Tuesday 4 June 2013

HIKMAH SUATU HIJRAH…



Ketika ini, saya di dewan utama CAC UIAM menyelia peperiksaan akhir semester yg berjalan selama 3 jam. Melihat wajah2 pelajar yg tenang ini, hati saya menjadi sebak secara tiba-tiba… Saya termenung memikirkan perjalanan hidup ini yg sukar diramalkan, malah kerap terjadi perkara yg tidak dirancang dlm masa terdekat mahupun jauh…

Disedari perasaan sayu mulai terasa bilamana membaca status suami semalam;
“Hari ini (3 Jun 2013) dengan berat hati terpaksa meninggalkan organisasi ISRA yg daripada awal saya diamanahkan utk bantu membangunkannya demi memartabatkan agenda Kewangan Islam Negara yg betul2 genap 5 tahun. Rupa2nya setiap kali hidup ini rasa sudah sempurna dan selesa, Allah akan beri ujian yg lebih besar. Ya Allah, Engkau berkatilah dan redhalah keputusan yang dibuat utk menggalas Amanah yg lbh besar demi agenda AgamaMu yg pasti jalannya tidak mudah bahkan lebih berliku. Permudahkanlah jalannya dan jauhkan diriku daripada segala fitnah. Sesungguhnya tiada lain yg aku inginkan melainkan Redha dan RahmatMu jua.”

Ya, 5 tahun lalu suami telah dipelawa oleh Dr Akram Laldin, seorang guru & sahabat yg amat dihormati, utk membantunya membangunkan ISRA yg pada ketika itu baru 2 bulan ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia… hatinya terus terbuka utk menerimanya krn kewangan Islam amat dekat dihatinya, apatah lagi ISRA memberi ruang & peluang yg luas utknya membuat kajian yg berimpak besar kpd industri kewangan Islam Negara & dunia global. Sebenarnya selama tempoh 3 bulan pengangguran sbm itu, suami ada menerima pelbagai tawaran dr Institusi2 Pengajian Tinggi dan Badan Korporat di dalam & luar Negara, tapi hatinya berbelah bagi. Baginya, untuk terlibat secara langsung dgn IPT adalah kurang beretika krn dia telah secara langsung dilihat terlibat dlm politik kepartian.. utk ke luar nagara pula, terasa tidak sanggup berjauhan dgn keluarga dan kaum kerabat yang besar lagi erat ikatan persaudaraan, sementelah kami baru sahaja kembali dari UK 2 tahun sblm itu..

Saya masih ingat perasaan sama yg melanda diri pd ketika itu, iaitu dari saat suami membisikkan ke telinga bahawa dia menjadi calon Parlimen dan baru sahaja meletakkan jawatan dlm masa 24 jam, hingga ke saat2 di mana dia hanya berada di rumah tanpa pekerjaan selama 3 bulan itu.. Perasaan umpama mimpi, sebak, dan ‘struggle’ utk kuatkan hati demi suami tercinta. Kekadang itu, terselit juga sedikit kekecewaan krn perancangan awal dgn suami utk sama2 menulis buku, makalah2 ilmiah dan memohon kenaikan pangkat di universiti tidak kesampaian.. ditambah dgn kesunyian bila memandu ke pejabat keseorangan. Manakan tidak, kami spt sepasang sahabat karib yg berkongsi minat yg sama, selalu bersama ke mana saja, hatta bersama2 ke pejabat, berborak2, berbincang dan bergelak ketawa dlm perjalanan semenjak 7 tahun sblm itu.

Namun, perasaan tidak menentu ini terubat setiap kali teringatkan kata2 suami yg pernah diluahkan di suatu ketika dalam perjalanan pulang dr pejabat UIAM. Kata2 yg menginsafkan diri bahawa betapa Allah SWT telah memberi nikmat yg terlalu banyak buat kami sekeluarga. Suami menyenaraikan antaranya, Allah SWT telah mempermudahkan urusan kami dlm pengajian (menyiapkan PhD dlm usia yg muda & cemerlang- 3 tahun cukup2 tanpa ‘extension’); menganugerahkan permata2 hati yg comel & sempurna; mengaturkan kemudahan utk kami memiliki kenderaan asas & rumah yg selesa; punya keluarga yg amat penyayang & ‘supportive’; peluang2 membuat kajian & jaringan hubungan luar, dan banyak lagi yg tak mampu disenaraikan segalanya. Suami mengingatkan, bahawa semua ganjaran Allah SWT ini menuntut suatu pengorbanan—utk menyumbang kembali ke jalanNya, kepada makhluk2Nya, semata2 keranaNya.. maka kita perlu sentiasa bersedia utk mengembalikan nikmat ini buat org lain juga.. redha sepenuhnya dgn perjalanan hidup aturan Ilahi buat kami sekeluarga.. dan ternyata Qada’ & Qadar Ilahi yg melakari sejarah buat keluarga kami terjadi hanya beberapa bulan slp itu.. Subhanallah!

Kini, sambil menyapu titisan airmata yg mengalir ketika menitipkan kalam2 ini, diri menjadi insaf & berlapang dada dgn Qada’ & Qadar aturan Ilahi ini sekali lagi.. Alhamdulillah, Allah SWT memberi kekuatan tersebut.. Cuma hati sedikit terharu krn seakan dpt merasai sebak di hati suami yg terpaksa meninggalkan sebahagian hatinya yg ternyata telah sebati bersama sahabat2nya di ISRA.. mashaAllah, kami umpama satu keluarga yg besar, yg bekerja penuh ikhlas lagi sabar, dgn suasana yg cukup mendamaikan.. mungkin petanda barakah Ilahi krn kerja2 ini adalah merupakan jihad yg juga punya liku2nya tersendiri…
(Nota: saya pernah bertugas sebagar 'Research Fellow' ISRA selama 10 bulan dlm tempoh cuti sabatikal yg berakhir pd thn lepas)

Suami pernah meluahkan bahawa dia telah sampai satu tahap bahawa dia telah berasa cukup dgn apa yg dilakukannya waktu itu… namun biarpun ganjaran yg diperolehi dr segi nama, harta, pangkat & kemudahan amatlah besar.. hatinya belum benar2 puas.. katanya, “…tak sama dgn duduk bersama2 orang kampung, dan melakukan kerja dakwah yg lebih meluas..”

Sebab itulah, saya terus tersenyum bilamana suami bertanyakan pendapat tentang pelawaan pihak atasan terhadap jawatan yg disandangnya mulai semalam.. ketika itu kami sedang minum petang sambil menunggu penerbangan ke Singapura lewat petang Selasa minggu yg lalu. Kelihatan suami seperti tidak keruan & berbelah bagi.. “Bukankah kerja2 dakwah sebegini yang Abang paling suka dan dambakan selama ini? Sekarang, Allah SWT telah membuka ruang & peluang seluas2nya buat Abang utk menjalankan misi dakwah tersebut; inilah lapangan yg sebenar.. inilah masanya utk kita aplikasikan ilmu, pengalaman2 lalu yg dikutip sepanjang berada di madrasah Allah dlm bentuk masa bersama PKPIM, kehidupan di UK & jatuh bangun keterlibatan dlm politik yg telah bnyk mendidik jiwa ini…”

Seperti dpt meneka apa di hatinya, saya menyambung, “Tak apalah, walaupun memilih jalan ini amat sedikit ganjaran duniawi nya; inshaAllah, ganjaran ukhrawi menanti buat kita nanti..” Sambil hati mendoakan agar Allah SWT menerima setiap amal kebajikan nanti dan dibalasNya dlm bentuk perlindungan buat keluarga, anak2 & keturunan kami, inshaAllah..

Sekembalinya kami ke tanahair pada pagi Jumaat itu, suami dipanggil ke Masjid Negara utk solat Jumaat bersama2 dgn YDPA, PM, TPM dan para VVIP lain.. dgn penuh pasrah, suami menerima watikah perlantikan ke jawatan sekarang yang berkuatkuasa pada 3 Jun 2013. Selepas itu, masa amat pantas berlalu dan banyak urusan dipermudahkan Allah, Alhamdulillah…

Di petang Jumaat itu juga, suami berjumpa Dr Akram utk mengkhabarkan tentang perlantikan baru ini serta meminta nasihat Dr Akram tentang ‘replacement process’ di ISRA yg mungkin agak mencabar krn tugas suami yg pd pandangan saya merangkumi 3 peranan; ‘managing & doing research, managing the researchers and international relations’ … walaupun keberatan, Dr Akram ternyata memahami malah memberi sokongan sepenuhnya kpd suami.

Isnin pagi semalam, perletakan jawatan suami telah disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan ISRA, diikuti oleh perjumpaan dgn para penyelidik ISRA. Walaupun saya tiada di sana, diri seperti dapat merasakan suasana suram & pilu, apatah lagi ini semua berlaku secara mengejut. Dr Said secara spontan telah mengekspresi satu syair yg indah lagi dalam maknanya..

قال ابن زيدون، أحمد بن عبد الله القرطبي الوزير الأندلسي:
أضْـــحَي الـتَّنــَائي بَديــلاً مــنْ تدانـِــينا ونَــاب عنْ طيــبِ لقْيــاناَ تجَــــافِيــنـا بِنْـــتُم
وَبِنَّــا فمَا ابـْتـــلـــتْ جوانِــــحُنـا شـــوْقاً إليــكـمْ ولا جـــفَّـتْ مَــآقـِــينــا يـكــادُ حيــنَ تُنـــاجِيــكــم ضَــمائــرُنـا يقْضِـــي علينــا الأَسَــى لوْلا تَـأسِّـــينا حالــتْ لفَقْــدِكم أيـــَّامُنا فـغـدَ تْ سَـوْداً
وكـــــانـت بــــكـم بيْــضــاً ليَــاليِــنــا إذْ جانب العيــشِ طلــقٌ من تــألّـــفِنــا وَمـَوْردُ الَّلهْــوِ صــافٍ من تَصَــافـِينـا
وإذ هــصرنـا غصـون الوصـــل دانيةً قطـفُـوهَــا فجـــنَيْنـــا منـــه ما شِـــئْنـا ليُــسْــقَ عهــدُكم عهــدُ السُّــرورِ
فمَــا كُنْــتـُـــم لأرواحــِـنـــا إلاَّ ريـــاحـِيـــنا لا تحــــسبـــوا نأْيَكـــم عـــنَّا يُـــغيِّــرُنا إنْ طـــالما غيَّـــر الـــنَّأيُ اْلمحِــبِّيــنـا
والله ِمــاطــــلبــتْ أهواؤُنـــا بـــــــــدَلاً منْكُم ولا انـــصَرفَتْ عنْـــكم أمَانـِــيــا


a) Distance has replaced our closeness, and our pleasant relations have been sundered.
b) We are no longer together [at ISRA] but our hearts still long to be with you and our tears have not dried.
c) When our hearts called out to you, grief would have almost overcome us had we not found solace.
d) Our days have been darkened by your absence while by your presence even the nights were brightened.
e) Life was free of troubles because of our unity, and our [work] place was pure due to our sincerity towards one another.
f) We drew down the boughs of association and plucked its fruits as we wished.
g) Our relations during that period of joy were watered by springs. You were for us [in ISRA] like sweet basil.
h) Think not that distance will change our relations though distance changes the [hearts of] lovers.
i) By Allah, our hearts never wished for a change nor did our hopes turn away from you.
  
…dlm masa 1 minggu sahaja kedudukan seseorang boleh berubah.. bayangkan minggu lalu, suami sedang sibuk menguruskan Muzakarah Cendikiawan Shariah Nusantara di Singapura… dan minggu ini pula dia telah diberi amanah yg lebih besar lagi mencabar dlm kapasiti yg berbeza pula.. Allah..

Mengimbau roda-roda kehidupan ini, saya tunduk akur dgn kekuasaan Allah SWT.. siapalah kami ini melainkan hamba2Nya yg amat dhaif yg tiada punya apa2 melainkan dgn izin serta rahmatNya.. sesempurna mana sekalipun perancangan kami dlm kehidupan ini, ternyata perancangan Allah lah yang pasti mengatasi segalanya dan akan tetap terlaksana, maka kami  perlu redhai lagi syukuri..

Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih… kami berterima kasih pd Mu kerana pengawasanMu ke atas kami agar kami tidak terus terleka & hanyut dlm kesenangan… tuntunilah kami ke jalanMu yg benar, bantulah kami dlm sebarang pertimbangan, peliharalah kami dari fitnah & segala keburukan… moga2 taklif ini mampu kami pikul dgn bimbinganMu, Ya Rabbi.. dgn RahmatMu, moga2 segala usaha dan amalan kami dinilaikan bagai ibadah serta berupa jihad demi menggapai Jannah yg abadi di sana nanti.. amin..

Catatan berakhir 4.58ptg.