Sunday 31 March 2013

dia seorang pendidik… bukan ahli politik..



Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…


Ketika ini jam 10.00 malam, saya berada di dlm pesawat utk kembali ke pangkuan anak2 & keluarga di PJ setelah seharian berada di Kota Bharu melunaskan amanah perkongsian ilmu dgn para pelajar UMK. Penerbangan yg dijadualkan berlepas pd jam 9.15pm tadi telah ditunda selama 45minit disebabkan sedikit masalah teknikal. Ketika menunggu, saya bermuhasabah diri.. sekiranya inilah musafir terakhir saya di dunia ini, adakah saya rela meninggalkan segalanya di sini? Atau adakah saya benar2 bersedia menemui Allah SWT, Pencipta saya & sekalian alam ini?

Jauh di lubuk hati ini, saya sentiasa cuba utk menyediakan diri utk saat2 tersebut.. dan paling utama saya sentiasa berdoa agar diri dipanggil Allah setelah menunaikan semua hak org lain sepenuhnya di dunia ini.. hak suami, hak anak2, hak ibubapa, hak mertua, hak keluarga, hak jiran, hak majikan, hak para pelajar & hak2 sahabat2 sekalian… Antara hak utama yg kekadang diri ini terlepas pandang adalah hak mereka utk dimaafi & diredhai sepenuhnya…

Mungkin juga disebabkan saya bercuti sepanjang minggu ini… dlm sedikit masa luang ini saya sempat membaca tulisan sahabat2 di dinding mukabuku suami yg saya akui kerap melontarkan isu, persoalan & pandangan peribadinya dlm byk perkara terutamanya yg berkaitan dgn politik semasa…. Segala komen, serangan peribadi, tohmahan, cercaan dsb nya saya menerimanya dgn terbuka & berlapang dada serta mendoakan moga saya, suami & sahabat2 berkenaan sentiasa dibukakan hati & dibimbing Allah ke arah kebenaran…

Mungkin juga keadaan saya yg mudah sensitif sejak akhir2 ini… maka saya sedikit terkesan dgn catatan sebahagian sahabat2 rapat terhadap suami tercinta.. Sahabat yg saya kira mengenali hati budi saya … saya mula tertanya2 sendirian; apakah nilai ukhuwwah kami? Apakah kebencian yg meluap2 terhadap sesuatu pihak membuatkan mereka meluahkan segala kemarahan  dan bersikap tidk adil dlm meng’hakimi’ suami— jiwa kewanitaan insani saya sedikit terusik; umpama cubit peha kanan, walaupun peha kanan mungkin sudah ‘immune’ tp peha kiri tetap terasa sakitnya… Saya teringat Kalam Allah SWT perihal ini sebagai peringatan diri:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maidah:8)

Manakala suami merupakan seorang yg berjiwa kental terhadap apa jua yg dihadapinya.. Ya, dia bukanlah seorang yg sempurna yg mampu memuaskan hati semua org.. adakalanya, dia juga mungkin tersilap atau kelihatan spt cenderung ke sesuatu pihak.. itulah lumrah manusiawi… apa yg diharapkan dr segala tindakan & kata2nya adalah tidak lain dan tidak bkn utk mendapat redha Allah SWT… bilamana dia melontarkan persoalan atau apa2 isu ‘sensasi’ ianya adalah utk mendapat 'feedback' dan juga mendidik sahabatnya dlm memberi pandangan yg berbeza dgn penuh adab… saya yakin dia juga banyak belajar dr perkongsian & perbezaan pendapat di antara sahabat2nya…

Oleh sebab itu saya berasa hairan & takjub, bagaimana sahabat2 yg mengenali kami semenjak zaman persekolahan, universiti mahupun jamaah (yg tidak mengenali kami adalah terkecuali) boleh atau sanggup melabel atau menyindir suami menggunakan perkataan spt “pengampu” dan lain2 panggilan yg saya tak terfikir boleh timbul dr sahabat2 kami sendiri.. Saya terfikir, apakah yg mereka fikirkan ketika melemparkan kata2 tersebut? Saya cuba meletakkan diri saya di tempat mereka dan membayangkan adakah saya akan berbuat atau mengatakan perkara yg sama? Ternyata, nilai sensitiviti & belas kasihan saya terhadap ikatan ukhuwwah, perasaan dan maruah mereka amat menebal dlm jiwa ini yg membuatkan saya cuba mencari jln secara berhikmah utk menyalurkan pandangan saya terhadap mereka tanpa mengaibkan mereka.

Kekadang itu, ada juga lintasan hati bisikan syaitan laknatullah utk berprasangka dan menilai sahabat2 yg telah mengguris hati ini… Alhamdulillah, diri cepat beristighfar… siapa diri ini utk menghakimi, menyelongkar isi hati, apa lagi melabel  mereka.. bukan hak diri ini utk muhasabah diri mereka.. bahkan diri sendiri yg perlu dimuhasabahkan terlebih dahulu—refleksi diri terhadap perbuatan & perkataan sendiri.. dan yg paling utama adakah diri ini turut mendoakan sahabat2 sekalian… Bila saya merenung ke dalam diri sendiri, perasaan terluka, sedih & kecewa tadi bertukar menjadi bersyukur, berlapang dada & pemaaf dgn mengosongkan hati ini dr perasaan berunsur ‘ammarah’ kpd belas kasihan.

Bersyukur.. krn mungkin juga inilah salah satu cara Allah SWT menegur & mentarbiyyah kami melalui kalian, sahabat…

Berlapang dada, redha & berjiwa besar dlm meraikan kepelbagaian di antara para sahabat sekalian…

Pemaaf.. yg memerdekakan jiwa kami dan juga sumber ketenangan & kebahagiaan..

Oleh itu, saya cuba menyelidik maksud perkataan2 yg sering dilemparkan, spt berikut: (ruj. Kamus Dewan Edisi ke-4 & Kamus Pelajar Edisi ke-2)
  • Pengampu -1. penahan, penyangga, penyo­kong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang yg memerintah negeri; 3. orang yg menjaga keselamatan seseorang, wali, orang tua; 4. orang yg mengangkat-angkat (suka menyanjung) seseorang, orang yg mengampu.
Saya fikir mungkin panggilan ini merujuk kpd no 4—benarkah suami saya terlalu mengangkat2 atau menyanjung seseorang kerana kepentingan peribadi dlm penulisannya—atau adakah sekadar persepsi kalian?
  • Ahli Akademik- 1. mengenai atau ber­kaitan dgn akademi (pusat pengajian tinggi); 2. bersifat atau mengandungi ilmu penge­tahuan (yg tinggi atau mendalam): anak muda itu memulakan penganalisaan yg akademik
Mungkin benar juga pandangan kalian ttg ini kerana suami ada mengajar di satu IPTS dlm semester2 tertentu; dan terlibat dlm kajian bersifat akademik secara professional & amanah terhadap ilmu.
  • Ahli Politik/ berpolitik - mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik
Merujuk kpd definisi pertama- mungkin benar krn kelihatannya kecenderungan & minat terhadap perkembangan dan isu-isu melingkari hal-ehwal politik semasa dan parti tertentu
Namun sekiranya merujuk kpd maksud keterlibatannya secara langsung dlm satu parti politik tertentu—pd pandangan saya adalah krg tepat krn suami tidak memegang jawatan dan tidak punya suara dlm parti tersebut

Maka, saya terus tersenyum dalam kesyukuran terhadap Allah SWT yg telah membimbing diri ini utk sentiasa memaafkan serta berfikiran positif tanpa prasangka.. yg mengingatkan hakikat kejadian insani.. yang menyedarkan diri ttg peri pentingnya menjaga jalinan ukhuwwah yg tentunya lebih awla & asasi berbanding perkara2 bersifat furu’ yg lain.

Sesungguhnya ‘berprasangka’ membawa kita kpd sifat2 mazmumah spt prejudis, melabel, menghukum dsb. Mudah sahaja utk mengesan sifat ini. Bilamana kita berhadapan atau mendapati sahabat kita punya sikap, pandangan atau tindakan yg kita tidak jangkakan, apakah yg pertama terlintas di fikiran? Sekiranya byk yg negatif berbanding objektif, maka sama2lah kita beristighfar & bermuhasabah diri sendiri dahulu.  Kita ingati firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..” (Al-Hujuraat:12)

Oleh itu, wahai sahabat2 yg dikasihi lillah sekalian… ketahuilah kami amat menyayangi kalian kerana Allah… tujuan hidup & perjuangan kita adalah sama iaitu ke arah mentarbiyyah ummat dm ruang lingkup & kapasiti masing2 demi Islam semata-mata..

Sebab itulah dr kacamata seorg isteri buat masa & ketika ini, saya melihat suami lbh banyak ruang & peluang utk menyumbang terus kpd ummat sbg PENDIDIK, bukannya ahli politik… manakala saya tidak boleh meramal apa yg akan berlaku di masa hadapan—mungkin juga takdir menetapkan suami akan dipertanggungjawabkan dgn hal ehwal berkaitan politik nanti (wallahu A’lam..).. jika itulah ketetapan Allah buatnya.. inshaAllah saya sentiasa mendoakan agar dia terus istiqamah dgn  idealism perjuangan sama, dgn berkat doa, bimbingan & sokongan sahabat2 sekalian. 

Tegurlah kami seandainya tersilap, peliharalah aib kami & doakanlah kami agar berjaya dlm melaksanakan tanggungjawab dakwah ini. Saya sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar kami diberi tanggungjawab atau amanah yg mampu kami laksanakan dlm masa & keadaan yg sesuai. Kerana saya amat takut sekiranya Allah meletakkan kami pd satu posisi yg akan mengundang laknat Allah & fitnah sesama manusia disebabkan ketidakmampuan atau ketidaklayakkan kami menanggung amanah tersebut…

Saya sedar.. jalan yg dipilihnya bukanlah jalan yg mudah, bukan juga jalan yg mengundang penghargaan semua manusia… namun inilah wadah perjuangannya.. yg dekat dihatinya.. yg memberinya lebih ruang sbg pendakwah & pendidik… yg punya mad’u yg pelbagai yg tidak harus berterusan dibiarkan hanyut tanpa bimbingan… dan saya berbangga dgnnya.. 

Satu perkara yg saya pelajari dr suami yg membuatkan saya tak pernah rasa kecewa dlm perjuangan dan juga tak pernah merasakan kita yg terbaik manakala org lain tidak --- suami selalu mengingatkan --- “Allah SWT melihat kpd tahap usaha kita, manakala hidayah & kesan dr usaha tersebut hanyalah milik Allah SWT.” Sbgmn dinukilkan Allah SWT dlm ayat yg indah & sarat dgn garis panduan berdakwah..:

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl:125)

Dgn penuh kerendahan diri, saya memohon keampunan dr Allah SWT seandainya terselit sekelumit perasaan ujub atau sum’ah dlm menitipkan kata2 di atas. Sesungguhnya segala yg bermanfaat, yg menyatukan hati2 semuanya adalah dgn keizinan & rahmat-Nya, manakala sebarang kekhilafan berpunca dr diri ini yg serba daif.
-Hidup Untuk Terus Berjasa-

A real dai’e will say…“Let’s COOPERATE for Islam, instead of COMPETING each other..”