebut sewaktu mengandungkan Azzah, alhamdulillah....

Memandangkan saya menyusukan Azzah secara esklusif & tiada mengalami 'period' hampir 2 tahun, saya mengambil langkah pencegahan dr mengandung tanpa sedar spt 2 pengalaman sblm ini. Namun, bila 'period' saya kembali spt biasa, saya berhenti mengambil pil pencegahan (krn kesan sampingan pil adalah naik berat badan yg amat menggalakkan!) Maka sebab itulah, saya kembali hamil yg mana hanya diketahui sekembalinya dr Tanah suci pd 4 Ogos 2012 sewaktu kandungan mencecah 7 minggu. Sewaktu itu, tidak byk yg boleh dilakukan utk mengetahui keadaan kandungan. Satu2nya cara ialah vagina scan tp memandangkan saya berpuasa, maka Dr Maziah mencadangkan agar pemeriksaan dibuat pd minggu ke-12 nnt.

Jadi dlm tempoh itu, saya sememangnya sudah bersedia dgn pelbagai kemungkinan tanpa meletakkan harapan yg tinggi kerana pengalaman lalu. Hati ini sentiasa berdoa, "Ya Allah, seandainya ini adalah rezeki & hambaMu ini mampu memegang amanah-Mu ini, maka peliaharalah kandunganku ini.." Namun, Allah SWT lah sebaik2 Perancang segalanya...

Walaupun redha, saya terasa 'muak' utk melihat keadaan OT sekali lagi. Sebab itulah, perasaan 'malas utk memikirkan OT melanda yg membuatkan saya tidak peduli utk makan apa yg saya inginkan walaupun sepatutnya saya mesti berpuasa...

Maka, mendengar jawapan saya, Dr pakar bius tersebut mengarahkan agar operation saya ditangguhkan sejam kemudian, iaitu pd 9.30am. Sebelum meninggalkan saya, beliau bertanya samada saya ada sebarang soalan lagi utknya. Saya bertanya 2 soalan:

  1. Apa akan jadi sekiranya perut saya dipenuhi makanan walau sedikit sblm operation D&C? Jawabnya,  kemungkinan ubat pelali akan menyebabkan gas (hasil tindak balas kimia makanan dlm perut) naik ke atas menyebabkan muntah sewaktu pesakit tidak sedarkan diri. Risiko merbahaya ialah kemungkinan gas tersebut akan memasuki paru2 & membahayakan peparu pesakit kerana gas tersebut amat berasid!
  2. Berapa lama tempoh minima slp makan terakhir, pesakit dibenarkan diberi ubat pelali? Jawab beliau, utk pesakit normal, minimumnya 4-5 jam. Jadi saya mencongak sendiri.. memandangkan saya bersahur jam 5.30 pagi td, maka jam 9.30pagi adalah selamat utk saya diberi ubat pelali, insyaAllah...
Namun begitu, sepanjang menunggu hinggalah dibawa ke dewan pembedahan & di beri suntikan ubat pelali sehingga tidak sedarkan diri, saya tidak berhenti2 membaca ayat2 kursi. Risau juga bilamana mendengar penjelasan doktor pakar bius tadi. Dlm hati kecil ini, mengharapkan agar inilah kali terakhir saya berada di OT ini...

Suami menunggu saya hingga jam 9.00 pagi kerana beliau perlu mengendali satu sesi program anjuran Bank Negara pd jam 10.00 pagi. Sebenarnya, saya memang memintanya meneruskan rutin hariannya spt biasa. Kerana saya pun akan tidak sedarkan diri selama separuh hari nanti. Bahkan, saya pun merasakan perlu bersendiri seketika sblm ke OT. 

Keluar sahaja dr OT selepas jam 10 pagi (saya tak ingat masa sebenar), saya perasan Mi & Wahdani ada menunggu saya di daycare. Saya tidak boleh membuka mata krn masih terasa mengantuk krn ubat pelali masih punya kesan yg kuat. Mi & Wahdani menyuruh saya kembali tidur & meminta diri pulang. Saya masih terbayangkan wajah Aryan yg keredupan melihat Cik Ni yg mungkin nmpk 'helplesss' kan.. Saaaayang, Yan!!

Penghibur hati Ummi sepanjang MC ini...
Suami kembali kpd saya selepas tengahari ketika saya baru sahaja sedarkan diri. Sekembali kami ke rumah pd jam 2 ptg suami meneruskan kerja2nya di rumah sahaja.. Amani, Hanani & Asmak dtg melawat ptg itu. Terima kasih kerana membawakan brownies yg amat sedap & pasta. Tidak dilupakan Abg Su & Aminah yg bersusah-payah memenuhi pesanan utk mendapatkan gulai ikan pohon ceri yg mana saya sempat menikmatinya sebelum operation, alhamdulillah...Waktu berbuka pula, suami ke rumah mertua yg berdekatan sahaja. Inilah untungnya tinggal berdekatan dgn mertua &  ipar2!!

Hari ini merupakan hari ke-5, saya berpantang. InsyaAllah, saya cuba mengikut all d dos & donts berpantang demi kesihatan badan.  Hikmahnya, saya bercuti seminggu dr segala kerja2 pejabat & fokus kpd rumahtangga & anak2. Bahkan, sempat berkongsi cerita di sini.

Untuk perkongsian dgn sahabat2 yg mungkin pernah mengalami pengalaman sama, saya sertakan maklumat ttg kes 'Blighted Ovum' yang mungkin dialami oleh ramai wanita hamil. InsyaAllah, saya akan cuba pertingkatkan tahap kesihatan & benar2 bersedia utk hamil lagi. Antara langkahnya, ialah saya perlu cuba berhenti menyusukan Azzah yg sudah berumur lebih 2 tahun & mengurangkan tekanan bebanan kerja. Apa pun, saya berserah sepenuhnya kpd Allah SWT kerana semua yg berlaku tentunya dlm Ilmu, Qudrat & Iradah-Nya.. wallahu A'lam...


Blighted Ovum

Although the term "blighted ovum", also known as a “anembryonic pregnancy” may not be as commonly known, it occurs much more frequently than most people realize.
A blighted ovum occurs when the placenta develops but no fetus is visible on ultrasound. In most cases the pregnancy would end in a miscarriage.

How do I know if I have or have had a blighted ovum?

In most cases a blighted ovum occurs very early in pregnancy – before most women even realize they are pregnant.
As with a normal pregnancy you may even begin to experience the early pregnancy signs and symptoms. In some cases this is followed by some cramping and minor spotting or bleeding, then ending with your body flushing out the uterine lining and you having a period which may be heavier than normal.
In other cases women simply assume that their pregnancy is on track, as everything appears to be normal. Your hCG levels continue to increase and the placenta continues to grow and support itself. In this case diagnosis is usually made when the week 8 (or near there) ultrasound reveals the womb or birth sac to be empty.

What can cause a blighted ovum?

As mentioned the occurrence of a blighted ovum occurs much more frequently than most people actually realize. In fact about 50% of first trimester miscarriages occur because of a blighted ovum and this is usually the result of chromosomal problems.
In most cases your body would recognize that there are abnormal chromosomes in a fetus and naturally does not try to continue the pregnancy because the fetus will not develop into a normal, healthy baby. This occurs because of abnormal cell division, or poor quality sperm or egg.

D&C or wait for a natural miscarriage?

Should your ultrasound reveal that you have a blighted ovum, it is then left up to you to decide if you should wait for your body to naturally miscarry or to have a D&C.
Most doctors do not recommend a D&C for an early pregnancy loss as it is believed that a woman’s body is capable of passing tissue on it's own and there is no need for an invasive surgical procedure with a risk of complications.
However, if you want to discover what may have caused the reason for why the pregnancy did not develop properly, then you could have a D&C performed.
Of course there are those who also believe that having a D&C performed would also help with mental and physical healing and closure towards the failed pregnancy.
Can it be prevented & when can I conceive again?
There is nothing that can be done to prevent a blighted ovum. A blighted ovum is often a one-time occurrence and rarely will a woman experience more than one.
You'll probably get your period again in four to six weeks after you miscarry or have the tissue removed. Some healthcare providers say you can start trying to conceive again after this first period, but others recommend that you wait until you've been through another menstrual cycle.
Does having a blighted ovum increase chances of miscarrying again?
Although this will probably be on your mind when you start trying to fall pregnant again, having suffered a blighted ovum doesn’t mean that are at a higher risk of miscarrying again.
Most practitioners will wait until you've had two or three consecutive miscarriages to order special blood and genetic tests to try to find out what's going wrong.