Tuesday 18 October 2011

My Day 18th October 2011

Bila menulis tarikh hari ini, baru teringat.. 'Selamat Hari Lahir ke -6" kepada Nurtihani Mohd Helmi! Cik Ni, Ayah Chik, Abg Ammar, Affaf, Affan & baby Azzah sayang Hani sangat2 dan sentiasa doakan agar Hani berbahagia, diberkati Allah & diberi kejayaan dunia akhirat.. Nanti kita jumpa kat rumah Siti & Sidi untuk celebrate September & October babies sekaligus!

Saya sempat menulis coretan ringkas ini ketika sessi 'Thematic Workshop' yg berkisar ttg "Permissible Risks in Takaful". InsyaAllah, selama tempoh 10 bln sabbatical leave yang pihak University luluskan, saya Akan focus dalam kajian berkaitan Takaful. Untuk mencapai hasrat ini, saya mula 'engage' sebagai Reserach Fellow di ISRA bermula 17 Oktober semalam. Akan bekerja bersama Us. Ali Jinnah, Pn. HAKIMAH Yaacob & Prof. Ashraf Hashim. Nmun begitu, masa saya Akan banyak di UIAM, dan hanya ke ISRA bila perlu sahaja.

Sepanjang tempoh sabbatical ini, saya akan menjalankan kajian bersama sahabat2 seperjuangan; Dr Akhtarzaite, Dr Yusri Mohamad & Dr Azman Mohd Noor, di bawah 'Fundamental Research Grant Scheme' yg diberi MOSTI selama 2 thn bermula September 2011 hingga Ogos 2013. Kajian akan berkisar ttg Risiko2 yg dibenarkan Syara utk Takaful. Di samping itu, bersama ISRA pula saya akan focus pada isu2 perundangan & shariah, spt. 'reviewing' Takaful Act 1984, isu Tabarru', hibah bil thawab, isu struktur Takaful itu sendiri, isu ketika 'winding up' Dan banyak lagi yg mengundang 'passion' & 'motivation' diri utk meneruskan usaha ini. Moga2 Allah permudahkan urusan saya agar lbh fokus & teratur, insyaAllah...

Di 'Thematic Workshop' ini, saya berpeluang menambah ilmu ttg risiko2 yg diuruskan Syarikat Takaful & Retakaful. Antara pembentang termasuklah, En Muhd Noor Sukaimi (Takaful Ikhlas), En Delil Khairat (ACR Retakaful SEA), Us Ali Jinnah (ISRA), En Hazruddin Hassan (MAA Takaful) & Us Faisal Mcthar (STMB).

Manakala di sebelah petang nanti, saya diundang sbg panel di IFN Asia 2011 di KL Convention Centre utk membincangkan pelbagai isu2 semasa melingkari operasi Takaful. Disebabkan masa yg terhad, saya Akan terus fokus kpd isu2 Shariah berkaitan, insyaAllah...

Wednesday 12 October 2011

Usrah 26 Jun 2011 (Ojai's note)

Alhamdulillah, to recap...here’s our plan & comitment:
  1. Kita akan berjumpa selang seminggu, setiap Ahad selepas Zuhur.
(jadua mungkin berubah masa Ramadan nanti)
2. Perbincangan dan diskusi akan berkisar kepada:
a)      Ayat-ayat Al-Quran pilihan, bergilir-gilir dengan Hadis pilihan (bermula Hadis 40).
Utk sesi depan kita akan berbincang tentang Al-Mukminun 23:1-16. (sila baca & hayati)
b)      Kupasan lebih jelas setiap satu Sifat 20 Allah. Minggu depan, bermula dengan ‘Wujud’.
c)        Isu semasa. Utk sesi depan, kita akan menyentuh isu ‘Kelab Isteri Taat’ yg akan dikupas oleh Kak Jie.
Selain Tafsir Al-Quran, bawa/ rujuk buku-buku berikut:
a)      Ensiklopedia Solat (Telaga Biru)
b)      Misteri & Keajaiban Sifat 20: Kelebihan & Penghayatannya (Abd Rahman Abd Majeed)
c)       Permata Hadis 40 (Ust Abu Ahmad, Abd Rashed Ebrahim)
d)      Mari Kita Terbang Ke Syurga (Imam Al-Ghazali)
e)      Pendidikan Anak-anak Dlm Islam (Abdullah Nasih Ulwan)
Thanks to Dr irwani utk lead our group.Juga cadangan untuk kita terus jemput Kak Dah (Ustzh Wan Nazidah) untuk silibus kelas feqah bagi setiap alternate session kita…insyaAllah.
So, as the summary for this session:
  • Kita susur kembali tujuan kita hidup untuk cari kebahagiaan & keredhaan Allah.
  • Apa guna kaya & segala yang ada di dunia jika tanpa ketenangan & kebahagiaan yg hakiki. Eg: Imbas kisah Qistina Onassis, salah seorang wanita terkaya di dunia yg ada segala-galanya tapi masih mencari bahagia, yg akhirnya meninggal dlm usia 37 tahun dalam keadaan penuh tragis, di rumah kecil kawannya di Argentina, ada yg mengatakan dekat tempat sampah & tandas.
  • Harus tinggalkan dunia sebentar untuk merenung & cari redha Allah itu.
  • Jika solat kita beres, bereslah segala-galanya. Haiyya alal falah…Juga jangan jadikan solat sebagai tabiat, tetapi hayatilah ia. Perangai & diri kita seeloknya adalah lebih baik drpd sebelum solat kerana janji & komunikasi yang kita buat dengan Tuan kita.
  • Halaqah kita adalah untuk kita ingat-mengingati.
  • Mengumpat=bila kita bercakap pasal seseorang (yg betul) tetapi akan membuatkan dia kecil hati jika dia tahu. Eg: Aisyah berkata: org itu pendek. Rasulullah saw: Engkau telah mengumpat ya Aisyah.
  • Selain teladani akhlak Rasulullah saw, contohilah akhlak para sahabat. Eg: Ingat dialog Iblis gemuk & kurus, bagaimana untuk kita bagi Iblis di keliling kita kurus. Dan bagaimana Umar, seorang yang yg bengis & jahat, tetapi selepas Islam, syaitan sampai takut untuk dekat kerana panasnya setiap tapak kakinya kerana imannya yg teguh & berbekas di wajahnya kerana selalu menangis kerana takutnya mendengar nama Allah.
  • Muhasabah perbuatan kita & ajar nilai ini kpd anak-anak eg: catat senarai baik & buruk, lalu beri ganjaran & pengajaran selepasnya. Ibu boleh communicate (with full of expression & emotions) untuk gambarkan nikmat syurga & seksanya neraka.
  • Usahalah untuk ke syurga & ajak anak-anak bersama. Jgn kita bela ‘gergasi’ dalam rumah, nanti dia ‘makan’ kita. Ceritalah pasal sahabat. Eg: Betapa pentingnya khusyuk dalam solat. Melalui kisah sahabat yang sanggup berikan seluruh kebun sebagai ganti untuk dapat balik khusyuk solat mereka selepas mendengar bunyi burung-burung berkicau. Dan kisah Saidina Ali mencabut anak panah semasa dalam solat.
  • Jagalah solat, seeloknya tepat waktu. Standby di tikar solat 5 minit sebelum masuk waktu untuk mendapat khusyuk dan kemanisannya. Ubat penyakit was-was adalah ilmu fekah.
  • Bangunlah tahajud: Mulakan dengan solat tahajud, Istighfar at least 100x & baca Al-Quran dlm keadaan ingin tahu (tafsir). “Sesiapa yg solat malam, Aku terima doanya”, masa ketika mulanya Islam dulu, solat malam pernah wajib. Ia melatih kita menjadi ikhlas.
  • Kelebihan solat berjemaah kepada spiritual, mental/kepimpinan & fizikal (menggantikan cas-cas yg hilang, kembalikan kekuatan).
  • Petua untuk sihat & bahagia:
a)      Bersihkan hati (jangan dengki, gelisah, susah hati- 70% penyakit bermula drpd hati.)
b)      Redha
c)       Solat jemaah
d)      Menjaga wuduk
  • Preparation ibadah-fokus pada sudut maknawi & penghayatan. Setiap yg kita buat, mesti dengan ilmu, bukan dengan apa yg kita tengok/apa yg org kata/ajar.
  • Kita hidup di akhir zaman, masa semakin pendek, pelbagai huru-hara, persiapkan diri dengan bekalan, buat kebaikan, jangan buat kejahatan, hendaklah ada orang yang menyeru kepada kebaikan.
  • Cara paling baik untuk mengajak & berdakwah kepada Islam adalah melalui akhlak yang baik.

Usrah 28 May 2011 (Ojai's note)

Takut mati kerana tidak bersedia berjumpa dgn Allah
Takut sakit kerana ia dekat dengan mati
Takut org disayangi akan tinggalkan kita kerana hidup ini bergantung kpd manusia ~Prof Dr Muhaya
Assalamualaikum,
Notes Usrah 28/5/2011
  • Thanks again to all for your continuous commitment. Semoga ilmu yang kita kongsi dapat dimanfaatkan sedikit sebanyak.
  • Kalau dlm our previous sessions, kita dah cuba menyelami tujuan asal penciptaan manusia, peranan lelaki & perempuan, mengenal diri kita melalui mengenal Allah (Sifat20), apa matlamat hidup kita yg sebenar, cabaran kita melawan syaitan serta pelbagai teladan dlm melayari hidup, untuk sesi selanjutnya, kita cuba bincang pula beberapa tips atau panduan untuk memperbaiki diri. Antaranya:
  • Sentiasa ingat tujuan Allah menjadikan kita: “Tidak aku jadikan jin & manusia, melainkan untuk beribadat kepadaKu”.
  • Juga Rukun Islam- semuanya tentang apa yang kita buat (bukan apa yang kita dapat/terima). Jadi hidup ini, biarlah memberi. Selebihnya Allah akan menguruskan apa yang bakal kita akan dapat (tak perlulah meminta atau bertanya).
  • Untuk bahagia, jangan tuntut hak kita, kita kena memberi.
  • Bila kita mengharap, kita akan kecewa. So don’t expect, serah pada Allah. Jaga hubungan dengan Allah, bagi Allah redha.
  • Sentiasa muhasabah: tanya apa kekuatan & kelemahan diri.
Bila dah identify kelemahan- Maafkan diri – Maafkan orang.
Sedangkan Allah Maha Pengampun. Sedangkan Rasul ampunkan umat, siapalah kita…
-Nafsu adalah platform kepada Syaitan.
-Bila luas Nafsu, besarlah lagi peluang Iblis.
-Jadi sentiasa zikir/ingat Allah & beribadat untuk sempitkan platform Iblis itu.
  • (Al-A’araf:11-17) Ingat sejarah bagaimana Adam dicipta & digoda Iblis hingga dikeluarkan dari syurga, bagaimana angkuhnya Iblis dan janjinya untuk sesatkan manusia sedapat mungkin. Tetapi kerana sifat Ar-Rahman Allah, diberi tangguh hukuman Iblis sehingga Hari Kiamat.
  • Ingat sifat Ar- Rahim (Maha Penyayang) Allah- bila diberi ujian, ia peluang untuk kita dekat denganNya.
  • Kita sebagai manusia normal, Syaitan selalu bertenggek, digoda kita untuk tidak bersyukur (lagi susah nak bersyukur bila senang daripada nak bersabar bila susah).
  • Perempuan mesti bermuhasabah, refleksi kisah Hawa: jangan sampai kita ‘keluarkan’ suami kita dari syurga. Suluhlah diri, carilah ilmu. InsyaAllah Dia akan beri apa yang kita nak.
  • Bagi orang mukmin, segala kebahagiaan adalah ganjaran ketaatan. Segala kesusahan, sebagai kifarah.
  • Bimbinglah suami untuk dekat kepada Allah. Perempuan mesti kuat.
  • Tanggungjawab suami yg utama: Ibu, isteri & keluarga, Ummah. Kenapa lelaki seolah-olah ‘wajib’ berjemaah di masjid? Sebab di situ untuk atur strategi membantu Ummah & agama.
  • Kenapa Rasulullah ingin ramaikan umat? Untuk kembangkan syiar Islam
  • Ingat bahawa Cinta yg hadir dalam hati itu adalah satu nikmat yg besar- Jika kita temuinya, Bersyukurlah!
  • Berkahwin untuk sokong-menyokong & saling melengkapi, dapat pahala.
  • Kita semua hak Allah. Jodoh kita juga takdir Allah.
  • Cabaran utama adalah bila diberi ujian Allah. Ingat bahawa apa yg terjadi mungkin adalah peluang untuk Allah beri ‘skills’ untuk mengurus emosi kepada kita.
  • Lelaki akan kalah bila kita boleh kawal emosi kita.
  •  Ambil iktibar Surah Alfatihah sebagai ‘Ummul Quran’: 5 ayat yg pertama dimulai hanya dengan puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Mungkin boleh diaplikasikan dalam komunikasi: sebelum memberi nasihat atau mesej, pujilah dahulu siapa yang ingin kita bercakap itu.
  • Juga selalu jaga Tiang agama. Haiyya alas solah..haiyya alal falah.
  • Must check & understand setiap maksud bacaan dalam solat sebab itu komunikasi kita dengan Allah. eg:
-       Doa iftitah
-       Al-fatihah
-       4 Qul
-       Tahiyat awal/akhir
-       Doa Qunut etc

Usrah 21 May 2011 (Ojai's note)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (103. Al-’Asr)
  • Thanks to all who managed to make it this week. For those who can’t make it, I am so sorry because the notes will not be able to tell you much, as the basis of our discussion this week was, Mak sharing her own life experiences with us and the moral of the story that we could deduce from them.  Seperti meminjam kata-kata Otto von Bismarck - 'A fool learns from his mistakes, but a wise man learns from the mistakes of others'.  In our context, I believe that they are not literally ‘mistakes’, sebab setiap benda yg terjadi itu mesti ada sebab & hikmah di sebaliknya kan. Yang penting adalah samada kita belajar atau ambil apa-apa iktibar daripada apa yg berlaku samada pada org lain atau pada diri kita sendiri.
  • Of course, the ‘exclusive sensational story’ can’t be shared here in public. Tetapi sebagai ringkasan, di sini adalah some of the Moral of the story yg dapat mak rumuskan & yg sempat Ojai tulis (sorry, notetaker kurang sihat sikit minggu ni):-
  • Beza antara Sayang, Kasih & Cinta:
    • Sayang: bila org tu biasanya beri manfaat pada kita.
    • Kasih: bila ianya reciprocal, two way
    • Cinta:
- tingkat yg tinggi, seeloknya kita tak boleh bincang pasal Cinta jika kita belum sampai ke peringkat cintakan Allah.
- terlampau agung, hanya org yg terima anugerahNya saja yg faham & akan merasainya.
- tidak bersyarat, tak perlu ada give and take.
-cinta kepada Allah adalah juga tidak bersyarat.
-Sudah menjadi naluri kpd lelaki & wanita, semasa nak lahirkan rasa kasih syg:
Lelaki ingin menyentuh & perempuan suka disentuh.
  • Jika kita cintakan Allah, pilihlah apa yg Allah suka mengikut turutan yg betul:
a)    Agama
b)    Keturunan
c)    Harta
d)    Rupa
  • Kalau kita ditakdirkan terputus jodoh, itu mungkin rahmat Allah kerana kita terputus drpd jodoh yg tak betul.
  • Semua yg berlaku dalam hidup kita adalah dalam Ilmu, Qudrat & Iradat Allah. Di sebalik kepahitan, banyak hikmah/kemanisan.
  • Banyakkan muhasabah diri.
  • Selalulah Istighfar, Selawat & mengucap kalimah syahadah.
  • Sekarang byk org rasa ujub dlm hati, punca byk masalah.
  • Bila kita berhadapan dgn sebarang keadaan, solatlah, berdoa & serah pd Allah. Allah akan beri apa yg terbaik utk kita dunia & akhirat.
  • Byk miscommunication dlm perhubungan, kita perlu byk Sabar & Strategi.
  • Be assertive – express our feelings objectively.
  • Hati kita Allah boleh bolak-balikkan. Doa minta ketetapan iman.
  • Jangan main-mainkan perasaan pasangan kita.
  • Kita mestilah bersyukur dgn kelebihan kita & guna dgn cara yg betul.
  • Poligami dibolehkan atas syariat- mesti kerana Allah.
  • Allah tak pernah silap. Al Baqarah:286- Allah tidak memikulkan beban/tjawab kpd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya….Tapi di sinilah Iblis selalu menyapa & cuba memesongkan keyakinan kita.
  • Berkat setiap hubungan lelaki-wanita kalau kita tak langgar hukum Allah.
  • Org lelaki lemah kepimpinannya tanpa kebijaksanaan wanita.
  • Kita hanya boleh jaga kita sahaja tapi susah nak jaga orang. Jadilah guru mursyid pada diri kita & anak-anak kita.
  • Kita ke syurga dgn redha Allah bukan dengan ibadat kita.
  • Mesti ikhlas.

Usrah 15 May 2011 (Ojai's note)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)
  • Alhamdulillah terima kasih kpd semua yg sudi memeriahkan sesi kita. Welcoming the new members Atie, Imah & Ida, tq kak wani, juga para suami yg bukan saja memberi izin malah turut menyokong, termasuk Dr Ayraf, juga Helmie & Azril yg sudi join kita juga later that day.
  • A bit tough for me to pen down most of the points we gathered from this session sebab kebanyakannya adalah apa yg ‘DIRASAI’ pada hari tu, instead of apa yg mampu ‘DITULIS’ atau ‘Dizahirkan dgn kata-kata’. Ramai antara kami yg sedikit emosi pada kali ini sebab hati telah tersentuh dgn apa yg dibincangkan. But nevertheless, I’ll try to capture some points here:
  • Spt yg kita sentuh sedikit last week, Mak telah hurai dgn lebih lanjut kali ini tentang kepentingan kita belajar Sifat 20. Ojai sendiri dulu hanya tahu hafal saja tapi tak faham kenapa kena tahu semua tu. Sekarang baru tahu signifikasinya adalah apabila kita faham apa Sifat yg Wajib bagi Allah, maka kita tahu di mana kedudukan kita sbg hambaNya. Dan bila mcm tu, kita akan letak Allah di depan dalam apa jua keadaan atau situasi yg kita hadapi sehari-hari.
Eg: Katakanlah setelah satu hari kita berkerja, balik nak kena masak, urus rumahtangga, didik anak-anak, buat itu ini utk layan suami, tapi suami tak pun menolong, mungkin kita rasa stress atau nak marah sebab dah penat, tapi kalau kita ingat bahawa hanya Allah lah saja yg boleh berdiri sendiri tanpa bantuan org lain (Qiyamuhu binafsihi), Dia sajalah yg ada Qudrat, sedangkan kita mmg serba lemah, mungkin instead of rasa terlalu frustrated, kita akan berdoa minta pada Dia sebab kita juga tahu bahawa Allah tu Maha Mendengar & Melihat (Sama’ Bashar).
  • Sifat 20 Allah itu sebenarnya akan dapat guide hidup sepanjang masa terutama apabila kita berada dlm Medan UjianNya, selain drpd dpt byk keberkatan yg terkandung di dalamnya.
  • Boleh rujuk buku/kitab utk huraian & maksud terperinci setiap Sifat tetapi di sini secara ringkasnya Sifat 20 terbahagi kepada:
Nafsiah: 1 Sifat (Wujud)
Salbiah: 7 Sifat
(Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Lil Hawadis, Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniah)
Ma’ani: 7 Sifat
(Qudrat,  Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’,Bashar,Qalam)
Ma’na wiyah: 7 Sifat
(Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu ‘Aaliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami’an, Kaunuhu Bashiran,Kaunuhu Mutakalliman)
  • Juga kena ingat bahawa setiap kehendak manusia sehari-hari didorong oleh samada:
a)      Dorongan Malaikat
b)      Dorongan Iblis (tapi ingat bagaimana kuatnya Iblis itu berusaha untuk memperdayakan kita pada setiap detik & ketika)
“Iblis menjawab ‘Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku akan berusaha untuk menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan datang memperdayakan mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Al-A’raf:16-17)

  • Setiap masa kita diuji, kita kena Syukur & Sabar.  Biasanya utk kita bersyukur itulah yg susah (especially bila kita senang & semuanya OK). Compared to bila kita susah, biasanya kebanyakan kita akan lebih mudah kembali pada Allah & bersabar.
  • Bagaimana antara caranya utk kita mudah dapat petunjuk Allah?
    • Selawat
Betapa besarnya fadilat Selawat, tiada amalan lain di mana kita buat (selawat) sekali, Allah akan berselawat kpd kita 10 kali. Amalan yg seeloknya diamalkan setiap detik:
  • Istighfar
  • Mengucap (la ila ha illallah)
  • Selawat
  • Tahmid (Alhamdulillah)
  • Auzubillahi min zaalik (minta perlindungan Allah)
  • The main motivation for us sbg Muslims:
-Haiyya alassolah
-Haiyya alal falah
Jadi kalau kita tak Berjaya dalam sesuatu (ada problems or obstacles), check balik Solat kita sempurna atau tidak. (kesucian mesti ambil berat, hati, perbuatan etc)

  • Communication Skills
The discussion got more interesting bila kita bincang pasal communication.
Tips:
  • Dalam percakapan kita, cuba ganti perkataan ‘sepatutnya’ dgn ‘seelok-eloknya’. Do we feel the difference, rasa kurang stress tak?
Eg: Kita ‘sepatutnya’ pergi pasar malam pukul 6ptg VS  Kita ‘seeloknya’ pergi pasar malam pukul 6ptg.
  • Padam perkataan “kalau”, ganti dengan “bagaimana”.
Eg: ‘Kalaulah’ anak aku ni rajin buat homework VS ‘Bagaimana’ nak bagi anak aku ni rajin buat homework.

  • Bila kita mula berkahwin, di situlah titik permulaan sebenar kita belajar & mahirkan Communication skills.
  • Bila kita mula dapat 2 anak, di situlah titik permulaan sebenar kita belajar & mahirkan Socialisation skills.
Kena terapkan pada anak2 “Yg muda disayangi, yg tua dihormati”. Jangan lupa content & asasnya adalah Sifat 20 & Allah serta Islam itu sendiri.
Eg: Bila nampak si abang cubit si adik, bagi tau…Allah jadikan tangan bukan utk cubit adik, tapi untuk apa…utk makan, utk menulis, supaya dpt tenaga, dapat belajar etc….untuk kita lawan syaitan or jadi hamba Allah yg kuat etc..
Paling mudah utk dididik, pada usia 5 tahun ke bawah.

  • Selain itu, selalulah “Muhasabah Diri” (bukan Muhasabah orang). Barulah kita kurang stress.
  • Generally, kita semua (manusia) ada 4 Sifat:
    • Kepimpinan
    • Pejuang
    • Penyabar
    • Penyayang
a)      Lelaki sepatutnya ada LEBIH sifat Kepimpinan drpd sifat Pejuang.
Tapi Syaitan akan hasut kita supaya lebihkan Pejuang drpd Pemimpin. (eg: mengamuk sana-sini, male chauvinism etc)
b)      Perempuan pula sepatutnya ada LEBIH sifat Penyabar drpd sifat Penyayang.
Tapi Syaitan akan hasut kita supaya lebihkan Penyayang drpd Penyabar. (eg: kesian& manjakan anak-anak, suka ikut perasaan & tak sabar bila berselisih faham dgn suami etc)
  • Jadi, sebelum buat apa2, ingat bahawa Allah itu Maha Adil tapi Maha Keras Hukumannya.
  • Dalam konteks menegur suami, isteri mesti Fatonah/Bijaksana sebab tugas wanita adalah Pembimbing (bukan Pemimpin). Contoh:
  • Bila nampak suami buat sesuatu yg kita rasa tidak kena:
a)      Sabar dulu, jangan terus react.
b)      Bila masa sudah sesuai, tanya soalan. Suarakan Perasaan kita, jgn terus cuba terapkan nilai kita.
  • Syukur. Kita baca Al-fatihah setiap kali semasa solat. Dlm Al-fatihah at least 5 kali pujian kpd Allah. This is to inculcate the importance of Syukur.  
  • Ikhlas. Sangat susah & syaitan akan sentiasa cari jalan utk pesongkan kita drpdnya sebab syaitan akan kalah pd org2 yg ikhlas.
Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menghukum aku menjadi org yg sesat, maka aku akan menhgasut manusia itu utk berbuat kejahatan di muka bumi & aku akan menyesatkan mereka semua kecuali org2 yg IKHLAS di antara hambaMu (Al-Hijr: 39-40)
  • Luka Rohani.
Apabila kita berada dalam keadaan diuji (bila kehilangan, terhina, tertipu etc):
  • Rasailah apa-apa sahaja (marah, sedih, kecewa etc)
( Tapi mengikut nasihat Imam Ghazali, jgn lebih drpd 10 min)
  • Istighfar banyak-banyak
  • Alhamdulillah sebab kita teringatkan Allah & tidak ikut dorongan Syaitan
  • Auzubillahi min zaalik, minta jauh drpd sifat keji & hina
  • Rawatlah sehingga rasa tenang. Maafkanlah org itu.
Banyakkan mujahadah nafsi – Zikir & Muhasabah diri.
  • Menantu perempuan kena beribukan Ibu Mertua sebab ibu tahu semua rahsia suami.
Dan cantiknya Islam meletakkan supaya anak lelaki/suami utk melebihkan Ibunya berbanding Isteri kerana kalau tidak, nanti mudah lupa & terdorong dgn hasutan Syaitan & lebihkan isteri. Ibu akan terpinggir.
  • Generally, suami perlukan Isteri yg ada 4 Sifat:
    • Kekasih
    • Kawan
    • Ibu
    • Bibik

Usrah 8 May 2011 (Ojai's note)

Peranan & Cabaran Kita (Wanita) Dalam Konteks Hari Ini
  • Sebagai Muslim, kita wajib belajar & fahami maksud sebenar Sifat 20 & bagaimana relevan & aplikasinya dalam hidup kita. Ia sebagai ‘Panduan & Penyelesai Masalah’.
  • Falsafah MASALAH- Ia diberi Allah untuk :
-  menguji iman kita
- mematangkan kita
- memberi ilmu kepada kita (sekolah Allah)
  • Kembali kepada asal kejadian Lelaki & Wanita:
    • Hawa dijadikan Allah untuk MENEMANI & MENGHIBURKAN Adam yang kesunyian
    • Lelaki  & Wanita adalah saling melengkapi
    • Wanita: 9 Emosi - 1 Akal
Sesuai dengan peranannya untuk membesarkan anak-anak, perlu lebih Emosi.
Tetapi jika Emosi itu boleh diuruskan dengan baik, maka Akal yg satu itu pasti boleh dijana untuk menjadi hebat. Sebab itu kena selalu ada Strategi.
  • Lelaki: 9 Akal – 1 Emosi (tetapi 1 Emosi itu 99% adalah kepada Wanita)
  • Kita kena selalu ingat tentang asal kejadian manusia & janji iblis untuk menyesatkan manusia sampai hari kiamat- Rujuk Al-A’raf: 11-23
“Iblis menjawab ‘Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, maka aku akan berusaha untuk menghalang mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan datang memperdayakan mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.” (Al-A’raf:16-17)

  • Iblis paling benci kepada Rumahtangga kerana ia adalah gedung pahala. Maka suami isterilah target utama iblis.
  • Jadi kita mesti selalu beringat sebab Syaitan kerja round the clock. Kena ada STRATEGI untuk ingat kepada Allah & halang godaan syaitan itu. How?
  • Dalam setiap tindakan atau bila nak buat sesuatu, selalu Muhasabah & react ikut Formula Sifat Rasulullah:
a)Siddiq (benar)
Mesti benar/berterus terang/transparent dengan spouse kita.
b) Amanah
Isteri mesti menjaga amanah & harta suami and  to run the household affairs.
Suami pula mesti menjaga amanah untuk menanggung keluarga dan menyebarkan syiar Islam
c) Tabligh (menyampaikan)
Communication skills are very important. Lelaki sifat & caranya berbeza drpd kita. Kita tak boleh expect dia tahu apa yang kita nak. Kena tahu apa, bila, bagaimana nak cakap.
d) Fatonah (bijaksana)
Tapi walaupun nak berterus terang dlm menyampaikan, kenalah berhikmah, kena berilmu, kena bijaksana.
  • Tugas Suami- PEMIMPIN- menyambung perjuangan Rasulullah, keluar mencari rezeki & berdakwah (bukan keluar main golf or tengok bola saja).
Selalunya proses kepimpinan suami berlaku tanpa sedar, ikut cara masing-masing.
  • Tugas Isteri- PEMBIMBING- menyambung perjuangan Siti Khadijah, mesti tahu menghiburkan & membahagiakan suami & membimbing anak-anak.
Tapi proses bimbingan isteri mesti berlaku secara sedar & ada strategi. Mesti ada ilmu & communication skills.
  • Peranan manusia: Ingat Haiyya alassolah, Haiyya alal falah... (kalau letak Allah di depan, baru berjaya)
a)      Sebagai HAMBA.
Sifat hamba- Antaranya Bersyukur, Sabar (sabar itu adalah untuk mengatur strategi bukan pasrah tak buat apa-apa) , Redha.
b)      Sebagai KHALIFAH – menyumbang & membangunkan & jangan harap apa-apa.
  • So, here’s the 7-TO DO list to guide us in what we do:
  1. Niat – Mesti letak Allah di depan (lillahi taala)
  2. Perancangan/Strategi
  3. Kenalpasti Halangan (selalunya halangan utama adalah Sikap kita)
  4. Disiplin
  5. Doa
  6. Tawakkal
  7. Istiqomah
  • Bila buat apa-apa, mesti selalu MUHASABAH. Check balik the above list.
  • Peringkat kematangan mengikut usia in general:
1)      Baby – peringkat pergantungan kpd org lain 100%
Ibu ayah lah yg mesti mencorakkan.
2)      Remaja – peringkat mencari diri & mula berdikari. Adakah aku Islam? Cara hidup Islam?
Sabar praktikal.
3)      Dewasa – peringkat menyumbang
Di alam perkahwinan sehingga 40 thn- sabar hakikat
Selepas 40 thn- syukur hakikat (lebih menerima & redha)

Usrah 10 July 2011 Tafsir Surah Al-Mukminun (Ojai's note)

[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta );
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[7]Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[10]Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
(AL MUKMINUN Surah 23: 1-11)

  • Special thanks to Pn Lathifah Ulfa as the esteemed host, Dr Irwani our dear distinguished Naqibah & Ms Fazni, the notable notetaker. May Allah blessed you & family with iman & happiness always.
    Surah di atas menjadi pilihan kali ini oleh kerana ayat2 nya amat indah dan begitu relevan dengan perbincangan sebelum ini. The first 10 verses - menceritakan tentang ciri-ciri mukmin yang berjaya, yang berhubung rapat dengan kejadian manusia, kejadian alam dll yang mana ahli usrah sebelum ini telah  membincangkannya.
  • Refer to Naqibah’s FB tentang doa Rasulullah apabila terima 10 verses surah tersebut .
«اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا
وَأَكْرِمْنَا [وَلَا تُهِنَّا
وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا]
وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَارْضَ عَنَّا» ،
ثُمَّ قَالَ: «لَقَدْ أُنْزِلَ عَلَيَّ عَشْرُ آيَاتٍ مَنْ أَقَامَهُنَّ دَخَلَ الْجَنَّةَ»

Maksudnya:
Oh Allah, give us more and do not take away from us;
honour us and do not humiliate us;
grant us and do not deprive us;
prefer us and do not prefer anyone over us;
make us pleased and be pleased with us’...

[Rasulullah's du'a upon receiving the first 10 verses of Al-Mukminun, as narrated by al-Hakim Abu ‘Abd Allah in his Sahih from Abu Bakr al-Qati'i from ‘Abd Allah ibn Ahmad ibn Hanbal from ‘Abd al-Razzaq][Menurut Naqibah sesiapa yang mengamalkan doa ini maka Jannah adalah miliknya]

- Ciri-ciri mukmin yang berjaya dalam surah tersebut adalah :

ORG YANG BERIMAN
Persoalan timbul siapakah orang yang beriman?

1) ORG YG KHUSYUK SOLATNYA
Seperti yang telah dibincang dan dikupas pada sesi lepas, orang yang khusyuk dalam solat bukan hanya kesannya timbul di hati mereka tetapi ia akan being “openly manifested” – Beliau akan merasai kehadiran Allah dan menyerlahkan dengan rasa tawadduk. Peringatan juga pada cetusan K.Dah dulu tentang asas khusyuk adalah dipengaruhi dengan tahap keikhlasan dan tahap ketakwaan kepadaNya.

Selain daripada itu bagi definisi “openly manifested” diberikan contoh kisah cucunda Rasulullah SAW selepas berwuduk – wajahnya pasti berubah. Maka bertanya sahabat, dan dinyatakan bahawa adalah baik wajah seseorang untuk mengadapNYA. Di bawah ciri ini juga dibincangkan perkongsian berdasarkan pesan Rasulullah SAW berkata kpd Mu'adz :-

(1) Al Quran itu asas memimpin mukmin, solat adalah tarbiyyah dari Allah (direct) eg al-Fatihah - bnyak memujinya, kemudian ihdina sirat - tunjuk jalan yg betul dan kekalkan di jalan tersebut
(2) Mukmin adalah tawanan - we have guidelines/ adat/do,donts, kena realize we are being watched
(3)Rasulullah SAW - takwa kpd Allah - shd be companiaon kpd kita, persaan takwa, jadikan tabiat kita
(4) Fear - khauf- bila ada perasaan ini buat kita lebih berhati2, harap dan takut - go back refer to Allah
(5) Rindu - like riding a horse - kita terdorong ke sana - melaksanakan sesuatu untukNYA
(6) Syiar- org kenal kita sebab lambang kita -

 Disentuh puisi dari Mohd Iqbal “ I went to Pakistan but I did not see Islam and I went to Europe then I see Islam” (lebih kurang maknanya)

Perbincangan tentang sikap umat Islam dewasa ini yang sering bertelagah, isu yang terkini mengenai BERSIH dan kisah perselisihan global Islam yang gagal untuk bersatu. Perkaitan ini didalilkan dengan 3 doa Rasulullah untuk umat baginda. Hanya 2 sahaja yang dikabulkan Allah. Permintaan baginda adalah: 
1. Jgn binasakan kaumku dengan bencana dunia eg kaum nabi nuh, tsunami di Acheh
2. Jgn dibinasakan dengan (dikepung) peperangan eg Islam di Bosnia
(Kedua-duanya diterimaNYA melihat kepada bukti-bukti yang ada). Walau bagaimanapun satu permintaan ini tidak diterima iaitu:
3. Jgn binasakan kaumku dengan perselisihan faham --Ulama’ menterjemahkan situasi ini kerana “Unity” adalah dugaan terbesar umat akhir zaman
 

(7)Solat is the cave - uzlah - mengadu kpada Allah - makbul doa kita pada waktu terbaik
(8) Berpuasa adalah syurganya - ultimate balasan - pintu syurga yang khusus untuk orang berpuasa
(9) Charity adalah sumber kebebasan - source of liberation - more charity-
Turut disentuh hikmah dhuha - manifestasi kesyukuran kepada Allah, solat sunat contoh Rawatib adalah menampung ketidaksempurnaan solat wajib .

  • Jom solat Dhuha! Ibn Kathir mentafsirkan ayat 9 Al-Mukminun[والذين هم على صلواتهم يحافظون)-- "dan org2 yg memelihara solat mereka"-- 'memelihara' refers to mengerjakan solat:
  • 1) secara regular
    2) berjemaah
    3) dgn ikhlas (berkaitan Ayat 2 الذين هم في صلاتهم خاشعون)
    4) sunat, iaitu solat sunat rawatib (sbg bonus utk menampung kekurangan dlm solat fardu) & solat sunat DHUHA sbg manifestasi kesyukuran kpd Allah
(10) Sentiasa bercakap sebenar. Isu (pending for discussion) -
Adakah dibenarkan tipu/ bohong sunat terutama dalam menjaga kebajikan keluarga?

(11) Shame - malu – wujubnya sifat malu dalam diri mukmin

5 ciri lain akan dibincangkan dengan lebih terperinci pada sesi usrah akan datang. Ciri-ciri tersebut adalah sebagaimana berikut:-

2) MENJAUHI PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG SIA- SIA

3) MENUNAIKAN ZAKAT

4) ORANG YANG MENJAGA KEHORMATAN

5) ORANG YANG MENJAGA AMANAH YANG DIPIKUL

6) ORANG2 YANG MEMELIHARA SEMBAHYANGNYA