Wednesday, 17 August 2011

Catatan suatu Kembara Ke Tanah Suci; 7-15 Ramadan 1432

Alhamdulillah, buat kesekian kalinya diri ini dijemput sbg tetamu-Nya di bulan penuh barakah ini.. yg mana tiada dlm perancangan peribadi sebulan yg lalu. Walau pun peluang menghadiri persidangan kewangan Islam anjuran Dallah Al Barakah terbuka setiap tahun, namun saya pada mulanya agak keberatan apabila memikirkan kewajipan asasi sbg ibu lbh menuntut pada waktu tersebut. Suami tercinta yg amat bersungguh2 mengajak memandangkan tahun lepas saya telah menguzurkan diri disebabkan menunggu saat2 akhir kelahiran Azzah. Semua alasan saya (anak2 nak exam, pengangkutan sekolah, pemakanan anak2 dll berkaitan anak2) tidak terima.. kecuali tugasan الرضاعة  (penyusuan) buat Azzah membuatkan Abang menyepi bbrp hari.. sehinggalah saya menerima cc email Abang kpd Travel agent yg menempah tiket utk saya & Azzah sekali!!

Saya mula berfikir.. subhanallah! Perancangan Allah lbh besar dr perancangan diri ini. Saya kira ini merupakan jemputan-Nya buat hamba yg kerdil ini tanpa mengabaikan tanggungjawab sbg isteri yg taat & ibu yang pengasih. Kemudian, urusan lain berkaitan anak2 yg merisaukan saya sblm ini telah dibukakan jalan penyelesaian dr-Nya.. kunjungan ayahanda & bonda yg telah dirancang 2 bln lbh awal rupanya kebetulan dlm tempoh kembara saya ke Tanah suci. Sememangnya, saya amat lega krn merasakan hanya  bonda yg boleh menggantikan tempat saya sbg tempat anak2 bermanja & mengadu..contoh: habit Ammar yg suka mengusap pipi saya ketika mahu tidur atau sbg penenang hati yg gundah..Ammar tidak akan rasa kehilangan umminya sbb boleh berbuat perkara yg sama dgn bonda tanpa mengguris perasaan halusnya..

Juga adinda tersayang (Ayah Su Kimi) juga telah menawarkan utk mengantar & mengambil anak2 dgn membuat arrangement tertentu dgn majikannya. Bayangkan betapa kalutnya dia, pagi2 menghantar Ammar & Affaf ke sekolah di Gombak, kemudian kembali ke rumah di PJ mengambil motornya utk ke pejabat di Kelana Jaya. Tengahari pula balik ke rumah semula utk mengambil kereta, kemudian mengambil anak2 di Gombak. Sampai di rumah PJ jam 3.00ptg, slp itu kembali semula ke ofis hinggalah ke petang hari sblm waktu berbuka. Tak terbalas jasa Abg Su ini! Juga ipar2 yg tinggal berdekatan; Kak Nini & Amani sekeluarga yang banyak get them occupied dgn membawa mrk berjalan2 dan sabar melayan karenah mereka yg pelbagai..

Semua ini adalah perancangan & aturan-Nya demi memungkinkan kembara hamba-Nya.. saya redha & tenang..perasaan berat hati & sedih meninggalkan anak2 kali ini mampu dihadapi, Alhamdulillah..

Kekadang saya ada terdetik bahawa kehadiran Azzah mungkin akan memberi kesan kpd urusan ibadah nanti.. saya mungkin tidak mampu I’tikaf lama di masjid yg penuh sesak dgn pelbagai jenis & ragam manusia, ataupun menunaikan solat tarawih sepenuhnya. Ataupun khatam Al-Quran sbgmn lazimnya. Mujur hati ini cepat beristighfar.. krn bersikap ‘angkuh’ dan lalai dr keyakinan sepenuhnya kpd aturan-Nya.. Ya, mungkin saya tidak akan mampu membuat ibadah khusus sbgmn sebelumnya, tetapi menjaga, melayan & mengurus keperluan suami & si kecil dgn sabar juga merupakan ibadah yg pasti ada ganjaran-Nya, insyaAllah..Ya Allah, hamba-Mu ini berserah sepenuhnya kpd-Mu..

Tanggal 7 Ramadan, saya, suami & si kecil Azzah memulakan perjalanan jauh kami. Saya akur bahawa perjalanan ke Tanah suci tidakkan sunyi dr pelbagai bentuk ujian utk mengukur tahap ketaqwaan & kesabaran diri. Penerbangan ke Bahrain selama 7 jam itu diisi dgn melayan karenah Azzah yg aktif walaupun kekadang tu, mata ini dh semakin layu. Bila melihat suami beradu dgn nyenyak tanpa gangguan walaupun berkali2 Azzah mencuit2 lengan Abinya.. Alhamdulillah, saya tidak berasa sedih dibiarkan menangani Azzah sendirian… malah kasihan melihat keletihan suami..

Secara ringkasnya, perjalanan kami dari Bahrain ke Madinah & urusan imigresen adalah lancar di permudahkan-Nya. Tempat penginapan & makan yg disediakan pun agak memuaskan, Alhamdulillah… Cuaca di Madinah yg amat panas mencecah lebih 40 celcius.. namun kami berasa damai di sini sesejuk kasih Rasulullah SAW buat ummatnya.

Alhamdullah, Allah permudahkan saya & Azzah beri’tikaf dr sebelum Zuhur ke Asar dan menunaikan solat Isya & tarawih di sudut yg tenang & selesa terutamanya buat si kecil Azzah.. Cuma, saya tidak berpeluang melawat secara dekat makam Rasulullah di Raudhah krn masa & keadaan tidak mengizinkan buat si ibu & anak kecil ini. Saya berdoa moga Baginda menerima kunjungan saya sekeluarga walaupun dr kejauhan..

Kami meneruskan perjalanan ke Makkah pada 10 Ramadan & tiba dlm ihram jam 11 pagi. Alhamdulillah, suhu di Makkah kurang panas & dirasakan agak sama dgn suhu di tanahair. Cuma terasa juga terik matahari ketika berjemur di luar. Saya mula risau utk membawa Azzah tawaf bersama memandangkan keadaannya yg batuk2.. hati dipujuk utk berserah kpd Allah sambil menyediakan keperluan sepatutnya spt topi, tudung, payung, kipas & air buat Azzah. Tiba sahaja di hotel, bilik kami belum disiapkan, jd kami terpaksa meletak beg2 di lobi sahaja. Dlm keletihan & kesabaran kami diuji..  Ummi (ibu mertuaku) menelefon, “Mi baru habis tawaf sunat, datangla  ke bilik Mi, tinggalkan saja Azzah kat sini.”.. buat kesekian kalinya, tidak cukup rasanya kesyukuran dipanjatkan buat Allah yg Maha mengetahui isi hati ini. Juga tidak mampu saya berterima kasih secukupnya buat Ummi tercinta yang sanggup bersusah payah menjaga Azzah walaupun kepenatan.. tanpa melengahkan masa, kami menyempurnakan ibadah umrah dgn tawaf Baitullah Al Haram, sa’I antara Safa & Marwah dan bertahallul sblm menunaikan solat Zuhur berjamaah di masjidil Haram.

Abi & Azzah dlm perjalanan ke Makkah Al-Mukarramah

Hampir Asar, barulah kami dapat masuk ke bilik yg ternyata kondisi nya agak kurang selesa berbanding tempat2 penginapan sblm ini. Namun, keadaan tersebut tidak sgt mengganggu disebabkan niat asal adalah utk I’tikaf di Masjidil Haram, jd kondisi bilik hotel bknlah keutamaan. Walaupun begitu, kekadang tu,sbg insan yg lemah timbul juga sungutan dlm hati terhadap keadaan hotel & makanan yg disediakan.. mujur kami disedarkan Allah ttg bentuk ujian-Nya yg menuntut utk kami meningkatkan kesabaran, penggantungan & keyakinan terhadap-Nya.

Masa agak pantas berlalu utk 2 hari pertama di Makkah..krn kami bertolak ke Jeddah slp Maghrib (10 Ramadan) & slp Asar pada 11 Ramadan utk menghadiri Persidangan Kewangan Islam Dallah Barakah di Hilton Jeddah yg bermula jam 10.30pm hingga 3am! Alhamdulillah, Azzah tidur sepanjang mlm sambil bersidang bersama ummi! Disebabkan kasihan  melihatkan ketidakselesaannya tidur di pangkuan ummi, saya membawanya ke suatu bilik rehat khusus utk wanita tidak jauh dr dewan persidangan. Jd, secara praktikalnya saya banyak missed sessi persidangan tersebut; kemujurannya, intipati perbincangan lebih mudah difahami dr pembacaan makalah persidangan sendiri sewaktu menemani Azzah! Saya juga ditemani sahabat karib, Widad sepanjang  persidangan tersebut yg menawarkan bilik hotelnya utk saya & Azzah berehat; yg mana saya menolak dgn baik, lg pun bilik rehat yg disediakan adalah amat selesa, Alhamdulillah…

3 hari berikutnya, kami betul2 fokus kpd I’tikaf & beribadat di Masjidil Haram. Suasana amat sesak sewaktu solat Jumaat & Tarawih. Berkali2 saya mengucap ربي يسّــــر ولا تعسّـــر يا كــريم   (Ya Tuhanku permudahkan jgn lah menyulitkan) sepanjang perjalanan ke masjid, mengharapkan agar dipermudahkan-Nya beribadat bersama si kecil Azah. Alhamdulillah, Allah memimpin perjalanan saya ke tempat yg amat sesuai utk kami berdua; yg saya menyedari kebanyakkan tempat yg diilhamkan tersebut adalah di antara muslimah dr Turki &Tunisia yg kaya dgn sopan santun & nilai2 peribadi luhur. Walaupun terbatas dgn bahasa krn mrk hanya menggunakan bahasa ibunda masing2, dgn bahasa isyarat, kami mampu mengeratkan hubungan & bergelak tawa bersama2 melayan karenah Azzah yg amat friendly dgn semua yg ditemui (yg mana agak unusual sblm ini). Alhamdulillah, saya & Azzah mampu beriktikaf dr Subuh, kemudian zuhur ke Asar, dan Isya hinggalah kesudahan solat Tarawih. Azzah amat pandai menyesuaikan diri, bermain sendirian & kekadang pergi bermain dgn brg2 jamaah lain tanpa mengganggu mrk. Bila keletihan, dia akan tidur sahaja. 2 malam terakhir, disebabkan kawasan berhawa dingin sudah agak sesak, maka saya menuju ke saf lbh depan yg agak panas keadaannya. Alhamdulillah, kami tetap selesa, terasa saja ada angin bertiup2 nyaman sampai Azzah boleh tidur sepanjang saya solat Insya & tarawih hingga 20 rakaat!

14 Ramadan merupakan hari lahir Azzah yg pertama. Slp solat Subuh di masjid, Abi mendukung Azzah membawanya tawaf sunat. Kata Abi “Azzah, inilah baitullah, rumah Allah. Abi nk bawa Azzah tawaf sbg tanda syukur Abi & ummi atas kurniaan Allah buat kita semua.Azzah berdoalah utk Abi&ummi, InsyaAllah, doa Azzah akan dimakbulkan”.
Abi membawa Azzah tawaf sunat sempena ulang tahun pertama

Hanya pada hari terakhir, kami sempat membeli belah sedikit buah tangan yg mujurnya amat berdekatan dgn hotel. Hari Isnin 15 Ramadan, slp subuh.. kami menyempurkan tawaf wida’ dgn hiba. Moga2 ini bknlah kunjungan terakhir kami Ya Allah. Terima lah kami lagi, Ya Mujibud-Du’a.

Sepanjang perjalanan pulang ke tanahair semalam, saya bermuhasabah.. benarlah, terlalu banyak hikmah Allah mengizinkan kunjungan hamba-Nya.. antaranya sbg ‘madrasah’ utk mendidik jiwa.. terasa spt berada dlm tamrin Allah yg sentiasa diuji dr pelbagai sudut. Semua ini adalah utk memantapkan serta meningkatkan keimanan & ketaqwaan kpd-Nya. Ianya seperti recharge-batteries rohani.. Hanya apabila kita melaluinya dgn penuh jiwa kehambaan, kita pasti merasa kemanisan nikmatnya. Kita pasti merasa ada peningkatan pada kualiti diri yg memberi impak kpd urusan & hubungan kita dgn makhluk2 Allah lain.

Subhanallah.. Alhamdulliah.. Maha Agung Ya Allah, terima kasih krn memilih hamba-Mu ini utk melalui pengalaman tak ternilai ini.. terima kasih krn membimbingku.. terima kasih atas segala nikmat2-Mu.. terima kasih krn memberkati hidup ini. Ya, Allah, teruskanlah membimbing hamba-Mu yg sentiasa alpa ini utk terus istiqamah dlm perjuangan & menyumbang kpt ummat-Mu.
ربنا لا تزغ قلوبنـــا بعد اذ هديتنـــا وهب لنــا من لدنك رحمة انك أنت الوهـــاب
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)” 


Azzah & Abi baru pulang dr Masjidilharam

Tuesday, 2 August 2011

Secebis pengalaman berpuasa ketika mengandung & menyusukan bayi

Alhamdulillah, 1 Ramadan dilalui dgn sekadarnya; tidak banyak yg berubah dr segi rutin harian; cuma perlu bangun lbh awal dr biasa, memujuk anak teruna agar menghabiskan makanan & minuman di kala sahur; mungkin yg agak best sikit, pulang awal ke rumah dr biasa (4.00pm)

Sampai di rumah sudah hampir azan Asar; slp menunaikan solat, tidak spt rutin biasa yg mana saya akan mengepam susu dulu; tp saya terus ke dapur membuka peti sambil berfikir apa juadah berbuka yg ingin disediakan.. yg pasti 'ngam' dgn ulam & budu.. Saya dapati bahan2 nasi kerabu dr malam sebelum masih berbaki, cukup utk 3-4 org. Cuma utk suami tercinta, saya perlu sediakan juadah yg 'fresh'.. Jd saya ambil jln tengah utk mengelakkan pembaziran dan juga menyediakan yg terbaik sekadarnya buat suami, kedua2 juadah (yg semalam & baru) dihidangkan. Alhamdulillah, suami, anak2, adik & bibik2 menikmati juadah berbuka dgn penuh kesyukuran...

Oh, saya lupa.. hanya sesudah selesai menyediakan lauk-pauk berbuka, baru lah saya mula memerah susu, walaupun sebenarnya, tugasan tersebut boleh dilakukan sewaktu penyediaan juadah. Saya amat terhutang budi kpd suami tercinta yg telah meng'invest' suatu pelaburan amat berbaloi.. iaitu 'Madela freestyle' yg menjadikan hasrat penyusuan exclusive buat si kecil 'Azzah tercapai dgn jayanya. Bayangkan dgn rutin harian saya yg padat sbg isteri & ibu (5pm-8am), pendidik, researcher, consultant dan sahabat (8am-5pm).. hasrat utk penyusuan secara exclusive mungkin agak mencabar disebabkan kesuntukkan masa, keletihan & tekanan kerja. Dgn Medela FS, alhamdulillah.. saya mampu menjalankan tugasan tersebut hatta sambil memasak, mahupun monitor kerja anak2 dan mengajar anak2 mengaji!

Apa yg saya cuba katakan sebenarnya, hanya disebabkan fikiran saya yg fokus kpd perkara2 lain sewaktu itu (penyediaaan juadah berbuka, monitor Ammar belajar & karenah anak2 lain).. saya dapati 'milk production' hari itu hanyalah separuh dr kebiasaannya! Fikiran saya terus mengatakan bahawa ini tentunya disebabkan saya berpuasa (yg mana mungkin betul atau tidak sama sekali!) Bila saya buka freezer, hmm... masih ada 16 botol lagi. Saya mula mencongak2.. disebabkan Azzah sudah makan bermacam2 (nasi, roti, biskut, buah dll) dan saya pula akan pulang awal dr kebiasaannya; jd kalau intake Azzah sebotol sehari, maka sempatlah 16 hari bertahan. 13 hari lagi kan berkepit dgn ummi (di Tanah suci & kelate).. jd, tak perlu perah lah.. hati saya (yg dh mula malas) berbisik!


Astaghfirullah! Licik betul iblis ni menggoda si ibu ini! Alhamdulillah, saya cepat tersedar bahawa penyusuan bayi ini juga merupakan ibadah.. maka godaan Iblis tidak terkecuali dr kita menunaikan amanat tersebut! Kemujuran juga, bila dikongsi dgn suami, dia selalu menggalakkan saya meneruskan penyusuan exclusive ini... ringkas saja tapi mendalam katanya, "Kalau mampu, eloklah teruskan.." Maka saya pun bermuhasabah.. adakah susu menjadi sedikit disebabkan:
  • Kurang minum air -- walaupun saya cuba minum 2-3 liter sehari; mungkin setakat sahur pagi tadi saya hanya minum 1-1.5 liter..
  • Kurang minum susu -- mungkin..
  • Ada minum berais -- saya rasa ada (hehe!) --cendol+santan+nise+ais semalam!!
  • Kurang makan sayur & buah – mungkin.. sebab kerabu dlm nasi semalam tidak membei nutrisi yg mencukupi… lagilah, makan buah durian daa!
  • Banyak berfikir & stress.. ini pun mungkin walaupun tanpa disedari!
Oleh itu saya rasa terpanggil utk mencoretkan sedikit pengalaman peribadi sbg ibu yg mengandung & menyusukan anak2 sewaktu bln Ramadan al-Mubarak. Moga dpt dimanfaati oleh sahabat2 yang sedang mengandung, mahupun yg struggle utk menyediakan bekalan susu yg secukupnya buat si kecil. Ingatlah, tugas para ibu terhadap penjagaan sewaktu hamil dan الرضـــــاعة  (penyusuan) juga merupakan ibadat yg tak ternilai ganjaran di sisi Allah SWT apa lagi di bulan penuh mulia yang mana ganjarannya berlipat kali ganda, insyaAllah...

Secara peribadi, saya merasakan tugas penyusuan adalah jauh lebih mencabar dr penjagaan kehamilan sewaktu berpuasa. Pengecualian mungkin buat ibu2 di awal mengandung (up to 12 weeks) yg mengalami alahan, yg tentunya memerlukan penjagaan lbh rapi. Sewaktu mengandungkan Affan & Azzah, saya melalui Ramadan dgn penuh nikmat tanpa sbrg kemudaratan, alhamdulillah. Namun, saya mengalami cabaran utk menyimpan stok susu yg mencukupi buat keempat2 anak sewaktu berpuasa. Situasi ini boleh dibahagi kpd 2;
Azzah: 3 bln


1) bayi berumur krg 6 bln yg belum mengambil solid foods lagi; jd bergantung sepenuhnya kpd susu ibu yg memerlukan stok mencukupi. Apa lagi bayi lelaki kebiasaannya punya intake yg lebih tinggi berbanding bayi perempuan. Pengalaman sendiri, nisbahnya 6 botol : 3 botol (ini kes Ammar & Affaf yg lahir sebulan sblm Ramadan). Inilah central issue nya...

2) bayi 6 bulan ke atas yg sudah mula makan tambahan (kes Affan & Azzah). Isu stok susu berkurangan mungkin tak bermasalah disebabkan ada makanan alternatif.. tp saya tetap risau (normal feeling sbg ibu yg mahukan yg terbaik!)

Azzah: 7 bln

Hasil dari pengalaman sendiri & brief research yang sempat dibuat, berikut adalah tips utk memastikan milk supply maintain dan mungkin boleh bertambah lagi, insyaAllah..

Panduan penyusuan & kehamilan sewaktu Ramadan (point 5 & 9 mungkin tidak sesuai utk ibu hamil)
1) Minum air 2-3 liter sehari. Seeloknya ada sebuah bekas minuman 2 liter agar kita ‘on track’ utk pastikan kita minum secukupnya. Seeloknya water intake: Berbuka till tidur (2 liter) & Bangun sahur till imsak (1 liter)

2) Minum susu sekurang2 nya 250ml sehari. Saya suka HL milk sbb rasanya sedap & rendah lemak.

3)  Elakkan minuman sejuk atau berais. Percayalah, air suam amatlah nikmat kalau sudah menjadi tabiat. Badan menjadi segar & krg mengantuk.

4) Minum fresh juice dan makan sayur, ulam, buah tanpa had. Saya masih struggle yg ini sbb selalu makan dlm rush tanpa dpt menikmati ulam & budu & sambal durian spt En. suami! Tak perlu mkn banyak sgt, tp types of food perlu selektif. DIcadangkan waktu sahur makan kurma sekrg2nya 3 biji atau oat + susu 200ml. InsyaAllah, full & bertenaga spjg hari. Actually yg selalu buat kita keletihan ialah KRG AIR.

5) Banyakkan berjalan (lagi bagus kalau ada masa utk work-out). Saya cuba utk menghantar Ammar ke kelasnya di tingkat 3 setiap hari, lagipun beg sekolah dia selalu mcm sama berat dgn dia, jd kira serampang dua mata lah- exercise & tolong anak! Kat ofis pun, cuba guna tangga, instead of lift, insyaAllah.

6) Pun begitu, Kurangkan aktiviti yg mengeluarkan peluh yg berlebihan, dikhuatiri akan kekurangan air dlm badan & mudah letih.

7)  Tidur yang mencukupi; mungkin bagi ibu, susah utk mendapat tidur yg benar2 cukup. Tapi saya percaya Allah Maha Mendengar & Adil.. setiap kali ketika mahu tidur, berdoalah agar tidur kita walaupun sikit atau tidur2 ayam, mampu benar2 merehatkan badan & minda kita, demi suami & anak2.

8)  Elakkan stress & moody. Sebab itu saya cuba elakkan membawa kerja ofis ke rumah dan betul2 mind-set bahawa di rumah, tugas kita utk suami & anak2 sahaja.

9) Bila memerah susu, sebaiknya di kedua2 belah utk elak pembaziran (saya yakin semua ibu faham maksud saya ini)

10)  Banyakkan berselawat & beristighfar hatta semasa memerah. Ini juga sebahagian ibadat & jihad seorg ibu, insyaAllah.

Inilah antara hikmah & rahsia ALlah kurniakan zuriat buat kita.. sbb kerana anak, kita sanggup buat & makan yg terbaik, yg mana sebenarnya adalah untuk kebaikan & kesihatan kita juga. Samada kita sedar atau tidak, kita kerap makan s'thing which slowly 'kills' our health! (fast foods, yg berais, yg manis, yg bersoda mcm Coke dll)..


Berikut adalah FAQ yg amat berguna buat rujukan kita semua para ibu yang komited utk member yg terbaik buat permata hati.

Will fasting while I am breastfeeding harm my baby?
Your baby will not be harmed, because you will be able to keep up milk production while you are fasting. Cutting your intake of calories should make no difference to the amount of milk you produce.

Your body adapts by changing the way it uses the available calories (Mohammad 2009), and makes up for a lack of food or fluid by becoming better at releasing energy (Tigas 2002).

In fact, women can eat nothing for 24 hours, and it will still not affect either the quantity or the nutritional value of their breastmilk (Neville 1993). You would feel the effects of fasting, and probably need to stop, before it affected how much milk you produced.

Will my baby be affected by changes in my milk?
Your baby is unlikely to be affected. He will be used to your milk changing a little already, depending on what you eat and how much he needs to feed. We know that even if a mother fasts for 24 hours, the fat content of her breastmilk will not change (Zimmerman 2009).

If you eat so little that you start to lose weight, the type of fat in your breastmilk may change, but not the amount. Although the breast itself can make some milk fats (Spear et al 1992), other types of fat will come from your own fat stores if there is not enough in your diet.
Will fasting while breastfeeding harm me?
Your body is likely to cope well with fasting. In one study, a small group of women who fasted through Ramadan had their blood tested. Women who were breastfeeding were found to have roughly the same chemical balance in their blood as the women who weren't breastfeeding or pregnant (Prentice et al 1983).

However, if you have been breastfeeding for a while, you know how thirsty it makes you. Becoming dehydrated can make you feel unwell. You can tell you are becoming dehydrated if you:
  • feel very thirsty;
  • pass urine that's dark-coloured and strong-smelling;
  • feel faint, weak or tired;
  • develop a headache or other pains.
If you begin to notice any of these signs, you should break your fast with some water and have a rest. After half an hour, if you are still feeling unwell, call your doctor.

When you break your fast, drink plenty, particularly early in the morning before resuming your fast. BabyCenter expert and breastfeeding counsellor Jennifer Hor recommends that you fill up on nourishing fluids and foods with low glycemic index (GI). The GI is a measure of the effects of carbohydrates on blood sugar levels. Carbohydrates that break down quickly during digestion have high GI; carbohydrates that break down more slowly, releasing glucose more gradually into the bloodstream, have a low GI. Low GI foods include many types of vegetables and beans, chickpeas, noodles and rice.

Don't just fill up on liquids. It is important to get the nutrients, calories and bulk from food. You may find it hard to eat enough overnight, and begin to lose weight. Talk to your doctor if this happens, and consider abandoning your fast.

However, rest assured that as long as you are healthy and happy to lose a little weight, a loss of up to 1kg (2lb) a week during Ramadan should not affect your milk production (Strode 1986, Dusdieker 1994).

What can I do to prevent any problems?
Preparing for fasting will help you avoid potential problems:
  • Stock up on shopping, and do chores that require extra energy before you start your fast.
  • Keep a food diary so you can make sure you are eating and drinking enough overnight.
  • Stay cool and rest as much as you can during the day.

When should I ask for help?
If you begin to feel unwell, or are becoming dehydrated, talk to your doctor. If you are worried that your baby is not getting enough to eat, get advice from your doctor or paediatrician. Signs that your baby is not getting enough milk include:
  • fewer wet nappies (a newborn should have several heavy, wet nappies a day);
  • greenish poo;
  • lasting, shrill crying or inability to settle;
  • weight loss or not putting on weight.
If breastfeeding problems develop, talk to a breastfeeding counsellor or lactation consultant. There may be one at your local health centre or hospital, or ask your doctor if he can recommend someone.

Wallahu a’lam..