Tanggal
18 May merupakan hari Ibu dilahirkan.. sebagaimana lazimnya, saya pasti
menelefonnya mengucapkan "Selamat Hari Jadi, Mak!".. dan ibu spt biasa
akan tergelak campur terkejut krn tidak menyangka hari ini adalah hari
jadinya...
Mengenangkan keadaannya, saya jadi sebak sekali..
inilah antara kesan dr kesakitannya, ibu mudah lupa... Namun, ibu
seorang yg amat kuat peribadinya yg sentiasa memikirkan
utk menyumbang kpd masyarakat walau pun dgn kekangan kesihatan &
pergerakannya.. Kalau dulu, saya amat menyokong segala usaha ibu.. tp
sekarang...
"Mak sebenarnya ada kelas kaunseling berasaskan
Sifat 20 Allah jam 8.30-12.30 hari ini" Ujar ibu dlm keriangannya yg
masih kedengaran. Tak sempat saya menjawab, Mak terus bercerita, "Tak
apalah, walaupun peserta hanya 2 orang sahaja, tapi mrk itu amat
memrlukan ilmu2 kaunseling ni.. mereka semua ibu2 tunggal.. dan wani
tolong juga doakan seorang klien Mak yg masih dlm pemerhatian Mak iaitu
berkaitan kes sumbang mahram."
Maksudnya, ibu saya yang
menghadapi strok, berjalan dgn penuh kepayahan masih meneruskan rutin2
nya ketika sihat dulu2...."Bukankah Mak dah kendalikan kelas kaunseling
anjuran LPPKN setiap Khamis ptg? Bukankah itu sudah cukup?" Perasaan
saya bercampur baur, hawa2 kemarahan terasa kpd pihak penganjur yg krg
peka dgn tahap kesihatan ibu..
Tegas ibu, "Tak apalah, inilah
sumbangan Mak di akhir sisa2 hidup mak.. Mak mahu terus BELAJAR dan
MENGAJAR hingga Allah mengambil nyawa mak nanti..!"
Saya cuba mengawal titisan air mata sehingga selesai perbualan kami...
Benar sekali .. inilah semangat juang yg tulus dari seorang bergelar
IBU dan GURU.. Oh ibuku, moga Allah sentiasa memeliharamu, memberi
kekuatan & kesihatan agar kami terus dpt memanfaati ilmumu dan yg
paling penting doamu yg mustajab utk anak2 & cucu...
Ya Allah, ampunilah kedua ibubapaku, kasihanilah mereka.. sebagaimana mereka mendidik, mengasihani kami ssewaktu kecil dulu..
SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI GURU BUAT IBU TERCINTA..
Mengenangkan keadaannya, saya jadi sebak sekali.. inilah antara kesan dr kesakitannya, ibu mudah lupa... Namun, ibu seorang yg amat kuat peribadinya yg sentiasa memikirkan utk menyumbang kpd masyarakat walau pun dgn kekangan kesihatan & pergerakannya.. Kalau dulu, saya amat menyokong segala usaha ibu.. tp sekarang...
"Mak sebenarnya ada kelas kaunseling berasaskan Sifat 20 Allah jam 8.30-12.30 hari ini" Ujar ibu dlm keriangannya yg masih kedengaran. Tak sempat saya menjawab, Mak terus bercerita, "Tak apalah, walaupun peserta hanya 2 orang sahaja, tapi mrk itu amat memrlukan ilmu2 kaunseling ni.. mereka semua ibu2 tunggal.. dan wani tolong juga doakan seorang klien Mak yg masih dlm pemerhatian Mak iaitu berkaitan kes sumbang mahram."
Maksudnya, ibu saya yang menghadapi strok, berjalan dgn penuh kepayahan masih meneruskan rutin2 nya ketika sihat dulu2...."Bukankah Mak dah kendalikan kelas kaunseling anjuran LPPKN setiap Khamis ptg? Bukankah itu sudah cukup?" Perasaan saya bercampur baur, hawa2 kemarahan terasa kpd pihak penganjur yg krg peka dgn tahap kesihatan ibu..
Tegas ibu, "Tak apalah, inilah sumbangan Mak di akhir sisa2 hidup mak.. Mak mahu terus BELAJAR dan MENGAJAR hingga Allah mengambil nyawa mak nanti..!"
Saya cuba mengawal titisan air mata sehingga selesai perbualan kami...
Benar sekali .. inilah semangat juang yg tulus dari seorang bergelar IBU dan GURU.. Oh ibuku, moga Allah sentiasa memeliharamu, memberi kekuatan & kesihatan agar kami terus dpt memanfaati ilmumu dan yg paling penting doamu yg mustajab utk anak2 & cucu...
Ya Allah, ampunilah kedua ibubapaku, kasihanilah mereka.. sebagaimana mereka mendidik, mengasihani kami ssewaktu kecil dulu..
SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI GURU BUAT IBU TERCINTA..